Wednesday, April 27, 2011

Akhirnya Blog Aku Di Review Oleh Pembawa Wacana

Akhirnya Pembawa Wacana telah review blog aku, lama jugak aku masa ni, tiap-tiap hari aku dok view blog pembawa wacana.(haha)

Terima kasih diucapkan kerna sudi review dan bagi kata-kata yang menyedapkan hati dan komen yang sangat berguna. Tidak ku sangka ramai juga yang suka dengan warna background blog aku ni. Aku baru ingat nak tukar warna, tapi disebabkan Pembawa Wacana cakap macam tu, aku kekalkan warna ni je la.(hehe).

Mengenai pop up window untuk komen, terima kasih sangat-sangat bagi cadangan. Biasalah aku blogger baru nak belajar(hehe). Jadi aku akan ubah jadi pop up window.

Akhir kata daripada aku civillian, terima kasih kepada Pembawa Wacana atas kata-kata yang memberangsangkan. SEKIAN.

Tuesday, April 26, 2011

Kepanasan Yang Melampau Di Bumi UTM, Skudai

Esok merupakan hari pertama paper final exam aku, English For Workplace Communication. Berdebar rasanya, kerna selepas hari esok paper-paper dan hari yang mencabar akan menyusul.

Saban hari ini, cuaca di bumi UTM, Skudai Johor sungguh panas, sehinggakan dimalam hari juga masih terasa bahangnya. Cuaca panas sebegini telah memaksa aku untuk study di perpustakaan untuk suasana yang lebih sejuk (aircond ler..huhu). Bagus juga cuaca panas ni, sekurang-kurangnya aku dapat memberikan tumpuan yang lebih disana.


Cantikkan gambar di atas? gambar ni aku ambil daripada kawan aku, Ti Jian Liang. Dia ni sangat suka ambil gambar panorama dunia macam ni. Aku paling suka spot kat tiang tu, sungguh cantik. Gambar ini telah dirakam oleh Ti pada petang tadi di UTM skudai selepas berhentinya hujan yang lebat. Lihatlah, kita masih dapat melihat mentari yang memancar walaupun selepas hujan yang lebat dan bahangnya masih terasa sehingga sekarang. SEKIAN.

Sunday, April 24, 2011

TOM - Lagu Untuk Kuala Lumpur

Time study sambil layan Hot Fm tadi, tibe asyik dok layan lagu untuk Kuala Lumpur je. Em, asyik lagu untuk Kuala Lumpur je, tak ada ke untuk Taiping kampung ku yang tercinta.(haha). Tetiba je rasa nak pergi Kuala Lumpur. "KUALA LUMPUR TUNGGU AKU...!AKU CABAR KAU!" dialog Rosyam Nor dalam KL Menjerit.(haha).

Jadi hari ini, aku nak kongsi dengan kengkawan blog semua, lagu untuk Kuala Lumpur by TOM. Jom layan.SEKIAN.

Saturday, April 23, 2011

Bahang Final Exam Semakin Dirasai


Minggu depan akan bermulalah hari yang menyeramkan, menakutkan dan mendebarkan. "FINAL EXAM". Walaupun cuaca diluar berarak mendung kelabu, tetapi di dalam hati ini bahang final exam kian terasa.

Disaat ini, hati sangat memerlukan insan yang dapat memberikan sokongan moral, agar diri bisa melakukan yang terbaik demi cita-cita dihari yang mendatang. Berjayakah diri ini untuk menempuh dugaan sebagai seorang mahasiswa, berjihad menuntut ilmu pengetahuan. Hanya Tuhan saja yang tahu.

Dikesempatan ini, disaat hati tengah dilanda kerisauan mengenangkan final exam yang bakal tiba, diri ini ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua rakan-rakan pelajar semua, semoga apa yang kita telah belajar selama ini dapat diluahkan dengan sempurna di atas paper exam nanti (InsyaAllah). Ingatlah, keredhaan dalam menuntut ilmu itu adalah penting, keredhaan daripada Ilahi, Ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan juga guru itulah yang mendorong kita kearah kecemerlangan. SEKIAN.

Thursday, April 21, 2011

Akhirya Siap Juga Projek Design

Khamis - 21hb April 2011. Siap juga prjek design aku yang aku telah bersusah payah, bertungkus lumus dan begitu tekun menyiapkannya. Jadi Boleh lah aku study subjek lain dengan tenang.

Minggu depan dah final.Wah2. Tak sempat rehat lah aku nampak gayanya. Tapi tidak mengapa, nanti cuti lama + LI aku rehat banyak-banyak (lepas geram Grrr..).

Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada student UTM yang nak ambil final nanti dan kepada student universiti yang lain yang sewaktu dengannya. AJA_AJA FIGHTING!!.SEKIAN

Wednesday, April 20, 2011

Hutan Bandar Mutiara Rini

Dalam kesibukan menyiapkan projek Design R.C, aku telah mencuri masa sikit untuk hilangkan tension yang tahap melampau nih. Kalau uji kat makmal, rasanya dah nak melampau dah tension ni.(haha).

Aku telah pergi membuat rombongan ke Hutan Bandar Mutiara Rini. Walaupun hari panas ya amat aku pergi juga. Actually, tempatnya tak jauh sangat dari UTM, Skudai. Dulu aku pernah nak pergi cari tempat ni, tapi sesat entah ke mana, padahal hutan bandar ni dekat tepi jalan besar je.(haha kene tambah power spec nih).

Tempat ni merupakan tempat riadah bagi pengunjung-pengunjung dan masyarakat sekitar. Tempat ini juga merupakan tempat dimana ramai orang bermain layang-layang. Kalau korang datang sini korang akan jumpa bermacam-macam jenis layang-layang. Selain itu, tempat ini juga mempunyai banyak replika-replika rumah-rumah melayu johor walaupun sesetengahnya sudah roboh. Tempat ini juga merupakan tempat untuk bersenam serta berjogging.

Jadi dikesempatan itu aku ada snap beberapa picture untuk dilayan bersama, mana la tahu, kalau-kalau kengkawan semua mahu ke sana.(hehe). Jadi jom layan picture.SEKIAN.







Monday, April 18, 2011

My Rockstar Lecturer


Ini dia lecturer aku yang paling rockstar semester ini. Kalau korang pernah baca entry aku bulan lepas mengenai "Test, Blackout! Owh no", "Hari tu Test Batal Sebab Blackout, Hari ini Batal Lagi" dan "Team test BETA", inilah orang yang terlibat disebalik cerita aku itu. Dr. Airil Yasreen B. Mohd Yassin lebih dikenali sebagai Dr. Airil Sametok dalam dunia maya.

Lecturer ini sangat sempoi bagi aku, aku lihat life dia penuh dengan kata-kata pembangkit semangat. Kata-kata yang bisa membuatkan semangat kita berkobar-kobar. Cara mengajarnya sempoi, dengan cara tersendiri, walaupun kadang sukar difahami.(haha).

Lecturer ini banyak berfalsafah. Berdebat mengenai pentingnya kita untuk sentiasa terus maju kerna kita sekarang berada di zaman yang pesat membangun. Kita tidak boleh lagi ditakuk yang dulu.

Sekiranya korang tengok gambar di atas, apasal la lecturer ni siap main gitar dalam kelas., ini bukan kelas muzik, tapi kelas teori struktur. Tetapi sedar tidak sedar, apa yang nak disampaikan oleh lecturer ini sangat penting iaitu kita mesti enjoy dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak kira semasa belajar atau pun tidak. Sesuatu perkara itu akan menjadi mudah sekiranya kita have fun dengan perkara tersebut. Seperti yang dikatakannya, "aku berjaya buat satu software programming, tapi korang tengok sendiri hari ini, aku bukan nerd, aku juga ada masa enjoy dengan life aku".

Di blog ini aku tidak dapat uploadkan video lagu Dr. Airil yang aku ambil tempoh hari kerna saiznya terlalu besar, tetapi sekiranya korang ingin melihat dan dengar hasil gubahan lagunya, korang boleh google saja nama Dr. Airil Sametok, pasti jumpa.

Akhir kata dari aku, kita sekarang perlu sentiasa terus maju, dan kita haruslah sentiasa enjoy dengan apa yang kita lakukan. Sekiranya kita enjoy, yang luka akan hilang sakitnya, yang sukar akan hilang susahnya. SEKIAN.

Sunday, April 17, 2011

Iklan Sabun Pencuci

Sekarang ini baru aku percaya iklan sabun pencuci putih berseri, seperti baru kerna ia ternyata terjadi dalam hidup aku seharian.

Baju lecturer (Mr. Apai) aku putih berseri, kilauan cahaya putih berserinya menenggelamkan orang yang berada disekeliling dia. Bayangkan dalam gambar dah bercahaya, cuba kalau depan mata. Wah sungguh berseri macam baru.(haha).

Btw, aku terlupa lak tanya sabun apa yang lecturer aku pakai, kalau tidak, boleh aku promosi dekat blog aku ni. Sorry lah syarikat-syarikat sabun semua, walaupun ternyata berseri, aku tak boleh nak promote kat sini sebab tak tahu jenama.(Haha). SEKIAN.


Aku Peminat Seni

HAHA..Hari ini aku nak berkongsi mengenai minat aku. Aku ni dari sekolah aku tak belajar seni lukis, tapi aku belajar seni muzik. Sepanjang hidup aku kat sekolah banyak dengan muzik. Aku main muzik gamelan, caklempong, gitar, rekoder, keyboard semua aku main.

Walaupun aku ni banyak mencemburui eh menceburi bidang muzik ni, aku juga minat dekat seni lukis melukis ni. Tetapi tidak lah sampai termenung depan frame gambar sambil fikir apa yang nak disampaikan oleh pelukis.

Kadang-kadang aku teringin juga nak pergi pameran seni, termenung depan frame gambar lama-lama dan cari konklusi tentang gambar tu. Apa la rasanya kan?(haha).

Jadi aku telah memberanikan diri untuk merenung sebuah hasil seni dan cuba mencari konklusinya. Jom sama-sama merenun macam aku.(haha).SEKIAN

Friday, April 15, 2011

Logo Gambar Aku Civillian

Hari kemalasan melanda diri untuk menyiapkan projek design tetapi kerajinan melanda ke perkara lain. Tiba-tiba saja aku tefikir idea nak buat satu logo untuk diletakkan disetiap gambar yang hasilnya datang dari system storage aku sendiri bukan dari gambar yang dcuri dari google.

Jadi hasil seni aku yang tak berapa nak seni, aku telah design satu logo kombinasi kamera Pentax aku. Nak letak DSLR, nanti orang kata hipokrit pulak, iye la, tak ada DSLR tapi buat logo DSLR. Jadi buat masa ini, aku letak je kamera compact tu dulu. Nanti bile awok dah ade duit, awok beli DSLR, awok letak semuuaa..gambar DSLR.(HEHE).

So, kepada sesiapa yang datang menerjah blog aku ni, komen la sikit aku punya logo. Mana tahu, boleh menambah baik kan lagi.(hehe). SEKIAN.

Tahun 3 Semakin Hampir Ke Penghujungnya

Pejam.....celik..Pejammm...celik, tidak aku sadari Tahun 3 Semester 2 semakin hampir ke penghujungnya. Yang pasti sudah bermacam perkara aku pelajari selama mengharungi semester ini. Rakan yang renggang menjadi rapat, rakan yang rapat bertambah rapat.

Tadi aku ada terbaca status-status facebook kawan-kawan sekelas, ramai yang balik bercuti ke kampung, mencuri waktu minggu ulangkaji yang kini tiba. Tinggallah aku sendirian di sini bersama blog aku ini. Makan malam seorang, duduk seorang, tengok movie seorang, study seorang, mandi seorang(haruslah), dan macam-macam lagi yang aku buat seorang diri.

Bukan aku tidak mahu balik, bukan aku tidak rindukan kampung halaman yang telah lama aku tinggalkan. Tetapi di sini aku ada kerja yang perlu diselesaikan. Projek design aku baru saja 20% siap gara-gara perlu melakukan pembetulan yang kerap, sehingga aku sudah jemu melihat kerja yang sama.

Tidak mengapa, kita harus berkorban untuk mencapai sesuatu yang kita kehendaki. Itulah perkara yang aku pelajari sepanjang semester ini. Aku perlu berkorban, aku perlu berusaha, aku tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menentukan kejayaan aku, kerna kejayaan itu datang dari dalam diri kita sendiri. Sekiranya kita telah berusaha bersungguh dan berkorban demi kejayaan kita, kita pasti akan memperolehi sesuatu yang tidak akan menghampakan. Tetapi sekiranya hasilnya sebaliknya, janganlah kita kecewa kerna telah banyk perkara yang kita pelajari dalam tempuh berusaha itu.

Akhir kata dari aku, Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian, Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian. SEKIAN

Thursday, April 14, 2011

Jaga-jaga Anda Diperhatikan


 Hari ini aku dan rakan-rakan sekelas aku telah pergi lawatan sambil belajar ke Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) anjuran subjek kejuruteraan lalu lintas. Aku ingatkan tak seronok tapi sebenarnya tidak, banyak perkara menarik yang aku dapat tahu.

Setibanya kami di MBJB, kami disambut baik oleh pegawai di sana. Kami ditatapkan dengan video koprat MBJB buat pertama kalinya. Bagi aku video ini terlalu panjang kerna akibatnya korang boleh tengok gambar di bawah.


Pegawai Jabatan Kejuruteraan MBJB banyak memberikan maklumat mengenai setiap bahagian kerja-kerja jabatan dan sekiranya dikonklusikan, Jabatan Kejuruteraan MBJB ini banyak mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan pengangkutan dan lalu lintas. Selain itu, Pegawainya juga memberi sedikit sebanyak rahsia dan tip-tip temuduga, dimana bagi aku sangat berguna.

Selepas dihidangkan dengan santapan petang, kami dibawa pula ke unit kawalan trafik. Di sinilah pengetahuan yang lebih menarik kami perolehi. Kami dapat melihat sendiri sistem kawalan bandaraya melalui CCTV. Tidak aku sangka, setiap pergerakan kenderaan juga termasuk masyarakat sekitar bandaraya diperhatikan disini. Jadi jaga-jaga sekiranya korang ditempat awam kerna korang sentiasa diperhatikan.


Kami diberikan peluang untuk menggunakan komputer kawalan bandar (CCTV) di situ. Sungguh menarik, setiap pelusuk bandar raya dapat dikawal dengan hanya melalui satu bilik serta kita dapat melihat dengan jelas setiap apa yang berlaku dibandar, tidak kira baik atau buruk hanya menerusi monitor. Selain itu, setiap lampu isyarat dikawal oleh sistem komputer dengan hanya memerhatikan CCTV untuk mengurangkan kesesakkan jalan raya.

Semasa kami sedang mencuba fungsi CCTV ini, kami diberitahu oleh juruteknik bahawa selain memerhatikan video, kita boleh berhubung terus dengan orang yang berada dekat dengan CCTV dengan menggunakkan mikrofon. Jadi masalah dapat dikawal terus dari bilik kawalan. Perkara yang sangat sedih ketika kami mencuba sistem ini, ada seorang kakak terkejut kerna terdengar suara kami melalui CCTV dan hampir lari, tetapi keadaan dapat dikawal dengan memaklumkan kepadanya kami sedang mencuba sistem. Maaf dipohon daripada kami.


Jadi, untuk mengakhiri entry aku kali ini, aku ingin mengingatkan kepada semua agar jaga tingkah laku semasa berada di kawasan awam, kerna setiap pergerakkan kita diperhatikan oleh Jabatan yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman bandar. SEKIAN.

Wednesday, April 13, 2011

Akhirnya Tajuk PSM dan Penyelia Ketemu Jua

Minggu yang membebankan dan menyibukkan aku. Sampai aku tak ada masa untuk bercerita di blog ini. Sekarang aku nak sapu-sapu sikit blog yang akan usang ini.(haha).

Alhamdulillah, Selasa lepas aku dapat juga penyelia PSM Highway aku. PSM bermaksud Projek Sarjana Muda (bagi yang tak tahu la.hehe). Terima kasih diucapkan kepada Prof. Ir. Dr. Hasanan bin Md. Nor kerna bersedia menerima aku sebagai student under PSM nya.

Lama juga aku mengambil masa untuk memikirkan tajuk PSM yang aku hendak buat yang berkaitan dengan highway. Pergi jumpa Prof, explain tajuk yang tercapai oleh akal aku, akhirnya Prof. minta untuk aku buat research mengenai Concrete Block Pavement (CBP).

Apa itu CBP? CBP ini juga dikenali sebagai Interlocking Brick Pavement. Dalam kehidupan kita, kita selalu sangat jumpa dan lalu kat jalan macam ni. Kalau korang perasan, jalan raya yang berkotak-kotak warna-warni, itulah CBP. Jadi aku diminta untuk mengkaji dia punya performance, cara untuk menambah baik dan macam-macam lagi.

CBP ini banyak kegunaannya, untuk jalan raya (selekoh), untuk tempat letak kereta, dan dekat bus stop. Disebabkan ketahanlasakannya, ia sesuai di tempat-tempat macamni.

Jadi, mulai hari ini, aku perlu banyak membaca mengenai Concrete Block Pavement (CBP) ini untuk projek aku. SEKIAN.
 

Monday, April 11, 2011

Awas!Patuhi Amaran Halaju

Aku rasa ramai yang perasaan setiap tiang-tiang papan tanda halaju di tepi-tepi jalan tidak kira sedang memandu ataupun tidak. Tetapi, berapa peratus sahaja yang peka terhadap nombor amaran halaju itu? 90km/j,110kmj atau 60km/j. Kenapa papan tanda itu dipacak di tepi-tepi jalan? Adakah ia sekadar hiasan kerna ramai pemandu yang tidak hiraukannya?

Tahukah anda? Papan tanda halaju itu bukan saja-saja dipacak di bahu jalan. Tetapi ia mempunyai tujuannya tersendiri. Papan tanda itu dipanggil "NATIONAL SPEED LIMIT". Selain bertujuan mengawal kelajuan kenderaan di atas jalan raya. Ia bertujuan untuk menyatakan laju selamat bagi sesebuah kenderaan di atas jalan raya tertentu.

Penting ke laju selamat dinyatakan? Laju selamat ditentukan atas faktor rekaan jalan raya itu sendiri. Sebuah jalan raya yang direka mempunyai had tampung kelajuannya sendiri. Sekiranya had laju rekabentuknya dilampaui, kemungkinan akan terjadi kemalangan kerna kegagalan jalan raya untuk menampung halaju tersebut. Halaju yang melebihi halaju selamat ini menyebabkan kurang daya geseran antara tayar kenderaan dan juga permukaan jalan raya, lantas menyebabkan kenderaan sukar membrek semasa kecemasan lalu menyebabkan kenderaan menggelongsor.

Laju selamat ini penting sekiranya terdapat jalan yang berselekoh atau berbukit. Sesebuah selekoh direka bentuk untuk laju tertentu berdasarkan sudut kesendengan, jejari dan geseran jalan sesebuah selekoh. Sekiranya laju selamat dilampaui, kemungkinan kenderaan akan terbabas.

Mungkin anda antara kita menyatakan bahawa walaupun dia melebihi halaju, dia masih selamat dari sebarang kemalangan. Tapi kita haruslah berwaspada, kerna jangka hayat sesebuah jalan akan berkurangan dari hari ke hari. Sekiranya nasib tidak menyebelahi kita, kemungkinan kita akan kemalangan walaupun kita hanya melebihi 10% halaju selamat yang dinyatakan.

Jadi kepada pemandu di luar sana, berhati-hatilah dengan kelajuan kenderaan anda. Kerna malang itu tidak berbau. SEKIAN.

Saturday, April 9, 2011

Mask Rider

Hari ini, fikiran aku asyik memikirkan pasal Mask Rider je. Mesti ade orang cakap ek.elee..layan cerita budak-budak.(haha) Tapi cerita ini sangat menarik dan mengenangkan zaman aku kecik-kecik dulu.

Mask Rider dulu tak ada lah macam mask rider sekarang. Mask Rider sekarang, sekali dia Heshin(bertukar) grafik cantik gila, nampak gempak. Kalau mask rider dulu (tua), bertukar gambar cut2 je, lepas tu, gambar effect lukis-lukis je.


Gambar kat atas ni, gambar mask rider black, mask rider masa aku kecik-kecik dulu. Aku tahu, mesti ramai yang lebih kurang sebaya dengan aku ingat mask rider yang ni. Zaman aku dulu, mask rider ni popular gila, bapak aku sampai beli video tape dia.(maklum la, aku kecik-kecik mana pandai beli tape). Dulu orang panggil dia Suria Baja Hitam.(ape ke bende gamaknya baja ni kan?akupun tak taw,haha).

Sekarang ni Mask rider dah banyak, Mask Rider Decade, Mask Rider Habiki, Mask Rider Faiz, dan banyak lagi, yang aku sendiri tak tengok. Tapi yang pasti diorang punya transform lagi dahsyat dari zaman aku.

Jadi sekarang ni aku tengah mencari-cari semua cerita-cerita Mask Rider ni, nak layan balik.(hehe). Kepada sesiapa yang tahu link cerita Mask Rider, kongsi-kongsi lah. Aku tahu, ramai yang minat walaupun bukan digelar kanak-kanak ribena lagi.(haha). SEKIAN.




MASK RIDER DECADE

Friday, April 8, 2011

Review Follower Ke-101

Malam ni aku nak promosi blog follower (kengkawan) yang ke-101. Saja pilih ke-101 untuk buat entry ini sebab selalunya blogger akan pilih followernya yang ke-100, tapi kali ini aku inginkan kelainan, jadi aku pilih nombor 101. Jom kita terjah blog dia.




Aku suka ayat blog ceitatentangkita ni, yang menyatakan "berdirinya seorang lelaki yang hebat di belakangnya pasti ada seorang wanita". Lelaki memerlukan seorang perempuan sebenarnya. Wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki, berada disisi untuk dijaga, bukan di kaki untuk dipijak, bukan di kepala untuk dijunjung. Wanita dijadikan dari rusuk yang berada di sisi lelaki adalah untuk menyokong lelaki supaya sentiasa berdiri, bukan berada di kaki untuk menanggung semua tanggungjawab lelaki, dan bukan di kepala untuk membiarkan lelaki menanggung kesemuanya.

Blog ini berwarna merah, wah garang lagi dari blog aku, blog aku merah sikit je.(hehe). Blog ni bermula tahun ni juga -2011, jadi aku tengok page view dan follower pun tak ramai, macam aku juga(hehe). Jadi jom kita memeriahkan blog cik amalina sebab isinya menarik dan banyak pulak contest atau segmen yang dia join, so kalau nak join segmen boleh la usha blog cik Amalina ni.

Jadi, akhir kata dari aku, terima kasih cik Amalina sebab tag saya dan jadi rakan blog yang ke-101. SEKIAN.

Thursday, April 7, 2011

Segmen Review Blog Oleh Pembawa Wacana


Sejak aku berblogging, blog aku tak pernah lagi di review. Dulu aku join blog list Pembaca Wacana, jadi hari ni aku nak join pula Segmen Review Blog oleh Pembawa Wacana pula. Nak tengok apa yang bakal di reviewkan tentang blog aku yang merah, hitam dan putih ni. (hehe).

Jadi kepada semua blogger-blogger di alam maya ini, jom join segmen review blog oleh Pembawa Wacana [sini]. Mari kita lihat apa yang di review kan(hehe). SEKIAN.

Tuesday, April 5, 2011

Rakan 1 MalaysiaKu

Hari ini ramai pakai smart pergi kelas semata-mata nak tangkap gambar kelas. Kalau tidak, even hari smart day pun tak ramai yang pakai smart. (Gamaknye, nak gambar nampak cantik lagi hensem la tu. haha).

Tadi kawan kelas aku ada tag gambar kami main-main snap sebelum bergambar satu kelas. Yang istimewa gambar yang aku pamerkan dalam entry ini adalah kami merupakan rakan satu Malaysia. Walaupun berbeza negeri, berbeza agama, berbeza warna kulit, mata, rambut, gigi(ops.hehe) kami tetap gembira macam tiada apa pun perbezaan.

Seronok bila kita berkawan dengan setiap kaum di Malaysia. Kerna apa?kerna kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang pelbagai dan berkongsi keseronokan yang berbeza

Yang pasti ingin aku nyatakan di sini, rakyat Malaysia sekarang adalah lebih terbaik dari dulu. Kita dapat berkongsi keseronokkan bersama walaupun kita berbeza kaum, agama dan bangsa. Hidup SATU MALAYSIA!. SEKIAN.

Aku Rindukan Mu Wahai Lautan


Kekacauan mulai melanda fikiran, memberi seribu kekalutan di jiwa. 
Aku perlukan ketenangan.
Ketenangan yang bisa meredakan hatiku yang gudah gulana.

Wahai lautan yang luas terbentang lagi bisa menghembus angin ketenangan.
Bilakah saatnya aku bisa menghadirkan diri, mencuri ketenanganmu walau sebentar.
Menghilangkan segala gudah gulana yang melanda hati dan sanubari.

Pengharapan aku sangat tinggi, setinggi langit yang dijunjung.
Berharap agar aku bisa melihatmu wahai laut.

Sekiranya masa belum bisa menemukan kita,
aku berharap sebaik saja aku membukakan mata keesokannya,
ketenangan itu ada disisi, setenang angin yang menghembus pantaimu wahai laut.

Monday, April 4, 2011

Usop Wilca - Hantu Kak Limah Balik Rumah menyemarakkan ABPBH

Semalam ABPBH telah berlangsung dengan jayanya. Setiap artis telah mendapat anugerah di atas sokongan peminat dan usahanya dalam industri, tahniah diucapkan. Pemenang anugerah bintang popular berita harian 2010 dimenangi oleh Shaheizy Sam. Jutaan tahniah diucapkan.

Persembahan yang dipersembahkan oleh hari pada permulaannya aku rasakan seperti biasa. Tetapi pada akhir siaran langsung ABPBH2010, disaat ingin mengumumkan anugerah bintang paling popular, penonton telah dimeriahkan dengan kehadiran usop wilca - hantu kak limah balik rumah.

Setiba saja usop wilca, semua penonton bersorak kerna wataknya yang paling popular dalam filem hantu kak limah balik rumah. Pecah perut dibuatnya, menyaksikan telatah usop wilca. "Sape stuju angkat tangan macam saya..". Saat ini semua penonton mengangkat tangan beramai-ramai. Sungguh kelakar. Jadi di sini aku ingin berkongsikan video telatah usop wilca. SEKIAN.



Usop Wilca [Hantu Kak Limah] @ ABPBH

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...