Saturday, March 12, 2011

IT FAIR Skudai Parade, JOHOR

Disebabkan keadaan mouse aku yang semakin parah, telah mendorong aku untuk aku mencari pengganti baru. Jadi adalah bernasib baik kepada orang yang memasukkan flyers IT FAIR SKUDAI PARADE ke bawah pintu bilik aku kerna berjaya mempengaruhi aku untuk pergi.

Aku bajet harga mouse yang aku nak beli RM35 ke bawah (Mesti korang cakap mahalnya mouse, pakai mouse RM10 pun dah ok dah). Sebenarnya, aku dah beli mouse RM16, untuk menggantikan mouse aku yang cedera parah RM40 yang aku beli 3tahun yang lalu (tengok, tahan 3tahun, itu aku yang lelaki kasar ni guna, kalau gadis-gadis yang guna, aku rasa tahan lagi lama.). Aku pakai mouse RM16 tu serius tak sedap langsung, dengan button yang keras dan tak sesuai dengan genggaman tangan aku serta mengada-ngada sebab cursor tak lancar (menyirap aku, tambah-tambah kena buat kerja autoCAD). Jadi aku bertekad tak nak beli yang murah.

Jadi hari ini aku pergi IT FAIR Skudai Parade. Kedai dekat situ tak banyak, rasa aku ada la dalam 10 buah kedai, tak macam lowyat, berbuah-buah kedai ada kat situ. Niat aku nak cari mouse sebijik macam yang lama, iaitu A4TECH, tapi biasa la, adalah sukar untuk kita menemui yang serupa macam yang kita pernah miliki. Tengah aku survey harga dan jenis mouse kat situ, ada pekerja kat sini offer aku member card dengan harga RM10 setahun, aku boleh beli salah satu barang dengan harga offer. Bila aku cek, harga mouse biasa RM50, jadi RM29.90(wireless). Agak murah tapi aku tak pasti sangat mouse wireless ni ok ke tak, tapi lepas penat cari mouse tak jumpa, aku nak cuba juga beli. Jadi harga keseluruhan RM39.90 termasuk kad. Aku cuba mouse baru ni, sedap juga, rasa ok tapi tak setanding mouse lama aku. Tapi berbaloi juga la rasanya.

Jadi, kepada sesiapa yang duduk area skudai ni, boleh la pergi ke Skudai Parade, usha-usha apa yang patut, mungkin ada yang diminati. Mana tahu mungkin yang diminati tu harganya murah dari yang lain(hehe). SEKIAN




mouse kesayangan aku yand dah injured teruk, berbandage sana sini.
penganti yang baru RM29.90
kad ahli aku RM10
barang yang di offer (sila klik gambar kalau tak nampak)
kat sini aku beli mouse ni

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...