Sunday, February 27, 2011

Team test BETA

Malam ini sungguh gembira. First, dapat hilangkan bosan asyik dok kat bilik dan berbangga sebagai seorang anak Perak kerna terlibat dalam percubaan satu BETA(elerning bagi sekolah negeri Perak).


Test ini adalah untuk menguji server internet bagi 21orang dalam masa yang sama(serentak). Ujian dia senang, hanya perlu menjawab 20 soalan Sains dan 20 soalan Matematik UPSR. Pelajar universiti menjawab soalan UPSR? yang pasti tidak semua orang dapat markah penuh.

Ramai orang cakap, "ala soalan UPSR je, bukan susah, kacang jer". Tetapi kenyataannya ialah ia menjadi sukar bagi pelajar Universiti, kerana pelajar universiti banyak belajar benda-benda yang susah jadi bila berhadapan dengan benda yang senang ia akan jadi susah dan banyak melakukan kecuaian. 

Perkara seperti ini mudah untuk ditangani. Masalah kecuaian ini terjadi apabila kita ambil ringan terhadap sesuatu hal, jadi ia akan mendorong kita untuk cuai. Bagi pendapat aku, untuk menangani masalah ini, kita perlu banyak membaca, kerna banyak dari perkara yang mudah itu asasnya daripada pengetahuan yang kita sedia ada yang kita perolehi kebanyakkannya daripada membaca.

Kesimpulannya, aku sangat gembira dapat join team ni dan membaca itu amat penting bagi ilmu pengetahuan serta soalan UPSR itu bukan mudah, kalau tak belajar, kita tak kan dapat markah penuh(haha). SEKIAN


Saturday, February 26, 2011

Dua Dalam Satu


Akhirnya, aku telah mengabungkan dua blog aku menjadi satu, kerna aku merasakan tumpuan hanya pada yang satu adalah lebih mudah dan bahagia. Seperti juga cinta, kalau kita setia pada yang satu, kita akan merasakan lebih bahagia dan tenteram.


Disini, aku telah menukar template blog aku kepada yang lebih sedap mata memandang dan lebih mudah untuk dibaca(dari sudut pandangan aku la). Template ini menjadi pilihan aku kerna ia menyusunkan kombinasi warna hitam dan putih serta disertakan sedikit warna merah. Sungguh tenang bila aku melihatnya dan dapat memberi aku idea yang lebih banyak untuk membuat entry.

Kepada yang membaca blog dan melawati blog aku, aku ucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk. Aku masih belajar dalam dunia blog, jadi aku masih lagi dalam tempoh mencari sesuatu yang terbaik dan aku ucapkan terima kasih kepada rumet aku kerna asyik komen blog aku (face to face). SEKIAN

Pentax?ape tu..?

Pentax? apa tu? tak pernah dengar pun. Inilah ayat pertama yang keluar dari mulut aku semasa survey kamera.

Hajat aku nak beli kamera canon A3100, tapi tiba-tiba terbeli kamera OPTIO H90 (PENTAX). Sebab kenapa aku beli kamera ni (walaupun aku tak pernah dengar jenama dia):

  1. Warna dia hitam dan putih. Aku sangat suka kombinasi warna hitam dan putih dan boleh dikatakan banyak pakaian aku berwarna hitam putih.
  2. Rupa bentuk dia nampak oldscholl, nampak smart.
  3. Mempunyai pelbagai fungsi. Antara yang aku suka kita boleh snap gambar panorama dan ada banyak fungsi editing dalam kamera ni.
  4. Gambar yang diambil original colour. Jadi kalau kita gelap, kamera ni tak kan tipu kita(haha)
  5. 12.1 Megapixel dan HD movie. Bila record video, memang cantik gambar dia.
  6. Senang nak handle sebab dia kecil dan permukaan dia tak licin macam sesetengah kamera.
  7. Kamera ini juga, auto smile capture, Jadi bila kita setting smile capture dia akan auto snap bila kita senyum(menarikkan?)
  8. LCD dia bukan betul2 rata dekat permukaan body, jadi bila kita letak atas meja, LCD dia tak akan bercalar.
  9. LCD dia sama macam LCD laptop. (Jadi tau2 je la macamana rupanya).
Bila bercerita mengenai kamera ni, aku sebenarnya sangat menginginkan kamera DSLR. Dah mengidam punya lama, tapi nak wat macamana, tak mampu. Aku ni tak semewah seperti ramai2 orang. Kalau aku ingin memiliki sesuatu, aku akan berusaha sendiri. Macam kamera ni pun aku beli pakai duit loan(huhu). 

Ada orang cakap aku boleh mintak duit dekat parent aku (aku kan anak tunggal). Tetapi semua tu salah sama sekali. Aku kena guna titik peluh sendiri untuk memiliki apa yang aku nak, aku dah di ajar seperti itu dan selain itu parent aku bukan orang senang, cukup lah diorang bagi aku makan yang sedap-sedap.

Sekarang aku dah ada compact camera, DSLR yang idamkan tu masing lagi dalam idaman dan aku akan berusaha untuk dapatkannya. DSLR tunggu aku.(haha) SEKIAN

Thursday, February 24, 2011

Melakukan Demi Kepuasan.

Akhirnya, siap juga structure drawing aku yang berminggu-minggu aku cuba siapkan. Kenapa berminggu-minggu? ini adalah kerna merupakan pengalaman aku yang pertama menyiapkan drawing keseluruhan struktur bangunan daripada asas(footing) sehingga bumbung(roof).

Sungguh memenatkan dan merabunkan mata aku kerna asyik mengadap laptop nazak aku ni.(alasan, padahal hari-hari dok usha fb ngan blog). Banyak aku belajar sepanjang tempoh melukis plan struktur ini kerna banyak kali ia perlu di edit. Disebabkan itu, ia memakan masa berminggu-minggu untuk siap. Tetapi percayalah, disebabkan kesilapan yang perlu diperbetulkan aku telah banyak belajar untuk menghasilkan yang lebih baik. Bak kata orang, "belajar daripada kesilapan". Maka kata-kata itu adalah benar.

Kesimpulannya, aku berasa sangat berpuas hati kerna aku berjaya siapkan drawing autoCAD, dimana ramai mengatakan tidak tahu atau susah nak buat. Jadi, jika kita melakukan sesuatu perkara demi kepuasan diri, kita akan enjoy melakukannya dan akan berjaya siapkan yang hasil yang baik. SEKIAN.

Monday, February 21, 2011

Nasib Tidak Selalu Menyebelahi KIta.

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti mengharapkan sesuatu dalam hidup. Tidak kira budak kecik, remaja mahu pun dewasa. Kita selalu mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita.

Tetapi sedarkah kita, memberi sepenuhnya pengharapan itu boleh memakan diri kita. Contohnya, kita mengharapkan keputusan peperiksaan kita bagus, kita akan kekal selamanya dengan kekasih kita atau kita akan dapat kerja yang dapat menjamin masa depan kita. Tidak semua perkara ini adalah seperti kita harapkan.

Sedarkah kita, ramai diantara masyarakat kita tidak dapat menanggung kenyataan apabila pengharapan atau impian kita itu tidak kesampaian atau dengan kata lain, ianya musnah. Disebabkan dugaan itu, ramai yang memilih jalan singkat iaitu membunuh diri atau meminggirkan diri daripada masyarakat sekeliling. Sudah pasti bagi yang berfikiran waras akan mengatakan "fikir positif, itu adalah dugaan". Tetapi tidak semua dapat menerimanya.

Sekiranya salah seorang daripada kita mempunyai harapan yang tinggi, kita seharusnya menjadikan apa yang kita inginkan itu sebagai landasan kepada kita untuk kita mencapainya dan bukannya kita jadikan ia suatu benda atau perkara yang kita mesti dapatkan. Kerna, apabila kita menjadikan ia landasan dalam perjalanan kita untuk mencapainya, ia akan mendorong kita untuk teruskan usaha. 

Landasan ini juga boleh diertikan sama seperti prinsip hidup kita. Sekiranya kita menetapkan prinsip hidup kita adalah untuk mencapai kejayaan, kita akan sentiasa b'iringan dengannya walaupun kita dihadapi dengan kegagalan, kegagalan itu kita akan jadikan pengalaman untuk kita terus melangkah ke hadapan bukannya akur dengan kegagalan itu.

Hal ini berbeza apabila kita menetapkan matlamat itu pada satu puncak teratas. Kita akan mudah mengalah kerna kita tidak ada sesuatu yang menyokong kita.

Kesimpulannya, setiap apa yang kita hendak lakukan atau capai, mesti ada landasannya. Sekiranya tiada, kita akan mudah terbabas dan berputus asa. Sekian

Sunday, February 20, 2011

Ada Apa Dengan Membaca?

Membaca. Suatu masa dulu, aku sangat rajin membaca sampai bertimbun-timbun buku kat rumah. Tetapi, buku yang aku baca itu bukan lah sebuah novel cinta kerna bagi aku, cerita cinta di dalam novel itu sebenarnya tidak seperti apa yang kita lalui atau akan lalui.(macam frust je bunyi). Aku tidak membaca novel cinta bukan bermaksud aku tak baca novel, novel yang aku baca lebih menjurus kepada novel yang mempunyai unsur ilmiah atau thriller kerna ia lebih mencabar minda dan mendorong kita berfikir mengenai dunia nyata.

Selain daripada novel, aku turut membaca komik(normal bagi seorang lelaki). Komik yang aku maksudkan adalah yang berunsur kelakar kerna ia adalah satu cara bagi aku untuk rehatkan otak aku daripada tekanan harian.

Aku juga meminati majalah-majalah yang dapat memberi ilmu pengetahuan tambahan, dimana kita tidak dapat semasa kita belajar di sekolah atau mana-mana tempat pendidikan. Lebih penting disini aku kurang berminat membaca majalah hiburan sebab ia tak memberi banyak ilmu yang berguna(gosip sana, gosip sini), jadi kalau tanya aku pasal artis, comfirm aku tak tau.

Kini, aku suka berjalan-jalan(blogwalking) kat blog yang dapat memberi aku ilmu pengetahuan (ini semua bermula sejak aku mula blogging).

Sedarkah kita, lebih banyak kita membaca, kita akan mengetahui diri kita tidak sepandai mana kerna banyak yang kita masih tidak ketahui. Melalui membaca itulah kita akan dapat banyak ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, rajin-rajin lah kita membaca kerna terlalu banyak ilmu di dunia ini yang kita akan dapat sekiranya kita banyak membaca, dimana kita tidak akan dapat dengan apa yang berlaku disekeliling kita. SEKIAN.

Saturday, February 19, 2011

Aduhai Poster.

Pilihan Raya Mahasiswa sedang hangat menjalankan kempen. Minggu depan bermula pelajar membuang undi. Bila asyik dengan berkempen, kadang-kadang kita tak perasan adakah tempat kita berkempen itu sesuai kah?boleh tampal poster dan gantung poster dengan banyak sebanyak yang kita mahu kah?


Perhatikan gambar yang sempat aku ambil semasa makan tadi. Sungguh berkobar-kobar dan bersemangat perwakilan pelajar kita berkempen. Sana-sini poster dan flyers di merata-rata tempat. Tapi adakah ia sesuai? Ya, aku tidak berkempen tapi aku sebagai pelajar universiti inginkan tempat makan yang selesa. Lihat saja gambar di atas, dari view meja makan aku, nk menonton televisyen pun tak nampak sebab dihalang oleh poster-poster yang tergantung sana-sini. Adakah ini suasana makan yang selesa?


(Gambar di atas) Tidak salah untuk berkempen, bahkan aku mengalakkan dan menyokong pada mereka yang bersemangat ini. Tetapi perlukah poster tergantung sehinggakan nampak berserabut dan asyik tersangkut kepala semasa kita melintasinya? Perlukah begitu? Tepuk dada, tanya hati dan fikiran anda. SEKIAN.

Gara-gara Blackout.

Gara-gara blackout semalam, hari ini aku plan nak bangun awal untuk buat assignment dan study untuk coming test sudah terbengkalai. Terjaga awal pagi tapi disebabkan aku rasakan mata aku seperti ada gam, aku pun sambung tido aku.(kalau dekat rumah mesti siren dah berbunyi.haha).

Apa aku buat masa blackout semalam? Actually, nak tunggu sampai elektrik ada sebab nak wat assignment malam tu jugak then hari ni boleh la aku study benda lain. Tunggu punya tunggu, pukul 12.30 malam baru cahaya muncul menerangi bilik.(wah!seronok sangat time tu)

Sebaik saja elektrik ada, aku terus on laptop aku yang dah nazak ni terus update blog. Lepas update blog aku blogwalking jap melawat blogger2 lain, akhirnya tengok jam dah pukul 3pagi (giler melagho), mata aku pun macam ada gam, jadi aku terus landing atas katil dan tido (tak siap dan tak jalan jugak assignment aku haha)

Test, Blackout! Owh no.

18 FEB 2011 - 8.30pm - tarikh dan waktu test teori struktur sebenar. Masuk dewan test, tunggu lecturer yang masih tidak kunjung tiba. 8.40pm, akhir lecturer tiba dengan pakaian style dia t-shirt round neck dan jeans.sempoi habis. Terus dia bagi soalan dan mengarah mula menjawab.

Permulaan test yang agak tenang. Aku merenung soalan, "wow, lain macam je" tapi aku teruskan juga menjawab. Tiba-tiba, 'poop', dewan test menjadi gelap-gelita. Seluruh kelas menjerit (nak kata terkejut, tidak. tapi yang pasti aku dapat tahu dalam hati semua orang sedang gembira.'mesti test cancel, huhu).

Semua orang minta kat lecturer kasi take home test je la. Semua orang saat itu menyokong kenyataan yang dikeluarkan. Kenyataan itu membuatkan lecturer memikir sejenak dan berkata, " ok take home test!". Semua orang menjerit hooray..!(haha kelakar sungguh) tapi lecturer menyambung ayatnya. impossible aku nak kasi take home test. Owh tidak semua orang kecewa.

Lecturer tetap berkeras untuk tunggu elektrik ada balik, tapi kecewa, tak juga menyala lampu yang dinantikan. Dalam hati semua orang risau nanti ada elektrik balik, jadi semua orang keluarkan lah henset masing-masing tidak kira mahal atau murah, nak juga jawab soalan test takut tak cukup masa. Macam-macam karenah untuk menjawab soalan dalam cahaya yang samar-samar dan akhirnya lecturer membatalkan test tapi ia perlu diganti.(owh, tidak..tak best betul).

Sungguh tidak ku sangka aku melalui pengalaman yang pertama kali menjawab test macam zaman dunia tak menemui lampu elektrik. Tapi pengalaman aku moden sikit, sebab pakai lampu henset..hahaha..sekian.

Jawab Ujian Dalam Gelap

Tuesday, February 15, 2011

Aku Tak Suka Pergi Klinik.

Apa?anak tunggal tak suka pergi klinik? Owh..Tidak, Tidak, Tidak. Sebenarnya bukan aku tak suka pergi klinik sebab takut makan ubat ke..kene injection ke..Tapi tak suka sebab pergi klinik doktor mesti akan tanya macam ni:

Aku        : Tuk,Tuk,Tuk..(ketuk pintu bilik doktor)
Doktor   : Ya, masuk.
Aku        : Salam Doktor
Doktor   : ya, ada apa yang boleh saya bantu?
Aku        : saya sakit, demam kot. (dalam hati : dah aku jumpa doktor, mestilah sakit. tak kan kereta rosak kot)
Doktor   : Sini saya cek (ambil benda yang selalu kat leher dia tu, cek dada aku pastu cek suhu badan aku)
                Yela, awak demam. Saya bagi ubat demam dan awak amik di kaunter ya. Ada apa-apa lagi?
Aku        : Batuk pun ada doktor.
Doktor   : Ok, saya bagi awak ubat batuk sekali. Ambil di kaunter ya.
Aku        : terima kasih Doktor (dalam hati : itu je?)
(Pergi kaunter)
Kaunter : ini ubat awak. Semuanya RM30 ya.
Aku        : bayar (dalam hati: gila, demam pun RM 30 baik aku pergi farmasi cakap ja aku demam dan batuk
                 terus dia bagi ubat demam dan batuk, tak sampai pun RM10.)

Inilah sebabnya aku tak suka pergi klinik. Sebab doktor tanya aku dulu, aku sakit apa. Sepatutnya dia lah yang cek dan bagi tahu aku yang aku demam. Bukan aku yang suggest kat dia aku demam.

Kat bawah ni (picture) aku ambil dari post kawan aku kat facebook. Agak panas jugak bunyinya. Sekian.

Hitam Putih Kehidupan.

Hitam Putih Kehidupan. Kenapa hitam? kenapa putih? Renungi kehidupan kita sejenak. Sedarkah kita hanya warna ini ada lawan warnanya. Ia unik tidak seperti warna-warna lain yang sukar mencari padanannya.

Seperti juga kehidupan manusia ada jahat ada baiknya. Seringkali disinonimkan bahawa yang putih itu bererti hati yang suci lagi bersih, sedangkan yang hitam itu digambarkan hati yang penuh dendam. Adalah sukar untuk kita menentukan yang jahat itu sebenarnya jahat. Tetapi mudah bagi kita menentukan yang putih itu baik. Ini semua kerna, sepertimana kita lihat, apabila tercalit sedikit kekotoran pasti jelas kelihatan. Sebaliknya pula bagi hitam, seberapa banyak calitan kekotoran yang kena, belum tentu jelas kelihatan kotornya.

Disini aku bukan ingin menentukan siapa jahat atau siapa baik. Tapi keseimbangan hidup kita, dimana sentiasa ada baik ada buruk, ada duka ada suka, ada pahit ada manisnya. Apabila kita dapat mengimbangkan hidup kita nescaya kita akan hidup bahagia walaupun dihadapkan dengan jutaan ribu dugaan. Ini semua adalah kerna, apabila kita dapat mengimbangkannya, kita akan mendapat jawapan yang pasti bagi persoalan hidup kita. SEKIAN

Sunday, February 13, 2011

Hari Kekasih.

14 February. Apabila disebut saja 14 February, pasti satu saja perkataan yang keluar daripada mulut setiap masyarakat kita khususnya golongan remaja iaitu "Valentine Day" atau dalam bahasa melayunya, Hari Kekasih.

Apabila tiba sahaja bulan February, kita pasti akan dapat melihat pelbagai iklan terpampang tidak kira di televisyen, di akhbar mahupun di shopping complex. Kita akan dapat melihat pelbagai jenis iklan bagi meraikan Hari Kekasih ini. Seiringan dengan itu, tidak kurang hebatnya juga dengan tawaran, promosi, diskaun sana sini yang di sajikan oleh pusat membeli belah bagi menyokong sambutan Hari Kekasih ini.

Sekiranya ditanya kepada sebilangan pasangan kekasih remaja masa kini, apakah itu 'Valentine Day' pasti mereka menjawab "hari memperingati kekasih". Tahukah anda apakah sejarah asal usul hari 'Valentine Day'? Adakah ia bermaksud hari kita untuk mengingati seorang yang kita sayangi amnya, Kekasih? Tidakkah kita harus menyayangi orang yang kita kasihi itu setiap masa dan selalu mengingatinya selalu?Perlukah hanya pada tarikh-tarikh tertentu sahaja kita mengingati kekasih hati kita?

Begitu banyak persoalan yang aku utarakan. Bagi aku, kita perlu mengingati orang yang kita sayangi setiap masa kerna itulah yang sebaik-baiknya. Ingatan kita kepada kekasih kita itu bukannya bergantung kepada tarikh penting, tapi keikhlasan hati kita untuk menyayangi.

Di bawah ini, aku ada mengambil satu petikan mengenai sejarah 'Valentine Day'. Apabila aku membacanya aku terjumpa satu sejarah yang aku rasa wanita pada zaman itu sungguh murah. Wanita dijadikan bahan undian. Jadi perlukah kita menyambut dan menyebut2 hari valentine? Jika sebegitu asasnya. SEKIAN.

Sejarah Valentine Day


Sesungguhnya, belum ada kesepakatan final di antara para sejarawan
tentang apa yang sebenarnya terjadi yang kemudian diperingati sebagai
hari Valentine. Dalam buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April
Mop, Hallowen: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pusaka Alkautsar, 2005),
sejarah Valentine Day dikupas secara detil. Inilah salinannya:

Ada banyak versi tentang asal dari perayaan Hari Valentine ini. Yang
paling populer memang kisah dari Santo Valentinus yang diyakini hidup
pada masa Kaisar Claudius II yang kemudian menemui ajal pada tanggal 14
Februari 269 M. Namun ini pun ada beberapa versi. Yang jelas dan tidak
memiliki silang pendapat adalah kalau kita menelisik lebih jauh lagi ke
dalam tradisi paganisme (dewa-dewi) Romawi Kuno, sesuatu yang dipenuhi
dengan legenda, mitos, dan penyembahan berhala.

Menurut pandangan tradisi Roma Kuno, pertengahan bulan Februari memang
sudah dikenal sebagai periode cinta dan kesuburan. Dalam tarikh kalender
Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan
Februari disebut sebagai bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada
pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari dikenal sebagai hari raya Lupercalia, yang
merujuk kepada nama salah satu dewa bernama Lupercus, sang dewa
kesuburan. Dewa ini digambarkan sebagai laki-laki yang setengah telanjang
dan berpakaian kulit kambing.

Di zaman Roma Kuno, para pendeta tiap tanggal 15 Februari akan melakukan
ritual penyembahan kepada Dewa Lupercus dengan mempersembahkan korban
berupa kambing kepada sang dewa.
Setelah itu mereka minum anggur dan akan lari-lari di jalan-jalan dalam
kota Roma sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh
siapa pun yang mereka jumpai. Para perempuan muda akan berebut untuk
disentuh kulit kambing itu karena mereka percaya bahwa sentuhan kulit
kambing tersebut akan bisa mendatangkan kesuburan bagi mereka. Sesuatu
yang sangat dibanggakan di Roma kala itu.

Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi
Kuno yang berlangsung antara tanggal 13-18 Februari, di mana pada tanggal
15 Februari mencapai puncaknya. Dua hari pertama (13-14 Februari),
dipersembahkan untuk dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno
Februata.

Pada hari ini, para pemuda berkumpul dan mengundi nama-nama gadis di
dalam sebuah kotak. Lalu setiap pemuda dipersilakan mengambil nama secara
acak. Gadis yang namanya ke luar harus menjadi kekasihnya selama setahun
penuh untuk bersenang-senang dan menjadi obyek hiburan sang pemuda yang
memilihnya.

Keesokan harinya, 15 Februari, mereka ke kuil untuk meminta perlindungan
Dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Selama upacara ini, para lelaki
muda melecut gadis-gadis dengan kulit binatang. Para perempuann itu
berebutan untuk bisa mendapat lecutan karena menganggap bahwa kian banyak
mendapat lecutan maka mereka akan bertambah cantik dan subur.

Ketika agama Kristen Katolik masuk Roma, mereka mengadopsi upacara
paganisme (berhala) ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani. Antara
lain mereka mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor.
Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I.

Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius
I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan
nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati Santo Valentine yang
kebetulan meninggal pada tanggal 14 Februari.

Tentang siapa sesungguhnya Santo Valentinus sendiri, seperti telah
disinggung di muka, para sejarawan masih berbeda pendapat. Saat ini
sekurangnya ada tiga nama Valentine yang meninggal pada 14 Februari.
Seorang di antaranya dilukiskan sebagai orang yang mati pada masa Romawi.
Namun ini pun tidak pernah ada penjelasan yang detil siapa sesungguhnya
“St. Valentine” termaksud, juga dengan kisahnya yang tidak pernah
diketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yang
berbeda.

Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II yang memerintahkan Kerajaan
Roma berang dan memerintahkan agar menangkap dan memenjarakan Santo
Valentine karena ia dengan berani menyatakan tuhannya adalah Isa
Al-Masih, sembari menolak menyembah tuhan-tuhannya orang Romawi.
Orang-orang yang bersimpati pada Santo Valentine lalu menulis surat dan
menaruhnya di terali penjaranya.

Versi kedua menceritakan, Kaisar Claudius II menganggap tentara muda
bujangan lebih tabah dan kuat di dalam medan peperangan daripada orang
yang menikah. Sebab itu kaisar lalu melarang para pemuda yang menjadi
tentara untuk menikah. Tindakan kaisar ini diam-diam mendapat tentangan
dari Santo Valentine dan ia secara diam-diam pula menikahkan banyak
pemuda hingga ia ketahuan dan ditangkap. Kaisar Cladius memutuskan
hukuman gantung bagi Santo Valentine. Eksekusi dilakukan pada tanggal 14
Februari 269 M.

Kenangan Zaman Sekolah (2005).

Apabila termenung sorang-sorang, sambil main tetikus (klik-klik kat facebook), sambil melihat profil kawan-kawan lama, tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu. Zaman dimana aku gelarkan zaman kegemilangan aku. Bukan sebab aku jadi pemerintah masa tu, tapi zaman dimana aku terlalu aktif dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Biasalah, anak tunggal mana ada aktiviti kat rumah sangat, jadi sekolah lah tempat aku meluahkan kebosanan aku.

Teringat lagi, aku zaman sekolah merupakan seorang Timbalan Ketua Pelajar. Ada sesetengah budak sekolah aku mengelarkan aku pengawas paling garang (haha kelakar aku rasa). Aku digelar begitu bukan apa, sebab muka aku serius lagipun aku mewarisi sifat tegas abah aku, jadi aku susah nak senyum tapi bila betul-betul kenal aku, aku sebenarnya sangat suka gelak.

Zaman sekolah dulu betul-betul tidak sama dengan masa di universiti. Masa sekolah dulu kerja nak seronok je, tak macam di universiti, kalau terlebih berseronok, last-last kita boleh hanyut dan belajar kemana exam kemana. Biasalah kalau zaman sekolah dulu bila dah nak dekat SPM baru terkejar-kejar nak belajar tapi lain pula di universiti, kalau ujian buat main-main, final exam mati nk kejar sebab semuanya ada markah (carry mark).

Zaman sekolah dulu, aktiviti aku penuh dengan bersukan (iyelah sekolah tiap-tiap tahun ada sukan sekolah, tak macam universiti ada sukan tapi tak sama macam sukan sekolah). Aku sangat minat sukan olahraga (form3=emas, form4=perak, form5=gangsa, haha makin meningkat umur makin turun level pingat aku). Selain daripada sukan, aku juga join muzik. Masa join muzik, aku join muzik gamelan. Masa tu enjoy gila, sebab banyak aktiviti luar sekolah persembahan sana sini. Merata-rata aku pergi.(sungguh seronok). Bagi aku, kalau bab muzik, contoh persembahan aku mesti masuk punya, masa tu music is my life.

Zaman sekolah dulu juga, band-band budak-budak remaja baru nak naik. Ada undergroundhardcorepunk,  skinhead, wah masa tu semua ni sangat popular sampai aku pun terpengaruh pergi jamming pastu ada gak try-try pakai celak.(kelakar sungguh).


Zaman sekolah dulu, budak tengah sekolah cakap, "tak sabar nak habis sekolah, boleh kerja, tak perlu lagi pakai baju uniform yang sama tiap-tiap hari". Budak dah habis sekolah cakap,"nanti hangpa dah habis sekolah, dah kerja, hangpa akan teringin dan rindu nak sekolah balik". 

Dulu aku juga tergolong dalam golongan yang nak bebas dari sekolah, tapi kini aku mengerti zaman sekolah itu adalah zaman paling bermakna dalam hidup, zaman yang penuh dengan kenangan, keseronokan, gelak-tawa, cita-cita, impian dan macam-macam lagi. Zaman dimana dalam kepala kita, kita nak berseronok dan belajar. Berbeza dengan masa kini iaitu masa dimana aku dah berusia 23 tahun. Makin kita meningkat dewasa, makin besar tanggungjawab kita (macam spiderman cakap tu). Jadi kepada yang masih bersekolah, hargailah saat-saat anda sedang bersekolah kerana ia merupakan zaman yang paling bermakna dan berharga yang kita tidak dapat ulanginya semula.SEKIAN.


Dalam kenangan sahabat semua : syafril,Tarmimi,Kojet,Shahril,Mat Daus,Amir,Halim, Syuk Mcd,m-rul,Hafizul, Syahir,Faiz, Syida, Aida, D-mah, Faez, Azniza, Lyana, yah, azira,aisyah dan lain-lain.


Saturday, February 12, 2011

Percutian di Teluk Senangin. Perak

1 FEB 2011 - Sempena cuti raya cina yang hanya diberi masa seminggu sahaja. Aku telah diajak oleh maksu aku untuk berkelah di Teluk Senangin, Perak. Aku terus setujukan diri, maklumlah cuti anak tunggal sebenarnya sangat bosan kerna xde aktiviti di rumah. Nak ajak adik main PS2 ker, nak gaduh-gaduh ker semuanya xde, nak harapkan ASTRO yang macam-macam ada tu asyik ulang tayang je. Jadi bila ada peluang untuk bercuti dengan pantasnya aku bersetuju.


Sebenarnya, percutian ke Teluk Senangin ni ada tujuannya, iaitu untuk mengutip, mencari siput remis. Apa itu siput remis? mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu siput remis. Siput remis ni rupa dia lebih kurang siput lala atau pun kepah. Disini aku terlupa untuk snap gambar siput tu sebab kelam kabut sangat nak balik sebab perut lapar nk makan Yong Tau Fu sup dekat manjung, Perak.



Percutian aku kali ini sangat menyeronokkan kerna hampir 3 jam berendam dalam air laut untuk mencari siput (Masak Lomak pun Sodap). Tambahan pulak percutian kali ini melibatkan jumlah ahli keluarga yang agak ramai iaitu Tok wan, opah, maksu, mak, abah dan aku. Selalunya hanya kami bertiga.



Dikesempatan itu, sambil mencari siput, aku sempat mempraktikan ilmu renang aku yang sudah lama aku tinggal kan. Aku tidak menyangka kualiti renang aku bertambah baik. Sebenarnya, berenang ni bukan sukar, ianya menjadi sukar bila kita set mind kita yang kita akan lemas, jadi disebabkan itu kita sukar untuk berenang lantas kita pun tenggelam. Lagipun, renang ini memerlukan stamina yang tinggi (tinggi tak tinggi sangat la) asalkan jantung kita sihat.



Satu kekurangan anak tunggal bila time drive. Tidak kira ke mana saja perjalanan tenaga aku akan dikerah untuk memandu. My boss (abah) akan dengan sendirinya akan meletak jawatan sebagai pemandu. Tapi nasiblah, aku ni pemandu yang berhemah. Aku akan maintainkan meter 90km/j je.susah nak lebih. Sebab apa? sebab orang ckp leh jimat minyak. Biasalah penjimatan itu penting (kan3).


Jadi, dikesempatan ini juga, aku ingin mempromote sesiapa saja yang cintakan lautan, boleh la datang ke sini. Challet ada tempat pun aman dan damai sebab tak ramai orang yang tahu tempat ini. SELAMAT BERCUTI.

Friday, February 11, 2011

Selamat Hari Lahir.

10 FEB 2011 - Hari dimana aku di sini ibuku di kampung halaman nun jauh di sana. Ianya hari kelahiran ibuku Suzana binti Ibrahim yang ke berapa? itu adalah rahsia(hehe) kerna aku selalu menganggap ibuku sentiasa muda dan cergas tanpa dimakan usia. Ibuku adalah salah satu antara harta aku yang paling berharga. Seseorang yang sangat-sangat memahami aku, memahami perangaiku, telatah ku mahupun diam ku.

Sempena hari lahir ibuku ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah membesarku tanpa penat lelah walaupun hidup dalam keadaan sederhana yang ibarat roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Hasil daripada kerjasama, ketekunan dan usaha kita bersama, kita dapat mempertahankan keluarga kita hingga ia kekal bahagia walaupun apa yang dimiliki oleh orang lain tidak semuanya dimiliki oleh kita.

Berjuta penghargaan juga aku berikan pada ibuku kerana kesabarannya. Ingatlah kita, saat ibu kita masih di dunia inilah masanya kita menghargainya kerna tiada sesiapa yang lebih memahami, mengenali dan mengerti kita dengan tidak hanya berhadapan dengan kita, bahkan apabila jauh dari kita, naluri seorang ibu itu sangat kuat sehingga ia dapat menjangka keadaan kita. Jika kita terlambat untuk menghargainya semasa di dunia, kita akan menyesal kerna saat dia sudah tiada, kita hanya mampu menyedekahkan al-Fatihah saja tanpa mampu melihat dan merasai wajahnya lagi.

Akhir kata dariku, usaha dikau risau diri anakmu ini, kerna kau telah mendidik, membentuk dan mengajarnya untuk menempuhi liku hidup dan ia sudah dapat bangun dari jatuhnya dengan sendiri dan aku berusaha memajukan hidup aku sebagai hadiah untukmu.

Thursday, February 10, 2011

Teluk Senangin, Perak

Teluk Senangin, Segari, Perak. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan teluk ini. Ia sekarang sedang dimajukan bagi menarik lebih ramai pelancong. Mempunyai tapak perkhemahan dan juga challet yang mungkin tidak secantik challet-challet di tempat yang dikunjungi ramai.

Mesti ramai yang pernah pergi bermandi manda di Teluk Batik, Lumut Perak. Jadi mesti ramai yang pernah melintasi persimpangan untuk ke Teluk Senangin ini kerana laluannya adalah sama.

Teluk Senangin ini sangat sesuai bagi individu yang inginkan ketenangan kerana tidak ramai yang berkunjung ke Teluk ini, hanya sebilangan kumpulan keluarga dan penggemar memancing yang akan berkunjung ke teluk ini. Ini bukan bermaksud teluk ini tidak cantik atau kotor tetapi seperti yang dinyatakan tadi, ia masih belum popular. Di sini juga terdapat banyak remis(siput) iaitu sejenis siput berbentuk seperti kepah atau lala.

Cuti raya cina yang lepas (01 Feb 2011) telah membawa aku ke Teluk Senangin bersama keluarga yang sentiasa ada bersama aku semasa cuti. Dikesempatan itu aku telah mengambil beberapa keping gambar sebagai santapan dan kenangan serta untuk dikongsikan bersama-sama teman yang melawat blog ini.

Wednesday, February 9, 2011

All These Things I Hate.

Once more I'll say goodbye to you
Things happen, but we don't really know why
if it's supposed to be like this
why do most of us ignore the chance to miss
oh yeah
Torn apart at the seams of my dreams turn to tears
I'm not feeling the situation
Run away try to find that safe place you can hide
It's the best place to be when you're feeling like
Me!
Yeah!
All these things I hate revolve around Me!
Yeah!
Just back off before i snap
Once more you tell those lies to me
Why can't you just be straight up with honesty (honesty,honesty)
When you say those things in my ear
Why do you always tell me what you wanna hear
oh yeah
Wear your heart on your sleeve make things hard to believe
I'm not feeling the situation
Run away try to find that safe place you can hide
It's the best place to be when you're feeling like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...