Sunday, March 6, 2011

Disebalik Sebatang Lampu Isyarat

Aku baru saja lepas belajar bab sistem traffic light. Tahukah korang semua, lampu kuning traffic light tu sebenarnya dipanggil amber dalam kejuruteraan. Ia bukan berwarna kuning atau oren, tetapi amber. 

Selain itu tahukah korang semua, benda yang macam hujung 'cap' dekat setiap lampu isyarat itu bukan bertujuan tak nak kasi air masuk atau kena lampu isyarat (konon-konon takut lampu terbakar kena air), tetapi ia bertujuan untuk mengelak pemandu dari simpang lain nampak cahaya lampu simpang yang lain. Tujuan ia membuat demikian adalah untuk mengelak pemandu simpang lain tergesa-gesa nak menyeberang jalan.

Selain itu juga, tahukah korang semua, apabila lampu isyarat bertukar menjadi merah, masih ada 3-2 saat sebelum lampu isyarat hijau di simpang yang lain menyala. Jadi, korang ada masa kurang dari 3 saat selepas langgar lampu merah(ops..jangan buat, kena saman RM300 no mercy woo..).

Jika korang semua penunggang motosikal, elak daripada berhenti pada line kedua jalan raya dekat persimpangan traffic light, terutama di kawasan banyak lori-lori besar. Kerana pernah terjadi satu kejadian sebuah motosikal dirempuh sebuah lori yang tidak sempat brek. Jadi berhati-hati di jalan raya, pandu cermat, jiwa selamat.SEKIAN.

2 Civillian:

salehasafie said... [Reply to comment]

baru langgar merah...huhuhu
x tau plak ada kamera kn...
raser glamer kena flash dier...hahahaha

Unknown said... [Reply to comment]

wiernadriezan : haha..xdapat dielakkan la macam tu..kena tunggu surat cinta smpai rumah..haha, RM300 tu..sadis je nak bayar..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...