Wednesday, March 30, 2011

Kejuruteraan Awam Pilihan Hati


Baru-baru ini, aku ada mendapat mesej di facebook daripada salah seorang pembaca blog aku yang ingin menyambung belajar dalam bidang kejuruteraan awam, bertanyakan pendapat mengenai bidang ini. Sebelum itu aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang baru memperolehi keputusan SPM tahun ini. Hari ini aku ingin bercerita serba sedikit mengenai kejuruteraan awam.

Aku rasa ramai yang sedia maklum serba sedikit mengenai kejuruteraan awam, amnya pelajar dari Sekolah Teknik. Secara menyeluruhnya, kejuruteraan awam ini merupakan bidang dimana kita membangunkan dan memberi kemudahan pada sesuatu kawasan, contohnya membina infrastruktur, bangunan, saliran, alam sekitar, geologi, hidrologi, rekabentuk struktur dan bahan, teknologi pembinaan dan macam-macam lagi.

Di UTM, Skudai, Fakulti Kejuruteraan Awam terbahagi kepada beberapa jabatan dan unit iaitu Jabatan Pengangkutan dan Geoteknik, Jabatan Struktur dan Bahan, Jabatan Hidraulik dan Hidrologi, Jabatan Alam Sekitar, Unit informasi teknologi untuk kejuruteraan awam, dan unit ukur.

Sepertimana yang dinyatakan mengenai jabatan dan unit yang ada di UTM, Skudai. Pelajar kejuruteraan awam akan diterap dengan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan. Pelajar kejuruteraan awam akan belajar, asas ukur tanah, lukisan kejuruteraan,autocad, programing, rekabentuk struktur cth: bangunan dan jambatan, rekabentuk sistem jalan raya, rekabentuk sistem saliran, asas ilmu bendalir, mekanikal dan elektrikal, rekabentuk empangan, kajian mengenai batuan, tanah dan juga alam sekitar.

Sepertimana yang kita dapat lihat masa kini, negara sedang pesat membangun. Terdapat banyak kerja pembinaan dan pembangunan yang giat berjalan. Setiap kerja-kerja pembangunan ini adalah melibatkan jurutera kejuruteraan awam.

Bagi peluang pekerjaan, bagi pendapat aku semua bidang ada peluangnya tersendiri, cuma ia bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengejar kerjaya yang ada. Bagi kejuruteraan awam, aku rasa kerjayanya agak meluas kerna kita mempelajari pelbagai ilmu kejuruteraan jadi peluang pekerjaan itu adalah banyak. Contohnya, kerja-kerja pembangunan infrastruktur, pembinaan, perunding pembangunan, pereka bentuk struktur, Site Engineer dan banyak lagi. Kerja-kerja kejuruteraan ini melibatkan semua syarikat yang berkaitan dengan pembangunan tidak kira Jabatan kerajaan mahupun swasta. Jika kita dapat sekarang ini pembinaan electrified double track project oleh MMC Gamuda, ia juga merupakan bidang kerja kejuruteraan awam.

Jadi sekiranya anda sangat berminat mendalami ilmu kejuruteraan awam boleh lah menyambung pelajaran ke bidang ini. Sekiranya inginkan info tambahan, boleh lah rujuk kepada laman web Fakulti Kejuruteraan Awam UTM.[sini]. SEKIAN.


Tuesday, March 29, 2011

DUAMATA - Sayang Sudahlah.

Hari ini, aku ingin berkongsi lagu yang menyentuh perasaan aku. Lagu ini sangat sesuai kepada pasangan yang bercinta yang ingin memujuk pasangan masing-masing. Jadi selamat melayan diucapkan kepada semua. Cinta-cinta juga, tapi ingat hidup kita ada misi.(ewah..)SEKIAN.






DUAMATA - Sayang Sudahlah

engkau diam tanpa kata namun matamu seolah bicara
mendung di wajahmu seraya berkata hatimu telah terluka
aku ada disini untukmu, aku datang memang untuk dirimu
untuk sembuhkan luka di hatimu dengan segala maafku
sudahlah sayang jangan engkau marah
ku tak akan menyakitimu lagi
maafkan aku atas segala kesalahanku malam tadi

genggamlah tangan ini dan jangan pernah lepaskan
peluklah tubuh ini jangan kau sia-siakan
berikanlah aku senyumanmu yang paling indah ku bahagia

berikanlah aku senyumanmu yang paling indah ku bahagia
berikanlah aku senyumanmu yang paling indah maafkan ku


Cinta Itu Indah Atau Pahit

Pasti ramai pasangan yang sedang jatuh cinta saat ini, sedang indah dibuai perasaan rindukan kekasih hati, rindu ingin bertemu. Tetapi mungkin juga ada yang sedang bersedih kerana cinta, sedih kerna ditinggalkan cinta, sedih kerna telah melakukan sesuatu yang membuatkan pasangan tersentuh hati.

Cinta itu indah, indah jika kita pandai memainkan peranan kita sebagai seorang pencinta dan seorang yang dicintai. Lagi indah jika cinta itu dihiasi dengan keikhlasan hati, bukan dihiasi oleh kehendak hati dan perasaan.

Keikhlasan, kesabaran, ketulusan amat penting dalam menjalinkan hubungan tidak kira samada dalam percintaan atau pun persahabatan. Sekiranya kita tidak ikhlas terhadap individu yang kita kenali, pasti hubungan itu akan retak suatu hari nanti.

Kepada yang bercinta, jagalah cinta hati kamu itu dengan sebaiknya. Jika pertelingkahan mula berlaku, jangan dilambat-lambatkan untuk memujuknya, kerna melambatkan sesuatu itu tidak lah sesuatu yang bagus. Selain itu, hiasilah hubungan cinta itu dengan keindahan yang sebenar, bukan dihiasi dengan perkara yang boleh mendorong ke lembah yang hina, Kerna cinta itu indah jika kita saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa sedikit pun mencemarkannya.

Kepada yang bersendiri, yakinlah, mungkin hari ini bukan hari kamu, tapi pasti suatu hari nanti cinta sejati akan datang menjemputmu. Kita tidak perlu mengejar cinta sejati, tapi kita perlu yakin cinta sejati itu sentiasa disisi kita. Sekiranya kita bersedih kerna cinta, renungkan lah bukan hanya kita saja melaluinya malah ada yang lebih teruk dari apa yang kita rasakan. Dengan berbekalkan kesabaran dan keimanan di dalam hati, pasti cinta itu akan datang menghampiri.

Cinta itu indah atau pahit? Pahit dan indah itu sentiasa ada bersama. Tanpa pahit, tiadalah indahnya, tanpa indah tiadalah pahitnya. Hanya kita saja yang dapat menentukan pahit atau indah sesuatu perkara. SEKIAN

Aku Ingin Teman Berbicara

Fikiran aku saat ini sangat kosong. Idea aku hilang entah kemana kerna terlalu lama berdiam diri. Mungkin kerna terlalu banyak perkara yang menganggu fikiran aku saat ini membuatkan ia kosong kerna tidak tahu apa yang patut difikirkan dan apa yang patut dilakukan.

Aku perlukan pembakar semangat, membakar aku supaya aku terus berusaha dan terus maju ke hadapan. Tika dan saat ini aku sangat memerlukan teman berbicara. Berbicara mengenai apa saja yang berlaku masa kini agar otak aku aktif semula.

Mungkin, mungkin aku perlu membuat sesuatu perkara yang boleh membuatkan diri aku aktif kembali. Tapi apa yang aku perlu buat disaat kesibukkan melanda. Ke sana ke mari menyelesaikan satu demi satu masalah membuatkan fikiran aku berkecamuk dan tekanan melanda diri.
Siapa?di mana?siapa yang dapat berbicara dengan aku saat ini untuk menghilangkan segala kekacauan dijiwa. Aku perlukannya, perlukan teman untuk berbicara untuk merungkai sepi dihati. SEKIAN.

Monday, March 28, 2011

Sejarah Itu Penting

 Aku pasti, ramai di luar sana tidak sukakan subjek sejarah masa sekolah dahulu. Tetapi yang pasti, aku sangat berminat dengan sejarah, walaupun kini aku mengambil jurusan kejuruteraan awam.

Tahukah korang semua, tanpa sejarah, negara Malaysia yang kita cintai ini tidak akan menjadi seperti hari ini, dengan kata lain 'maju'. Sejarah mengajar kita erti pengajaran. Tanpa sejarah, semestinya kita tidak akan cuba untuk perbetulkan sesuatu yang tidak betul serta belajar dari sesuatu yang terjadi.

Seperti yang selalu disebut-sebut, setiap perkara yang berlalu itu jadikan pengajaran dan pedoman kita untuk menempuh hari-hari yang kita bakal tempuhi. Cuba korang bayangkan, sekiranya kita tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku atau kita tidak tahu langsung mengenai apa yang terjadi dahulu. Tidak mustahil perkara yang telah berlaku dahulu akan berulang atau berlaku kembali.

Kesilapan, kecuaian, kejayaan yang pernah terjadi dahulu adalah sangat penting untuk kita jadikan sebagai landasan untuk menempuh hari ini, agar hari-hari yang akan kita lalui adalah hari yang lebih baik dari sebelum ini.

Akhir kata dari aku, jangan benci sejarah, jangan abaikan sejarah kerna dengan sejarah itu kita dapat hidup seperti hari ini.SEKIAN.

Saturday, March 26, 2011

Malam Yang Sepi dan Duka

Hah?aku civillian bersedih ke?(hahA). Di hening malam yang suram ini, tiba-tiba mood aku bertukar duka.Bertukar muram. Mungkin kekusutan dan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik mendorong kepada mood yang kurang baik. Jadi malam ini aku ingin berkongsi lagu ini bersama semua pembaca.SEKIAN.
 




HARAPAN - FAZLI ZAINAL
Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa
Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

MY SNAP kepada SUDUT LENSAKU

Aku baru saja siap tukar page MY SNAP dalam blog aku kepada satu lagi blog aku yang semuanya tentang gambar. Mungkin PHOTO BLOG aku satu lagi ini tidak begitu kemas atau senang cerita tak cantik. Aku akan cuba mengindahkan blog aku yang satu lagi ini. Buat masa sekarang terlalu sibuk dan dalam keadaan mood yang kurang baik.(haha).

Jadi kepada sesiapa yang datang melawat blog aku ini, boleh la datang tengok PHOTO BLOG aku "SUDUT LENSAKU". Aku mengambil gambar sekadar suka-suka sahaja, kamera pun biasa sahaja.(haha).SEKIAN.
 

Friday, March 25, 2011

Membuat Keputusan Itu Adalah Sukar

Minggu yang bakal menyibukkan menjelma kembali. Aku baru saja selesai kekalutan untuk mencari penyelia PSM (Projek Sarjana Muda). Sungguh sukar, ramai lecturer yang dah di booking. Tadi aku jumpa dengan Dr Ir. Hasanan. Orangnya sungguh tenang. Masakan tidak, seorang engineer mesti harus tenang menghadapi masalah atau membuat keputusan.

Sungguh sukar nak memikirkan bidang dan tajuk untuk PSM. Aku telah memilih bidang pengangkutan atau lebih dikenali dengan bidang highway. Bagi aku bidang ini berhadapan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, apa yang kita selalu merungut dan apa yang kita selalu guna. Bagi aku, bidang ini mempunyai keseimbangan dari segi teori dan praktikal. Jadi, aku telah bertekad membuat keputusan untuk memilih bidang ini, walaupun rata-rata kawan sekelas tak ramai yang minat bidang ini. Bagi aku, kita jangan terlalu ikut orang lain, apa yang kita mampu, apa yang kita minat, itulah yang akan mendorong kita untuk berjaya.

Selain itu, disini aku juga ingin berkongsi bahawa membuat keputusan itu adalah sukar, sekiranya ia berkait dengan perasaan, sayang, kasih dan juga individu lain. Kesukaran membuat keputusan itu mendorong seseorang itu kemurungan dan sentiasa kekacauan. Mungkin, apabila kita membuat keputusan itu, ia akan memberi impak yang negatif, mungkin pada kita mahupun individu yang lain. Jadi kita harus membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan ini. Sekiranya kita telah membuat sesuatu keputusan, kita harus cekal menghadapinya, tanpa rasa kekesalan dihati. Kerna kekesalan itu boleh memakan diri. SEKIAN.

Thursday, March 24, 2011

YES 4G Jadi Pilihan


Setelah survey jenis plan broadband yang ada di seluruh Malaysia ini, aku telah memilih YES 4G sebagai pelan broadband aku. Kenapa pilih YES 4G?(haha).

Actually, dalam-dalam aku dok survey plan broadband, tiba-tiba lecturer aku promosi dalam kelas tentang plan YES 4G yang tengah rancak dekat UTM, SKUDAI. JOHOR. Dia cakap speed YES 4G ini boleh tahan dan berbaloi dan plan ini menawarkan campus pack.

Aku memilih YES 4G ini sebab dia merupakan plan topup, tak seperti plan-plan lain aku wajib bayar RM**.** tiap-tiap bulan. Jadi aku hanya bayar bila aku nak guna sahaja. Selain itu, aku ni bukan pengguna internet yang sangat tegar, bila dapat internet percuma saja aku jadi tegar(haha). Jadi aku kena pandai manage aku punya internet usage sebab sistem topup ni more you use, more you pay. Yang lebih sedap aku dengar, topup bagi plan ini tak ada expiry, so kalau tak guna, tak apa duit tak hilang.

Harga permulaan bagi YES 4G ini RM99 bagi pelajar UTM, kalau staff atau orang luar, perlu tambah RM50 untuk mendapat ID. RM99 ini adalag untuk membeli modem YES 4G. modem ini tidak menggunakan sim kad, Ia adalah modem dia sendiri. Apa yang bagus ialah tiap-tiap bulan YES 4G akan topupkan kita RM10 selama 10 bulan, jadi ia dapat mengantikan wang kita RM99 tadi. Bagi pelajar UTM, selagi masih pelajar, YES 4G akan topup RM9 setiap bulan selama menjadi pelajar. YES 4G juga tiada kontrak.

Jadi bagi aku, YES 4G ini mungkin sesuai bagi aku yang tidak menggunakan internet 24jam sehari 30hari sebulan, kerna kita bayar atas apa yang kita guna sahaja. Kepada kawan-kawan semua yang berminat boleh la membaca detailnya di website http://www.yes.my . SEKIAN
 

Wednesday, March 23, 2011

Kucing Pun Duduk, Bukan Gajah Saja Duduk

Baru-baru ini Kosmo menceritakan kucing duduk seperti manusia.  Aku ingatkan kucing aku yang pelik sebab suka sangat duduk macam manusia. Rupa-rupanya banyak lagi yang sejenis dengannya(haha).

Mungkin kerna kucing ini mempunyai spare tyre yang banyak menyebabkan dia suka duduk seperti manusia untuk merehatkan perutnya yang semakin berisi.(haha).

Mungkin selepas ini kita akan dikejutkan dengan jenama KUCING DUDUK pula. Sebelum ini, bila nak beli kain pelikat, mesti selalu jumpa cap GAJAH DUDUK, lepas ni cap KUCING DUDUK pula.(haha).SEKIAN

Tuesday, March 22, 2011

Kereta Berguling Empat Kali

SKUDAI, JOHOR - Sebuah kereta kancil milik pelajar Universiti Teknologi Malaysia, berguling sebanyak empat kali akibat dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan dari Singapura. Lebih malang lagi, kemalangan ini mengakibatkan sebuah lagi motosikal, juga pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang berada di hadapan dirempuh sejurus kereta kancil tersebut dilanggar. Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, 21 Mac 2011.

Menurut mangsa, beliau dalam perjalanan untuk pulang ke Universiti, selepas mengambil kawannya yang turun di hentian Bas Sri Putri dilanggar dengan tiba-tiba semasa beliau memandu melalui jalan berdekatan simpang ke Taman Universiti dan Pulai.

Menurut saksi, iaitu penunggang motosikal yang berada di belakang kereta kancil tersebut, mengatakan beliau ternampak kereta yang merempuh itu merupakan kereta bernombor pendaftaran Singapura. Disebabkan kereta tersebut bergerak dengan laju dan kesukaran menghafal nombor pendaftaran Singapura yang berlainan daripada Malaysia, kereta tersebut terus lesap tanpa sebarang bukti untuk dijejaki.

Kini, mangsa yang memandu motosikal tersebut dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana mengalami keretakan tulang pelvis dan colerbone. Manakala, dua lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang kereta kancil tersebut, hanya mengalami cedera ringan.

Mahu Pakai Broadband Mana?

Tak lama lagi cuti semester bakal tiba.(ewah nak pikir nak cuti dah padahal final exam pun belum lagi). Actually, aku terfikir nak pakai broadband internet tapi aku keliru nak pilih yang mana satu. Aku cek coverage, maxis broadband memberikan coverage yang ok berbanding yang lain. Tapi aku tak tahu adakah maxis ok atau tidak.

Mesti kawan-kawan blogger semua ada pengalaman pakai benda alah ni semua kan? Kalau sesiapa yang singgah dan terbaca entry aku ni, tolong kasi pendapat sikit-sikit boleh tak?(hehe). Boleh la ek3?hehe.

Jadi, aku akhiri entry aku tengah malam dengan ucapan terima kasih kerna membaca.(hehe) SEKIAN.

Monday, March 21, 2011

Bila Lelaki Mula Menangis


Kita sering kali sukar untuk melihat lelaki menangis. Ada yang mengatakan kerna lelaki ini ego. Tetapi pernahkah terfikir lelaki dikurniakan kesabaran ketabahan yang lebih tinggi daripada wanita. Kerna lelaki dipertanggungjawabkan sebagai seorang pemimpin atau ketua dalam sesebuah keluarga.

Ketahuilah, apabila seorang lelaki itu mulai menangis, ada sesuatu yang terbuku jauh dilubuk hatinya.

10 Sebab Lelaki Mulai menangis :
  1. Kerna keperitan yang dialaminya sudah semakin sukar untuk dia tempuhi.
  2. Kerna dia sangat dan teramat sayang pada seseorang.
  3. Kerna dia sangat dan teramat percaya pada seseorang.
  4. Kerna hatinya teramat terluka hingga tidak dapat ditanggung.
  5. Kerna kehilangan seseorang yang amat dia kasihi dan ingin seseorang itu terus bersama.
  6. Kerna terharu dengan sesuatu yang tidak disangkanya.
  7. Kerna kekalutan jiwa yang teramat sangat.
  8. Kerna kecewa pada janji yang diberi.
  9. Kerna sesuatu atau seseorang itu teramat penting baginya.
  10. Kerna berjaya melakukan sesuatu yang telah diusahanya dengan begitu gigih.
Lelaki sukar menangis bukan bermakna dia tidak pernah bersedih atau ego, tetapi dia perlu bersabar dan tabah supaya orang yang disampingnya terus gembira dan bahagia. SEKIAN

Sekiranya Hidup Seperti Pemain MP3

Kiranya aku mempunyai butang 'PLAY', aku akan biarkan ia terus bermain, kerna aku ingin bergembira dengan apa yang aku lalui.

Kiranya aku mempunyai butang 'BACKWARD', aku tidak akan menekannya, kerna aku tidak mahu mengenang apa yang terjadi, malah aku juga tidak mahu mengubah apa yang telah terjadi. Kerna apa yang berlaku mengajar aku jadi seperti hari ini.

Kiranya aku mempunyai butang "FORWARD", aku juga tidak akan menekannya, kerna aku ingin menghayati setiap detik saat hidup ini tanpa biarkan ia berlalu begitu saja.

Kiranya aku mempunyai butang "STOP/PAUSE", aku tidak akan layan ia sama sekali, kerna jika aku menghentikan perjalanan hidup ini, aku tidak akan belajar dari apa yang terjadi, aku tidak akan merasa indahnya hidup, malah aku tidak tahu apa kesudahan hidup ini.

Seburuk mana hidup ini, sesedih mana hidup ini, pasti ada sinar yang menghiasi. Selagi masa terus berjalan, selagi masih ada bulan dan mentari, selagi itu kita perlu menghargai erti hidup ini. SEKIAN.

Sunday, March 20, 2011

Lepaskan Lah Jika Itu Yang Terbaik


Bukan mudah untuk kita melepaskan dan melupakan seseorang yang sangat kita sayangi. 
Kerna kehadirannya meninggalkan seribu satu cerita didalam hidup kita.

Tetapi, 
kita harus akur, akur yang kita terpaksa untuk melepaskan dan melupakannya demi membahagiakannya.

Mungkin,
Mungkin ada hati yang akan terluka, akan berduka.

Tetapi,
Sekiranya itu jalan terbaik,
Kita harus menerimanya dengan redha.

Mungkin,
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang kita terpaksa lakukan,
Hikmah dimana kita tidak dapat lihat hari ini, mungkin tidak hari esok.

Tetapi,
Pasti hikmah itu akan muncul,
Dan kita pasti akan merasakannya.

Hari Isnin?Jangan..


Mesti ramai orang tak suka dengan hari Isnin bukan? Masakan tidak, dah bercuti dapat bangun lambat atau seronok-seronok pergi shopping, pergi lepak-lepak, terpaksa untuk memulakan hari yang sudah tentu bakal menyibukan kita.

Hari ini aku nak berkongsi tentang apa yang lecturer subjek "English For Workplace" aku sampaikan. Lecterur aku cakap, kalau hendak berurusan dengan sesebuah company, kalau boleh elakkan berurusan pada hari isnin, kerna pada hari isnin staff-staff syarikat itu sangat sibuk, ada meeting la, itu la, ini la dan macam-macam lagi.

Betul ke apa yang dikatakan? mungkin betul apa yang dikatakannya, kerna dari sudut pandangan lecturer aku itu sungguh berpengalaman dalam urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan ni. Mana tak nya, dia ajar English For Workplace dah tentu-tentu dia tahu selok-belok pengurusan ini semua.

Jadi kepada rakan-rakan blogger yang membaca entry aku kali ini, mungkin ramai yang berpengalaman dalam hal-hal berkaitan berkerja ni. Mungkin rakan-rakan semua boleh berkongsi pengalaman tika kerja. Kalau nak harapkan aku ni, mana merasa kerja dekat ofis lagi.(haha). Akhir kata daripada aku, ucapkan lah a very beautiful morning pada hari Isnin nanti yeah!(haha).SEKIAN.

Saturday, March 19, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition feat. Aizat

Hari ini, aku nak share satu video lagu Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat. Bagi aku, lagu ini menyentuh jiwa aku saat ini. Jadi jom layan sama-sama lagu ini. SEKIAN

Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu 

Penghargaan

Memberi tidak beerti kita akan diberi, menghargai tidak beerti kita akan dihargai, mendidik tidak beerti kita akan dididik.

Mungkin ramai yang kecewa sekiranya apabila kita memberi sesuatu, kita tidak dapat balasan yang setimpal. Apabila kita menghargai sesuatu, sebaliknya kita dihina dan tidak langsung dihargai serta apabila kita mendidik, kita tidak pula dididik. Semua kata-kata ini hanya satu sahaja konklusinya iaitu PENGHARGAAN.

Bukan mudah untuk kita mendapat penghargaan diatas hasil usaha kita. Tidak kira kepada sesuatu atau sesesorang. Selain itu, bukan semua orang akan memahami apa yang kita lakukan itu semata-mata untuk kebaikannya, bukan untuk diri kita sendiri. Apa yang kita inginkan hanya secebis penghargaan yang tidak memerlukan walau sekeping pun wang ringgit.

Mungkin. Mungkin seseorang individu tidak sedar apa yang kita lakukan untuknya dulu adalah untuk kebaikannya di hari yang mendatang. Kerna apa yang diberi, apa yang diajar itu, sukar untuk diterima sewaktu pertama kalinya. Maka tidak timbul lah rasa penghargaan itu.

Aku percaya, percaya yang suatu hari nanti setiap apa yang kita lakukan itu akan dihargai. Mungkin tidak sekarang, mungkin tidak hari esok. Sesungguhnya kesabaran itu sangat penting di dalam kehidupan ini. Masakan tidak, sekiranya tiada kesabaran, guru-guru kita tidak dapat mengajar sehingga hari ini. Kerna golongan ini sentiasa berhadapan dengan dunia memberi tanpa diberi.

Mungkin di luar sana ramai yang merasakan perkara yang sama. Tapi percayalah, memberi, menghargai, mendidik adalah perkara yang lebih baik daripada diberi,dihargai dan dididik. SEKIAN

Yang Mana Satu Jadi Pilihan

Tahukah anda, di Malaysia ramai orang yang lebih menyukai persimpangan yang mempunyai roundabout berbanding persimpangan yang mempunyai lampu isyarat.

Ini adalah kerna, waktu menunggu bagi lampu isyarat adalah lebih lama berbanding menunggu di persimpangan roundabout. Selain daripada itu, disebabkan segilintir rakyat Malaysia mempunyai tahap kesabaran yang rendah semasa menunggu di persimpangan lampu isyarat membuatkan mereka lebih suka untuk melalui persimpangan yang mempunyai roundabout.

Roundabout mempunyai kelebihan untuk menghubungkan banyak simpang dan mempercepatkan arus jalan. Tetapi, sekiranya kapasiti jalan meningkat hingga ke tahap maksima, roundabout juga boleh mengakibat kesesakan lalu lintas.

Sekiranya Traffic Engineer tidak mereka bentuk lampu isyarat, kebanyakan jalan raya di Malaysia akan mengalami kesesakan yang lebih teruk. Dan kita semua terpaksa menunggu lebih lama untuk melintasi persimpangan jalan raya.

Jadi, bersabarlah ketika berada di persimpangan lampu isyarat kerna sikap tidak sabar di persimpangan lampu isyarat boleh mengakibatkan kemalangan yang teruk. SEKIAN

 




Friday, March 18, 2011

Suatu Ketika : Genting Highland

Hari ini tiba-tiba terkenang saat pergi Genting Highland dengan kengkawan masa final year diploma dulu. First time ever, menjejakkan kaki di puncak yang tinggi, sejuk dan sebuah taman tema terbesar di Malaysia.

Sangat rindu dan teringin nak naik sekali lagi. Tapi berani ke aku nak naik space shot yang rasa macam tertinggal jantung dekat atas, jasad dekat bawah tu lagi?(wah sungguh gerun). Dulu masa naik space shot tu, main hantam je naik jangan pikir banyak kali, redah je.(haha).

Saat aku paling tak lupa, aku rasa nak termuntah bila naik pirate ship. Pergh..aku rasa nak suruh orang tu stop kan kapal tu masa tu juga. Mana tak nya aku nak termuntah, sebelum tu aku dah bantai lunch dengan burger prosperity. Jadi kepada yang belum pernah naik pirate ship tu, jangan kasi perut korang penuh, nanti nak termuntah pun korang terpaksa buat muka macho/cun.(haha).

Bila la gamaknya aku dapat merasa pergi Genting Highland lagi. Teringin sangat nak bawa family pergi sana. Tapi apa kan daya, parent aku, aku ajak pergi fun fair pun tak nak, dorang cakap dorang dah tua. Adui..apakan daya.(haha). Jadi nanti aku kena bawa yang muda-muda la macam tu, mungkin jantung orang muda ni kuat nak naik space shot tu.(hahaha). SEKIAN
 



Bukan di London, di Genting Highland
Sengal bontot aku naik benda alah ni
saat sebelum ditembak ke langit-space shot
Nak muntah tapi sempat buat peace lagi
Bye-bye Genting Highland
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...