Sunday, March 25, 2012

Cabaran Kerja Makin Meningkat

Wah..wah..wah..siapa cakap kerja senang daripada belajar?actually, semasa kita  belajar kita masih berkesempatan memperbetulkan kesilapan kita, tetapi di alam pekerjaan, kita berdepan dengan benda atau perkara yang realiti. Sekali tersilap langkah, punah segalanya.

Mungkin ramai yang sedang belajar teringin sangat cepat-cepat ke alam pekerjaan. Tetapi ingatlah, dalam hidup ini, semakin kita ke depan, semakin besar cabaran yang perlu kita tempuhi. Alam belajar merupakan satu alam yang penuh keseronokan, suka dan duka. Alam di mana kita perlu mengejar ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini. Bagi alam pekerjaan pula, merupakan alam dimana kita mematangkan diri, setiap cabaran akan silih berganti dan memberi kita pengalaman dan pengetahuan yang banyak.

Setelah empat hari aku menempuh latihan industri, aku semakin merasakan kesibukan kerja. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diketahui. Jadi, oleh kerna itu, aku perlu mempercepatkan daya kefahaman aku dan aku perlu bergerak pantas. Bak kata Project Manager aku, "awak perlu cepat tangkap, kalau tidak nanti tertinggal".

Banyak yang aku belajar dalam empat hari ini. Terdapat satu software iaitu microsoft project, dimana aku perlu memahaminya. Semasa belajar di UTM, aku hanya belajar teorinya sahaja. Jadi aku tidak sabar untuk mempelajari software baru ini. Software ini diperlukan dalam Project Management, ia diperlukan untuk merancang kerja.



Esok aku perlu melawat tapak di Tanjung Malim pula, wah sungguh jauh. Jadi malam ini perlu tidur awal. Jadi, akhir kata daripada aku, hargailah setiap saat yang kita ada. SEKIAN.

Pentingnya AutoCAD dalam Kejuruteraan Awam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sudah lama aku tidak update blog ni..Dah usang macam lagu rahim makruf sudah. (haha). Mungkin disebabkan kesibukan tahun akhir membuatkan aku ketandusan idea untuk update blog. Kerja-kerja makmal dan tugasan report, betul-betul membuat badan aku penat lelah.

Entry aku kali ini ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD dalam Kejuruteraan Awam. Timbulnya idea ini kerna semester ini aku sekali lagi ditugaskan untuk melukis structural drawing bagi subjek Design Reinforced Concrete. Aku tertarik ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD ini apabila melihat rakan-rakan seperjuangan masih lagi tidak tahu mengunakan autoCAD sedangkan sudah tahun akhir Ijazah Sarjana Muda.

AutoCAD ini sebenarnya tidak susah untuk dipelajari, ia hanya memerlukan masa yang tidak lama untuk kita memahami konsepnya. Bahkan kita tidak perlu menduduki kursus pun untuk memahami asasnya. AutoCAD ini sangat penting bukan saja bagi kursus kejuruteraan awam, tetapi ia juga penting bagi kursus engineering (kejuruteraan) yang lain.

Sebagai seorang pelajar kejuruteraan, mengetahui asas pengunaan autoCAD adalah sangat penting. Kerna, waktu kita kerja nanti, autoCAD merupakan salah satu program yang selalu digunakan selain program ESTEEM. Bagi kejuruteraan awam, autoCAD akan digunakan bagi melukis plan dan melukis struktur bangunan. Sekiranya kita tidak mengetahui dan tidak mempelajari mengunakan autoCAD, jangankan melukis, mencetak (print) kita tidak akan tahu bagamana caranya sedangkan ianya penting sewaktu kita kerja nanti.

Rakan - rakan semua, janganlah anda merugikan masa belajar anda sebagai pelajar kejuruteraan awam dengan tidak belajar mengunakan autoCAD. Kerna seperti yang aku cakap sebelum ini, ia sangat penting. Banyak kerja- kerja yang berkaitan kejuruteraan awam memerlukan autoCAD. Jangan tangguhkan sehingga waktu kerja nanti baru nak belajar, belajarlah semasa kita masih berada dalam institut kerna ia merupakan masa yang sesuai untuk kita pelajari perkara yang kita tidak tahu. SEKIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...