Friday, March 4, 2011

Lumrah Seorang Pelajar

Setelah dua hari aku berehat daripada memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran (bukan bermaksud tak belajar langsung, cikit-cikit2.hehe), sekarang tiba lah masanya untuk aku buka buku dan mengulang kaji pelajaran.(bukan mukabuku @facebook ye).

Biasalah, sebagai seorang pelajar tak lari daripada test dan exam. Aku akan menghadapi test 2 minggu depan. Maka, untuk tidak menyesal di kemudian hari, aku kena la bersiap sedia lebih awal, kalau aku tak dapat jawab nanti pun, atleast aku dah berusaha(ayat sedapkan hati). Tetapi jika kita berusaha, InsyaAllah kita boleh jawab dan boleh score.(siape setuju,akan tangan macam saya'ayat usop dalam hantu kak limah')

Kepada kawan-kawan dan adik-adik semua(sedih pulak aku tak ada adik kan), bersiap sedia lah lebih awal sebelum peperiksaan berlangsung. Kecuali,(ops ada kecuali pulak). Kecuali korang orang paling pandai dalam Malaysia, korang study last minit pun takpa, sebab dah otak korang power jadi pickup pun power juga. Tetapi jangan terlalu yakin pada diri sangat kerna keyakinan itu ada baiknya dan ada buruknya.

Jadi kesimpulannya, jangan study last minit, nanti gelabah, apa pun tak dapat. So, good luck semua tak kira siapa anda dan di mana anda berada.SEKIAN

2 Civillian:

REZXwOw said... [Reply to comment]

bro ? belajar kejuruteraan awam ? sama la kite

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

yezza..so boleh la berkongsi ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...