Thursday, January 27, 2011

Auto atau Manual?

SALAM SATU MALAYSIA - Bawa kereta manual atau automatik yang menjadi pilihan? Kebanyakan orang yang aku kenali lebih inginkan kereta yang menggunakan gear auto, kerana ramai-ramai dari mereka menyatakan bahawa gear auto adalah lebih mudah dan hanya memerlukan kita memasukan gear pada kedudukan D untuk kehadapan dan R untuk berundur. Selain itu, ada yang mengatakan susah untuk mengawal kereta b'gear manual kerana perlu bermain dengan 'clutch'


Bagi pandangan aku yang sedia paham dengan kereta menggunakan gear manual, aku lebih suka gear manual kerana kita boleh mengawalnya dengan mudah. Contohnya, sekiranya kita menggunakan gear auto, kita perlu memasukan gear pada kedudukan N(neutral) untuk mengelakkan kenderaan daripada bergerak. Manakala, bagi gear manual, kita hanya perlu memijak pedal clutch untuk mengelakkan kenderaan daripada bergerak tanpa perlu mengubah kedudukan gear.


Rata-rata kes kemalangan yang aku dengari, kebanyakkan dari mereka menggunakan gear jenis auto. Hal ini berlaku disebabkan terkejut semasa hampir b'langgar lantas tersilap pijak pedal. Pedal minyak disangka brek lalu membuatkan kereta terus memecut dan mengakibatkan kemalangan yang teruk.

Sebaliknya pula bagi penggunaan gear manual. Hal ini kerana apabila kita terkejut semasa hampir b'langgar kita sekaligus memijak pedal clutch dan brek. Sekiranya kita tersalah memijak pedal minyak, tapi disebabkan pada masa yang sama kita memijak pedal clutch, enjin hanya akan menderum tetapi tidak memecut kenderaan, maka kesan kemalangan dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, walaupun penggunaan gear auto lebih mudah berbanding gear manual, ia juga mempunyai kelemahannya. Sekiranya, anda lebih menggemari gear jenis auto, aku sarankan luangkan sedikit masa untuk arifkan diri dengan gear manual kerana jenis ini lebih mencabar dan ia juga boleh menggurangkan risiko mengantuk semasa memandu disebabkan kita perlu menukar gear secara manual mengikut kadar kelajuan kenderaan.

Wednesday, January 26, 2011

Perjalanan Hidup Itu Masih Jauh.>>>

Suatu masa dahulu, di zaman persekolahan aku selalu menyakinkan diri aku bahawa perjalanan yang patut aku tempuhi masih jauh. Aku tidak harus berputus-asa dalam  menempuhi dugaan hidup. Sekiranya aku berputus-asa sekarang bagaimana aku ingin menempuh halangan dan cabaran dimasa akan datang, yang mana aku tidak tahu bagaimana dan berapa besarnya ia akan menghalang aku untuk aku mengapai cita-cita aku.

Pernah juga dalam mengharungi dugaan hidup, aku hampir tewas dan hampir berputus-asa untuk meneruskan perjuangan hidup. Tapi, aku yakinkan diri aku bahawa kebergantungan pada takdir adalah salah sama sekali. Kita harus berusaha memperbaiki apa yang buruk dan menambah-baik apa yang sememangnya baik. Kita tidak harus hanya berserah kepada takdir. Setiap satu masalah itu ada puncanya dan setiap masalah itu juga ada penyelesaian. Dapatkah anda bayangkan?seorang ahli matematik dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan nombor yang begitu rumit hanya dalam masa beberapa minit sahaja, dimana bagi sebilangan daripada kita, matematik itu adalah subjek yang merumitkan dan sukar. Kenapa?kenapa individu seperti ini dapat memikir sebegitu dahsyat sekali.

Disini aku ingin memberi pendekatan bahawa, kita perlu berusaha, berusaha mengunakan otak kita yang mempunyai beribu juta sel yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal itu dengan mengunakan kebolehan otak kita pada tahap kritikal. Jika kita telah berusaha semampu yang kita boleh, tidak mustahil sesuatu masalah itu kita tidak dapat selesaikan, malah kita mampu mempertahankan sesuatu yang kita hampir terlepas. Tapi, kita perlu ingat setiap usaha itu perlu diiringan dengan kesabaran. Kesabaran merupakan kunci utama dalam menentukan kejayaan seseorang. Kesimpulannya kesabaran + usaha - masalah = KEJAYAAN.

Sunday, January 23, 2011

Hari in berlalu, hari esok datang menjelma.>>>

Hari ini kian berlalu sehinggakan kita tidak sedar apa yang telah berlalu dan apakah telah dilakukan. Ia bagaikan angin lalu yang menghembus melepasi kita tanpa meninggalkan kesan.

Pernahkan kita berfikir, merenung apa yang kita telah bazirkan apa, apa yang telah kita lakukan yang memberi keuntungan kepada kita. Sekiranya kita belum melakukan semua itu, sedar lah kerana setiap saat itu adalah emas. Jika kita gagal dan lalai maka tewas lah kita pada salah satu langkah kita.
Ramai antara kita selalu saja terlepas daripada keindahan matahari di ufuk timur. Tidak sedarkah kita, kejayaan itu muncul sekiranya permulaan pagi yang indah itu kita hargai?kita nikmati.

Ramai orang berpeluang melihat matahari terbenam, tapi tidak semua dapat melihat suria yang menyinari pagi menandakan bermulanya hari. Padahal, suria dipagi hari itu permulaan segalanya, berbanding matahari yang terbenam, yang membawa maksud berakhirnya hari yang telah kita lalui.


Sekiranya kita renungkan hari-hari yang kita lalui, percayalah, yakinlah dimana hari yang cemerlang itu bermula dengan permulaan hari yang indah. Sekiranya kita terlepas menikmati semua itu, kita pasti telah rugi menikmati keindahan dunia dan kebesaran-Nya.

Saturday, January 22, 2011

Pesilat>>>

Salam Satu Malaysia. Setelah aku menyelongkar galeri-galeri silam aku, tiba-tiba aku terjumpa satu khazanah yang telah lame bertapak dalam hardisc laptop aku. Jadi di sini aku ingin berkongsi satu-satunya kartun yang belum lagi diterbitkan oleh mana-mana majalah kartun. Ia merupakan hasil karya kawan aku yang meminat seni lukis kartun tetapi mengambil jurusan kejuruteraan awam. Maka dengan ini, kartun ni satu-satunya ade kt sini.(hehe). Moga terhibur....
Karya: Khalis

Thursday, January 20, 2011

Khurafat>>>Seram?terkejut?Jgn Tutup Lampu..?>>>



Sinopsis Filem Khurafat-Perjanjian Syaitan

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh.
Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini… Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung.
Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).
Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?

Khurafat>>> Aku baru menonton cerita ini pada 19hb Januari. Atas desas-desus yg menggambarkan cerita ini sungguh menyeramkan dan memainkan scene yg penuh dgn kejutan membuatkan aku terpanggil untuk menontonnya..

Syamsul Yusof dan Lyana Jasmay merupakan pelakon utama dalam filem ini, tetapi kebanyakan ceritanya menceritakan cerita watak syamsul yusof. Filem ini memberi pendekatan kepada dunia mengenai amalan khurafat yg kerap diamalkan oleh segelintir masyarakat kita. KHURAFAT membawa maksud amalan bertasawul kepada si mati dgn harapan niat atau hajat dapat dikabulkan melalui si mati.

Sepertimana filem ini, ia menceritakan dimana Johan(syamsul) dan isterinya(lyana Jasmay) dihantui dan diganggu oleh bayangan makhluk halus yg berupa seorang wanita penuh darah di badannya..Permulaan cerita ini menimbulkan satu tanda tanya kepada penonton, siapakah dalang disebalik kejadian ini. Filem ini berjaya menimbulkan syak wasangka, sehingga penonton berbisik2 mengatakan org itu, org ini yg menyebabkan Johan dihantui.

Perjalanan cerita ini penuh dengan babak2 suspen dimana kebanyakan penonton terjerit2 terutamanya perempuan tidak kurang juga bagi lelaki. Babak2 ini lah yg membuatkan filem ini popular dikalangan penontonnya kerana ia membuatkan jantung sentiasa berdebar.

Di akhir cerita ini, ia telah membuktikan bahawa gangguan itu berlaku disebabkan Johan itu sendiri yg mengamalkan amalan khurafat, lantas memberi jawapan kepada persoalan penonton diawal cerita, dimana prasangka yg dibuat semuanya salah. Kesudahan cerita ini agak menyedihkan dan membuatkan penonton hilang rasa takut tapi sedih menyelubungi diri.

Sekian.

Antara scene yg mengejutkan dan menyeramkan smpai ada yg berkata2 "malam ni tidur jgn tutup lampu"


Tuesday, January 18, 2011

Tiga Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tahu>>>

Entry ni aku ase menarik sgt..aku amik dri blog http://petuakitasemua.blogspot.com/..renung2 kan..

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2010/11/3-rahsia-lelaki-yang-wanita-mesti-tahu.html#ixzz1BOnSyTJi

Thursday, January 13, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah>>>

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH>>> haha mungkin awok orang yg begitu lambat menceritekan tentang citer nih..tp ape kan daye byk sgt halangan yg mendatang, yg menghalang awok untuk menonton wayang.
Awok baru jer nengok citer ni yg selame ini awok nanti-nantikan kepulangan kak Limah nih..Akhirnye awok dapat juge menyambut kepulangannye.
Hantu kak limah balik rumoh merupekan cerite yang sangat menarik dan menyeronokkan sampai lenguh rahang awok asyik dok gelak. Cerite ini merupakan kesinambungan watak-watak cerite ZOMBI KAMPUNG PISANG yg dah berpuluh2 kali diulang tayang di astro..awok sangat solute filem hasil arahan Mamat khalid nih..sungguh menghiburkan hati walaupun ending nye xseperti tajuknye tapi mengkome klau nengok cerite ni xgelak terbahak2, memang sah ade litar pitas kat mengkome...setiap babak dan watak yang terdapat dalam citer ni sungguh menggelikan hati..sungguh x rugi nengok cerite ni.
Cerite ni dilakonkan di daerah kuala kangsar perak..so ceritenye menggunekan dialek perak..sungguh seronok and berpuas ati nengok cerite ni..kalau mengkome belum nengok cerite ni..mengkome mesti nengok..hehe..Selamat menonton..

Antara babak-babak menarik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...