Saturday, April 2, 2011

Lapangan Terbang Paling Bahaya

Sudah lama aku ingin berkongsi mengenai lapangan terbang paling bahaya ini tetapi kerna diri terlalu sibuk dengan ujian Design Structure Reinforce Concrete yang sangat susah gila, aku harus menumpukan lebih banyak masa untuk study.

Hari ini aku ingin berkongsi mengenai 7 lapangan terbang yang paling bahaya di dunia:

Tempat Ke-7 : Lukla Airport (Nepal). Lapangan terbang yang popular sebagai permulaan trek untuk mendaki gunung everest. Lapangan terbang ini mempunyai gunung yang besar pada hujung treknya.


Tempat Ke-6 : Madeira Airport (Madeira). Mempunyai landasan yang pendek. Landasan dibina dengan sokongan 180 batang tiang dan memenangi "Outstanding Structure Award".


Tempat Ke-5 : Barra International Airport (Barra).Kapal terbang perlu mendarat di pantai. Merupakan satu-satunya lapangan terbang yang memerlukan kapal terbang mendarat di pantai.


Tempat Ke-4 : Gustaf III Airport (st. Bart). Mempunyai landasan yang pendek yang berakhir dengan pantai.


Tempat Ke-3 : Courchavel (France). Mempunyai landasan hanya sepanjang 525m.


Tempat Ke-2 : Juancho E. Yrausquin Airport (Saba). Mempunyai jurang laut pada hujung landasannya. Sekiranya kapal terbang terlanjak, ia akan terus terjunam ke jurang laut.



Tempat Pertama: Princess Juliana International Airport (Saint Martin). Yang ni aku tak tahu nak cakap macamana. Korang tengok la gambar dahsyat tak dahsyatnya lapangan terbang ni.



Akhir sekali, aku ingin berkongsi video mengenai PRINCESS JULIANA INTERNATIONAL AIRPORT. Selamat terkejut.SEKIAN



0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...