Friday, March 18, 2011

Kesan Radiasi Tidak Sampai ke Malaysia

Sejak Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami serta kisah radiasi. Macam-macam khabar angin tersebar, kononnya Malaysia juga mendapat kesan daripada radiasi tersebut, jangan keluar sewaktu turunnya hujan. Aku rasa mungkin ada sebilangan kecil yang percaya. Bila pertama kali mendapat khabar angin tersebut.

Baru-baru ini, aku membaca kosmo, mengatakan "Malaysia Bebas Kesan Radiasi" kerna Pertubuhan Mateorology Dunia menunjukkan trajektori bahan cemar tersebut menghala ke lautan pasifik. Jadi negara kita terselamat.

Bagi pendapat aku, sekiranya kesan radiasi ini tersebar di Malaysia, sudah tentu kerajaan Malaysia sudah lama mengumumkan perkara ini secara besar-besaran. Sepertimana dilakukan oleh kerajaan semasa kita diserang wabak H1N1. Pasti langkah berjaga-jaga dikeluarkan.

Jadi, kepada rakyat Malaysia, jangan risau kesan radiasi, kerna kita dimaklumkan kita bebas dari kesan radiasi. So kepada adik-adik dan sahabat sekalian, jangan bagi alasan tak nak pergi sekolah, tak nak pergi kuliah sebab takut kena kesan radiasi. (haha). SEKIAN

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...