Thursday, March 3, 2011

Selamat Hari Lahir My Father.

02 Mac 2011- Selamat hari lahir diucapkan kepada bapaku yang terhebat(hehe) Nazeri bin Ahmad. Insan yang banyak mendidik aku tentang ketegasan, disiplin dan kesabaran.(maklum lah bekas tentera laut). Merupakan juga insan yang aku sangat banggakan.

Masih aku ingat lagi, saat aku masih bersekolah, abah aku sangat mementingkan menepati masa dan disiplin. Aku hanya boleh keluar rumah dan perlu balik sebelum tepat pukul11 malam, kalau tak, tidur kat luar rumah tak pun aku perlu ambil jalan alternatif pecahkan pintu rumah(haha lagi la boleh mendatangkan marah). Disebabkan ajaran seperti itu, aku sekarang sangat menepati masa dan menepati masa itu adalah sangat penting bagi aku, sekiranya aku tak dapat tepati masa mesti aku kecewa gila.

Abah aku seorang yang sangat suka bercerita tentang kisah lamanya, sehingga aku boleh hafal cerita dia (haha) dan aku pun ckp, "back to the future dah". (haha). Abah aku juga seorang yang banyak berkorban dalam keluarga, dia akan pentingkan ahli keluarga terlebih dahulu berbanding dirinya sendiri. Aku berharap aku akan jadi sepertinya suatu masa nanti.

Aku bahagia walaupun kami sekeluarga hanya bertiga, kerna kemeriahan kami bertiga seperti kami mempunyai keluarga yang besar. Akhir kata dari aku, Selamat Hari Lahir Abah, I proud to be your son!. SEKIAN.

2 Civillian:

niesz said... [Reply to comment]

happy besaday tuk ayah awak :)

Unknown said... [Reply to comment]

niesz:trima kasih..nanti sy smpaikan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...