Friday, March 18, 2011

Aku Juga Ingin Berjaya

Aku Juga Ingin Berjaya. Mungkin aku tidak sebijak mereka yang lain. Mungkin tidak setanding mereka yang lain. Tetapi, itu bukan sebab aku perlu berputus asa, bukan sebab untuk aku berserah. Malah aku perlu jadikan itu sebagai pembakar semangat aku. Membakar supaya aku lebih berusaha untuk berjaya.

Aku Juga Ingin Berjaya. Aku tahu aku punya kekurangan. Aku tahu aku punya kelemahan. Tetapi aku juga perlu tahu setiap manusia ada kelebihan. Cuma diri yang perlu mencari, perlu mendalami, perlu menggali, kelebihan yang terpendam.

Aku Juga Ingin Berjaya. Sering kali melihat kawan semua berjaya. Sering kali melihat kawan sentiasa gembira. Aku tahu puncak gunung itu sukar didaki. Aku tahu kejayaan itu sukar dikecapi. Jadi aku perlu berusaha dan terus berusaha agar aku bersama kawan yang lain di puncak kejayaan.

Aku Juga Ingin Berjaya. Aku tahu jatuh itu sakit. Aku tahu bangun sendiri itu sukar. Tetapi aku perlu tahu, sakit itu pengajaran. Bangun itu kejayaan.

Aku Juga Ingin Berjaya. Aku tahu semua itu sukar. Apa yang penting aku perlu berkorban dan berusaha untuk berjaya.

2 Civillian:

naqiah said... [Reply to comment]

sy nak jugak... n sy harap sikap x putus asa sy diteruskan.. amin

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

naqiah:mesti boleh punya.insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...