Wednesday, March 30, 2011

Kejuruteraan Awam Pilihan Hati


Baru-baru ini, aku ada mendapat mesej di facebook daripada salah seorang pembaca blog aku yang ingin menyambung belajar dalam bidang kejuruteraan awam, bertanyakan pendapat mengenai bidang ini. Sebelum itu aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang baru memperolehi keputusan SPM tahun ini. Hari ini aku ingin bercerita serba sedikit mengenai kejuruteraan awam.

Aku rasa ramai yang sedia maklum serba sedikit mengenai kejuruteraan awam, amnya pelajar dari Sekolah Teknik. Secara menyeluruhnya, kejuruteraan awam ini merupakan bidang dimana kita membangunkan dan memberi kemudahan pada sesuatu kawasan, contohnya membina infrastruktur, bangunan, saliran, alam sekitar, geologi, hidrologi, rekabentuk struktur dan bahan, teknologi pembinaan dan macam-macam lagi.

Di UTM, Skudai, Fakulti Kejuruteraan Awam terbahagi kepada beberapa jabatan dan unit iaitu Jabatan Pengangkutan dan Geoteknik, Jabatan Struktur dan Bahan, Jabatan Hidraulik dan Hidrologi, Jabatan Alam Sekitar, Unit informasi teknologi untuk kejuruteraan awam, dan unit ukur.

Sepertimana yang dinyatakan mengenai jabatan dan unit yang ada di UTM, Skudai. Pelajar kejuruteraan awam akan diterap dengan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan. Pelajar kejuruteraan awam akan belajar, asas ukur tanah, lukisan kejuruteraan,autocad, programing, rekabentuk struktur cth: bangunan dan jambatan, rekabentuk sistem jalan raya, rekabentuk sistem saliran, asas ilmu bendalir, mekanikal dan elektrikal, rekabentuk empangan, kajian mengenai batuan, tanah dan juga alam sekitar.

Sepertimana yang kita dapat lihat masa kini, negara sedang pesat membangun. Terdapat banyak kerja pembinaan dan pembangunan yang giat berjalan. Setiap kerja-kerja pembangunan ini adalah melibatkan jurutera kejuruteraan awam.

Bagi peluang pekerjaan, bagi pendapat aku semua bidang ada peluangnya tersendiri, cuma ia bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengejar kerjaya yang ada. Bagi kejuruteraan awam, aku rasa kerjayanya agak meluas kerna kita mempelajari pelbagai ilmu kejuruteraan jadi peluang pekerjaan itu adalah banyak. Contohnya, kerja-kerja pembangunan infrastruktur, pembinaan, perunding pembangunan, pereka bentuk struktur, Site Engineer dan banyak lagi. Kerja-kerja kejuruteraan ini melibatkan semua syarikat yang berkaitan dengan pembangunan tidak kira Jabatan kerajaan mahupun swasta. Jika kita dapat sekarang ini pembinaan electrified double track project oleh MMC Gamuda, ia juga merupakan bidang kerja kejuruteraan awam.

Jadi sekiranya anda sangat berminat mendalami ilmu kejuruteraan awam boleh lah menyambung pelajaran ke bidang ini. Sekiranya inginkan info tambahan, boleh lah rujuk kepada laman web Fakulti Kejuruteraan Awam UTM.[sini]. SEKIAN.


43 Civillian:

Syuhada said... [Reply to comment]

Thanks for the info. Saya baru habis Asasi di UM, dan berkira-kira nak further civil engineering for my degree.

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

@Syuhada haha..gudluck..semoga peroleh ape yg kamu mahukan

Anonymous said... [Reply to comment]

agak-agak peluang pekerjaan dalam bidang nie terbuka kepada perempuan tak?mcm senang nk dpt kerja lepas habis study.

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

@Anonymous sorry..lama sy xbukak blog ni.Bcos terlalu sibuk dgn competition di Taiwan. Actually, peluang pekerjaan itu sentiasa ada di semua bidang..dari pgalaman sy, ramai engineer wanita yg berjaya sekarang, cuma perlukan kegigihan untuk menempuh laluan idup sbgai civil engineer. Skrg ini, negara sedang pesat membangun, byk projek2 yg diusahakan, jd peluang untuk tidak dpt pekerjaan sgt rendah. SEKIAn

Anonymous said... [Reply to comment]

assalamualaikum...
hendak bertanya...
ada x tajuk untuk projek akhir diploma bg kejuruteraan awam yg pernah awak ikuti dlu...sedang dalam kebuntuan dan kesuntukan masa untuk mencari sumber2 untuk mendapatkan tajuk untuk projek diploma kejuruteraan awam...harap saudara blh bantu sy secepat mungkin...

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

@Anonymous w'slm..maaf lambat replay..actually student diploma utm xde projek akhir..hanya masa degree saja ada projek sarjana muda

erra said... [Reply to comment]

Salam ..Pekerjaan yg berkaitan dgn bidang civil ni camner yer ?especially bg perempuan .. sy baru habis diploma ..n sedang memikir2 nak further study or working .hihi..bole bg pndpt x ? :)

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

@erra W'salam..kerja yg berkait ngn civil nih byk, civil eng. kerja dia maybe di ofis or site tapak bina, mostly ladies byk yg kerja di ofis sbgai perunding dan uruskan progress kerja tapak bina. tp lelaki atau pmpn, itu bukan masalah, sy dulu pernah praktikal, 80% pekerjanya pmpn. kerja2 civil ni terdiri kerja2 pembinaan bangunan, kwln alam sekitar, pengurusan trafik & jalan raya. mcm2 lg, kebnyakn kerjanya kita boleh tgk disekeliling kita. Then, of nk taraf hidup lebih baik, smbung degree adalah yg terbaik..tq

Anonymous said... [Reply to comment]

salam,
kalau kite nak jadi pelukis pelan arkitek, kena ambik bidang ni ke?

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

@Anonymous w'salam..kalau nak jadi pelukis pelan arkitek, kena ambik bidang arkitek..bidang kejuruteraan awam ni, lebih kepada design struktur :)

dianeSly said... [Reply to comment]

@M.N.SYUKRI tapi kalau nk belajar basic, boleh amek kejuruteraan awam dekt sekolah teknik kan?

Civilian UiTM said... [Reply to comment]

Dulu ku x expect pun nak amik civil engineering ni... Coz minat minat math je... Mechanical, electrical pun minat jugak. Tp, fikir2, wtpe nk blajar payah2... So, amik civil je coz skopnya sangat luas dan menyoronokkan. Last2 ku masuk diploma FKA UiTM dan sekarang semester akhir degree FKA UiTM. Ku rasakan belajar civil engineering ada life berbanding matematik je... Alhamdulillah, hope dapat kekalkan GCPA 3.00 ni... :)

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

@dianeSly yup..klau nk blajar basic leh amik kt sek. teknik, ia akn jd advantages kpd kita bila kita amik civil di ipta/ipts, so xde la kita terkapai2 masa di ipta/ipts. :)

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

@Civilian UiTM tahniah kpd civillian UiTM kerna berjaya menempuh dunia civil engineering..marilah sama2 kita berjuang.:)

Anonymous said... [Reply to comment]

saye fresh graduate amik cvl ney la...tetapi saye kurang yakin untuk bekerja kerana merasakan ilmu saye tidak cukup di dada..kwn2 ade mengatakan tidak mengapa kerana mase kerja nanti itu adalah proses untuk kite blaja...so ape pendapat awak.....?

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..
sy bru je abis stpm n nak smbung degree..tp masa sy form 6 sy merupakan pelajar aliran sastera..kalau sy ambil course ni walaupun sy xde basic boleh x?

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Anonymous tiada masalah sekiranya kita kekurang ilmu setelah kita graduate, kerna proses pembelajaran Civil ini bkn hya semasa di IPTA/IPTS tetapi juga semasa kita menempuh alam pekerjaan..kata2 kawan awk itu betul..yg penting awk kne yakin pada diri, sekiranya merasakan kurang ilmu, awk boleh membuat ulangkaji sendiri subjek yg awk rasa lemah itu. :)

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Anonymous W'salam, sy dulu juga tidak ada basic mengenai Civil Engineering ini, malah sy tidak tahu sepenuhnya jenis2 pekerjaan yg melibatkan civil engineering. Berbekalkan minat, sy teruskan juga memilih cos ini. apa yg penting kita perlu berusaha. :)

myra said... [Reply to comment]

salam . bole trangkan cket ttg prospek kerjaya ? pas asasi ni , sya da plan mau ambik engnring tp sya xtau pn mau ambik yg mna satu . sbb sya takut t'slah pilih course ni. nnt mnyesal xsuda , payah lae mao tukar course. lae pun , masa d skola dlu sya da ambik lukisan kejuruteraan . so, sya harap awak ble tlg sya .

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@myra W'salam..agak sukar utk sy menjawab soalan itu, kerna kerjaya bagi kejuruteraan awam ini sangat luas, sehinggakan kerja-kerja pemungutan sampah dan pelupusan sampah juga melibatkan civil engineer. Xpe nnt sy akan cuba utk menjawab pertanyaan myra, mybe myra boleh baca entry sy yg berkaitan civil enginering kerna ada juga sy selitkan tentang kerjaya.TQ :)

mel md.isa said... [Reply to comment]

nak tanya,,tahu x tntg kejuruteraan aeronautik dan kejuruteraan marine,,sy ni lepasan spm n still pening nk plih course,,

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@mel md.isa kejuruteraan aeronautik dan kejuruteraan marine ade di UTM, ade kawan yang ambik subjek tu..subjek ni more to mechanical engineering..

Anonymous said... [Reply to comment]

sy adelah pelajar lepasan spm . n sy mseh tcari2 lagi bidang yg harus sy ceburi . best ke kejuruteraan awam ney ? sbb sy tkot la dah ceburi bdang n tibe2 je sy down

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Anonymous bagi sy yg dah masuk tahun ke6 dalam kejuruteraan awam, bidang ni best..kerna banyak benda di dunia ini yg kita blh pelajari melalui bidang ini..ape yg penting kata hati kita..sekiranya kita xputus asa, kita tidak akn mudah down dgn apa jua cabaran..

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam, sye nk jd arkitek tp sye lpsan diploma civil engineering.. nk smbung course ape erkk utk cpai cte2 2,,,

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Anonymous w'salam..em boleh sambung cos seni bina..

Anonymous said... [Reply to comment]

@MOHAMAD NOR Syukri akum , ehm if teknologi kejuruteraan awam pulak mcm mane?? dy bnyak kepade IT ke?? leh terang kan x??

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.... Saya nk tnye..apakah persiapan awal yg harus sya lakukn b4 sya msok u....coz,,b4 ni sya amik science streamzz...xtau pon ape 2 civil engnring...

Anonymous said... [Reply to comment]

antara mechanical nagn civil agk2 yang ne snang na dpt kerje ek??bg gurl...

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

saya mintak maaf kepada saudara/saudara yg bertanya kerna xdapat jawab pertanyaan kamu semua disebabkan terlalu sibuk dengan tugasan2(projek)akhir tahun yg perlu disiapkan..

1.bg pertanyaan mengenai tekno k.awam sy xberapa arif sgt mengenai itu, kerna ia ditawarkan di uthm..tp stahu sy, ia lebih kurang sama sja dgn k.awam

2. bg persiapan. mungkin perlu mencari maklumat hala tuju bg kejuruteraan awam ni..takut tersilap lgkah..

3. antara mekanikal n civil, bg civil lebih ramai perempuan manakala bg mekanikal lebih ramai lelaki, kerja mekanikal lebih kpd lelaki..suma bidang mudah dpt kerja ttp dari segi suasana itu berbeza..contohnye bg mekanikal more kpd perindustrian n civil more kpd pembangunan..

Anonymous said... [Reply to comment]

salam alayk..saya baru je biz asasi uitm..cdg nk further study in civil engneering di utm..em nk tnye,lau nk apply scholar tu based on result mner?result asasi or fes semester kt degree t?lagi satu..em banyak x peluang untuk apply scholarsjip lam bidang niey?

Anonymous said... [Reply to comment]

gaji yang ditawarkn bagaimana ?

Nana said... [Reply to comment]

salam. . sye nak tanya. . saya lepasan spm. . saya aliran sn tulen . then,nak amek kejuruteraan awam nieyh. . bole kew,coz sye tadew basic2 die. .hehe.. . peluang pekerjaan die luas ta?. . especially gurl. . n betol kew kejuruteraan awam nieyh kijew die at tempat panas2?. . sye nak smbung kejuruteraan awam nieyh di politeknik merlimau. . lagi 1,betul kew politeknik tak laku ?. . harap dapat bantu saya. .

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Anonymous jawapan bg scholarship: w'salam, utk apply scholar boleh based on asasi @ 1st semester degree. dlm bidang ni byk scholar yg ditawarkan spt mara,ijm,gamuda, jpa dan byk lg company yg menawarkan scholar..kebanyakan student civil menerima scholarship dr badan2 yg sy nyatakan.:)

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Anonymous taraf gaji bg civil skrg adalah RM2500++ mengikut kawasan dan company

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Nana W'salam, kebanyakan pelajar k.awam batch sy ramai yg drpd aliran sains, dan ade yg telah berjaya bergelar engineer..bg sy masalah mengenai basic knowledge tu, bkn isu utama utk belajar dalam bidang ini kerna sy juga xde basic mengenai bidang ini..mengenai suasana kerja, mostly kena panas kerna kita perlu pergi ke tapak bina, tp bukan sentiasa di tempat panas..di site pun ada aircon..hehe. then, dr pengalaman sy, ramai engineer, dan staff yg berkerja dlm bidang ini asalnya dr politeknik dan UTM.jd bukan alasan utk mngatakan bhwa politeknik xlaku..yg penting kita jadikan diri kita istimewa dr yg lain, klau UiTM pun, if die ada ilmu dan kebolehan, dia juga boleh berjaya dlm bidang ini..TQ

Nana said... [Reply to comment]

terima kasih bagi nasihat uwh. . mula2 saya ta nak ambil kejuruteraan awam nieyh. . ramai kawan saya pandang rendah. . bg diorang boleh kea alirn sn tulen ambil kejuruteraan awam. . takod nanty down. . itu yg buad saya ragu2. . then,jumpa blog nieyh alhamdulillah saya ada sikit keyakinan. . terima kasih banyak2. :)

Hisham Samion said... [Reply to comment]

Nana : warna kulit anda akan berubah apabila belajar di pmm

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam :)
Saya mendapat tawaran ke utm dan usm, course civil engineering.
Utm - kejuruteraan awam
Usm - kejuruteraan awam (kepujian).
Apa bezanya kepujian dan tanpa kepujian? Dan mana yang lebih baik?

MOHAMAD NOR Syukri said... [Reply to comment]

@Anonymous wslam..utm juga kejuruteraan awam dengan kepujian sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang..ia bbeza semasa pencapaian kita.

bg utm - ia menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.
bg USM - ia menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains.

jadi bg course kejuruteraan, adalah bagus sekiranya memilih UTM, dan bg sains, sudah tentu USM. :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Jawatan kosong sebagai supervisor sivil di Putrajaya. kepada sesiapa yang berminat boleh hantar resume lengkap anda ke detikhorizon@gmail.com atau hubungi 012-3056980- ADAM terbuka kepada lulusan diploma sivil engineering. berpengalaman atau tidak, anda layak memohon.

Arshare said... [Reply to comment]

Thanks a lot about info..sy continue my studies in UM...taking course civil engineering..i hope u can give me guide ..thanks.nice to know about u..

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam....saya ni masih belajar dlm diploma civil eng kat politeknik...agk2 klau student dr poli ni senang x nk msuk uitm ke?x kisah la u mne pon asalkan ada ijazah k.a ni....dgr cter bdk poli pyh nk msuk u sbb suasana pmbelajaran between poli ngn u lain skit?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...