Saturday, March 12, 2011

Bila Lampu Terpadam


Bila lampu terpadam, ada yang datang tanpa diundang, meninggalkan pula seribu dendam. Ini bukan cerita hantu, ini bukan cerita seram. Ia adalah pengajaran dan panduan agar kita berhati-hati pada yang datang dalam kelam.

Semenjak dua menjak ini UTM selalu sahaja mengalami kejadian BLACKOUT, sehinggakan adakalanya memakan masa lebih dari 3jam. Mungkin akan ada yang rasa tidak selesa kerna terpaksa untuk membesarkan anak mata di dalam cahaya kelam yang samar-samar. Tetapi kita harus berhati-hati, disaat cahaya yang kelam ini, ada pihak yang akan mengambil kesempatan.

Selama 5 tahun aku menjadi penghuni UTM, di Skudai dan Kuala Lumpur, sering benar aku mendengar kejadian laptop hilang, henset hilang dan macam-macam lagi disaat lampu semuanya terpadam. Manusia yang kononnya bergerak seperti ninja menyusup didalam cahaya yang gelap telah mengambil kesempatan ke atas hak orang lain. Tanpa disedari, kemungkinan tiga buah laptop telah hilang tanpa disedari.

Jadi disini aku ingin mengingatkan kepada semua rakan pelajar tidak kira di UTM mahupun di universiti-universiti lain yang sama berjuang seperti aku agar sentiasa berwaspada disaat kegelapan menyelubungi alam sekeliling kerna kita tahu apa yang akan datang. Langkah berhati-hati ialah jangan leka untuk mengunci pintu bilik sebaik saja kamu melangkah keluar dari pintu bilik, tidak kira sekejap ataupun lama. Kerna individu ini akan mengambil kesempatan pada pintu bilik yang tidak terkunci. Selain itu, awasi lah barang-barang berharga anda agar ia berada di tempat yang sulit daripada pandangan yang tidak mengetahuinya.

Akhir kata dari aku, berwaspada lah, berhati-hatilah dan beringatlah sesama kita. Kerna kita disini adalah untuk saling beringat dan membantu.SEKIAN.

4 Civillian:

black butterfly said... [Reply to comment]

ooo~~ader jugaa ae yg berani wat cm2~~ish tangkp dak yg wat tu..mmg hbz kena tibailaaa...huhu^_^

Unknown said... [Reply to comment]

black butterfly:mesti ade..klau dapat tgkap xpe la..xdpt tgkap, sadis la..haha

Deekay Miaow said... [Reply to comment]

hua3x..x sangka pula.. gelap2 pun bole lagi nak mcuri? terima kasih mengingatkan =)

Unknown said... [Reply to comment]

Deekay Miaow : time gelap banyak benda ada.huhu. sama2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...