Tuesday, March 22, 2011

Kereta Berguling Empat Kali

SKUDAI, JOHOR - Sebuah kereta kancil milik pelajar Universiti Teknologi Malaysia, berguling sebanyak empat kali akibat dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan dari Singapura. Lebih malang lagi, kemalangan ini mengakibatkan sebuah lagi motosikal, juga pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang berada di hadapan dirempuh sejurus kereta kancil tersebut dilanggar. Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, 21 Mac 2011.

Menurut mangsa, beliau dalam perjalanan untuk pulang ke Universiti, selepas mengambil kawannya yang turun di hentian Bas Sri Putri dilanggar dengan tiba-tiba semasa beliau memandu melalui jalan berdekatan simpang ke Taman Universiti dan Pulai.

Menurut saksi, iaitu penunggang motosikal yang berada di belakang kereta kancil tersebut, mengatakan beliau ternampak kereta yang merempuh itu merupakan kereta bernombor pendaftaran Singapura. Disebabkan kereta tersebut bergerak dengan laju dan kesukaran menghafal nombor pendaftaran Singapura yang berlainan daripada Malaysia, kereta tersebut terus lesap tanpa sebarang bukti untuk dijejaki.

Kini, mangsa yang memandu motosikal tersebut dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana mengalami keretakan tulang pelvis dan colerbone. Manakala, dua lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang kereta kancil tersebut, hanya mengalami cedera ringan.

6 Civillian:

NZ said... [Reply to comment]

mak ai teruk giler...takut lak nak bwk kete ni...kalu bwk kete sewa kne gnti...

anak papa said... [Reply to comment]

ya Allah.. teruknye.. tetibe mcm tak nak bawak kete kuar UTM plak.. hurmm

Unknown said... [Reply to comment]

nurZAKIA : bawak moto lagi teruk kesannya.

Nurul dot..dot..dot said... [Reply to comment]

haish..teruk tol langgar lari..tak bertanggungjawab betul..nasib baik tak de yang mati...

Unknown said... [Reply to comment]

cik zureen : kalau nak bawak boleh, tapi elakkan daripada bawa jam 12malam ke atas. Masa macam ni kita tak tahu condition driver macamana.

Unknown said... [Reply to comment]

Nurul dot..dot..dot : itu la pasal. Sedih juga bila dengar kena langgar lari. tak ada yang mati pun, kasihan juga mangsa yang cedera. Tapi bersyukur umurnya masih panjang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...