Sunday, August 26, 2012

Salam Aidilfitri & Merdeka


Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna telah memanjangkan umur kita semua untuk bersama-sama menyambut lebaran yang mulia. Sesungguhnya, ia merupakan sebuah kejayaan bagi semua umat Islam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaanNya di bulan Ramadhan yang barakah.

Bertemu kita disyawal yang dinanti, adalah dengan tujuan iaitu berkongsi kegembiraan dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita semua. Sesungguhnya, ikatan silaturahim itu amat penting bagi kita bagi memperolehi keredhaanNya.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir batin atas salah silap, tersalah bahasa, sepanjang aku menghilang dari dunia blog ini dan sepanjang aku berbloging. 

Seiring dengan ini juga, aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-55. Bersyukurlah kita kerna masih bisa hidup bebas di negara sendiri, tetapi jangan pula dilupakan saudara-saudara kita yang masih berjuang demi menegakkan agama dan bangsa serta ingat, kebebasan dan kemerdekaan yang utama ialah kemerdekaan hati kita daripada taklukan anasir-anasir luar serta musuh utama hati kita iaitu Iblis laknatullah..SEKIAN.

Monday, April 16, 2012

Wednesday, April 4, 2012

Gambar Kelas Tahun Akhir


Minggu lepas,
kami semua menghadiri sesi bergambar bagi tahun akhir. Inilah rakan seperjuangan ku yang bersama-sama berjuang dalam jangka masa 6 tahun ini. 
Sayang sekali, 
tidak kesemua rakan seperjuangan yang dapat bergambar bersama kerna mempunyai hal lain pada waktu itu.
Aku harap dan berdoa agar impian kami semua tercapai selepas tamat pengajian Kejuruteraan Awam ini. InsyaAllah.

Tuesday, April 3, 2012

Makmal Terbaru Fakulti Kejuruteraan Awam UTM


Makmal Terbaru Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Johor
Lebih besar dan berteknologi tinggi
Bagi pelajar postgraduate (Master n pHd)

Monday, April 2, 2012

Mengapa perlu mengambil program Kejuruteraan Awam di UTM?



Mengapa perlu mengambil program Kejuruteraan Awam? Kali ini, Fakulti Kejuruteraan Awam telah membuat satu video ringkas mengenai Fakulti Kejuruteraan Awam di UTM. Mungkin bagi yang berminat untuk mengambil bidang ini dapat menonton video ini bagi menambah minat kepada bidang kejuruteraan awam lantas menjawab persoalan hati..InsyaAllah.


Jadi mari kita menonton bersama-sama, hanya klik pada image video di atas. SEKIAN.

Sunday, April 1, 2012

Hasil Sentuhan photoshop + photography


Sharing gambar yg pernah tangkap kat TAIWAN dulu, dan hasil sentuhan photoshopnye..(haha)

Sunday, March 25, 2012

Cabaran Kerja Makin Meningkat

Wah..wah..wah..siapa cakap kerja senang daripada belajar?actually, semasa kita  belajar kita masih berkesempatan memperbetulkan kesilapan kita, tetapi di alam pekerjaan, kita berdepan dengan benda atau perkara yang realiti. Sekali tersilap langkah, punah segalanya.

Mungkin ramai yang sedang belajar teringin sangat cepat-cepat ke alam pekerjaan. Tetapi ingatlah, dalam hidup ini, semakin kita ke depan, semakin besar cabaran yang perlu kita tempuhi. Alam belajar merupakan satu alam yang penuh keseronokan, suka dan duka. Alam di mana kita perlu mengejar ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini. Bagi alam pekerjaan pula, merupakan alam dimana kita mematangkan diri, setiap cabaran akan silih berganti dan memberi kita pengalaman dan pengetahuan yang banyak.

Setelah empat hari aku menempuh latihan industri, aku semakin merasakan kesibukan kerja. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diketahui. Jadi, oleh kerna itu, aku perlu mempercepatkan daya kefahaman aku dan aku perlu bergerak pantas. Bak kata Project Manager aku, "awak perlu cepat tangkap, kalau tidak nanti tertinggal".

Banyak yang aku belajar dalam empat hari ini. Terdapat satu software iaitu microsoft project, dimana aku perlu memahaminya. Semasa belajar di UTM, aku hanya belajar teorinya sahaja. Jadi aku tidak sabar untuk mempelajari software baru ini. Software ini diperlukan dalam Project Management, ia diperlukan untuk merancang kerja.



Esok aku perlu melawat tapak di Tanjung Malim pula, wah sungguh jauh. Jadi malam ini perlu tidur awal. Jadi, akhir kata daripada aku, hargailah setiap saat yang kita ada. SEKIAN.

Pentingnya AutoCAD dalam Kejuruteraan Awam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sudah lama aku tidak update blog ni..Dah usang macam lagu rahim makruf sudah. (haha). Mungkin disebabkan kesibukan tahun akhir membuatkan aku ketandusan idea untuk update blog. Kerja-kerja makmal dan tugasan report, betul-betul membuat badan aku penat lelah.

Entry aku kali ini ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD dalam Kejuruteraan Awam. Timbulnya idea ini kerna semester ini aku sekali lagi ditugaskan untuk melukis structural drawing bagi subjek Design Reinforced Concrete. Aku tertarik ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD ini apabila melihat rakan-rakan seperjuangan masih lagi tidak tahu mengunakan autoCAD sedangkan sudah tahun akhir Ijazah Sarjana Muda.

AutoCAD ini sebenarnya tidak susah untuk dipelajari, ia hanya memerlukan masa yang tidak lama untuk kita memahami konsepnya. Bahkan kita tidak perlu menduduki kursus pun untuk memahami asasnya. AutoCAD ini sangat penting bukan saja bagi kursus kejuruteraan awam, tetapi ia juga penting bagi kursus engineering (kejuruteraan) yang lain.

Sebagai seorang pelajar kejuruteraan, mengetahui asas pengunaan autoCAD adalah sangat penting. Kerna, waktu kita kerja nanti, autoCAD merupakan salah satu program yang selalu digunakan selain program ESTEEM. Bagi kejuruteraan awam, autoCAD akan digunakan bagi melukis plan dan melukis struktur bangunan. Sekiranya kita tidak mengetahui dan tidak mempelajari mengunakan autoCAD, jangankan melukis, mencetak (print) kita tidak akan tahu bagamana caranya sedangkan ianya penting sewaktu kita kerja nanti.

Rakan - rakan semua, janganlah anda merugikan masa belajar anda sebagai pelajar kejuruteraan awam dengan tidak belajar mengunakan autoCAD. Kerna seperti yang aku cakap sebelum ini, ia sangat penting. Banyak kerja- kerja yang berkaitan kejuruteraan awam memerlukan autoCAD. Jangan tangguhkan sehingga waktu kerja nanti baru nak belajar, belajarlah semasa kita masih berada dalam institut kerna ia merupakan masa yang sesuai untuk kita pelajari perkara yang kita tidak tahu. SEKIAN

Sunday, February 26, 2012

Coastal Engineering

As'kum semua.. Syukur alhamdulillah aku dapat mencari punca aku tidak dapat view post yang aku update. Hal ini adalah berpunca dari aku tak tukar view dashboard kepada view yang baru.

Entry aku kali ini bukan ingin berbicara nmengenai masalah yang aku hadapi dengan blog ini, tetapi ingin berkongsi cerita mengenai kelas pertama Coastal Engineering yang aku hadiri.

Coastal engineering merupakan salah satu cabang bagi kejuruteraan awam. Sebagai seorang pelajar atau engineer awam, ia tidak semestinya tertumpu pada pembinaan infrastruktur dan bangunan sahaja. Kita juga boleh memilih bidang untuk menghalang dan membaik pulih sesuatu yang berlaku di muka bumi kita ini.

Coastal engineering merupakan kejuruteraan persisiran pantai yang melibatkan lingkungan kawasan 20km/1-10km2 dari persisiran pantai. Kerja-kerja bagi Coastal engineering ini diperlukan sekiranya sesebuah kawasan pesisiran pantai ingin dimajukan. Sepertimana yang kita dapat lihat sekarang Danga Bay(under construction), Marina Bay dan Langkawi. Semua tempat ini sedang membangun yang melibatkan Coastal engineering.

Sepertimana yang kita dapat lihat sekirannya kita berjalan-jalan di pantai, contohnya, Pantai merdeka, Kedah dan Padang Kota, Penang. Terdapat binaan konkrit di sepanjang pesisirannya. Ini juga merupakan kerja-kerja yang dijalankan melibatkan Coastal Engineering bagi mengawal hakisan pantai.

Coastal Engineering merupakan kerjaya yang memberi pelbagai cabaran. Jadi, kepada yang berminat untuk mendalami ilmu Coastal Engineering, bolehlah menyertai program ini. Di UTM, basic Coastal Engineering ditawarkan di peringkat Ijazah(undergraduate) dan major di peringkat master(postgraduate). SEKIAN

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 24, 2012

Sunday, January 15, 2012

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012..!

Patah tumbuh hilang berganti. Begitu juga tahun-tahun yang berlalu diganti pula dengan tahun yang baru. Sebelum ini umat Islam menyambut awal muharam, kali ini menyambut tahun baru pula. Jadi, dua kali kita berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di harap apa yang kita semua impikan akan tercapai.

Kita boleh memandang ke belakang, tetapi hanya untuk mendapatkan pedoman. Kita hanya boleh menoleh sebentar sahaja ke belakang kerna apa yang berlalu tidak perlu dikenang selalu. Pada tahun baru ini, marilah kita cuba memenuhi segala impian kita yang masih tidak sempurna dengan cara baru dan cuba memenuhi impian kita yang baru kita ingin capaikan.

Sesaat kita meninggalkan detik tahun 2011, maka selangkah kita menuju hidup yang baru sudah pasti yang lebih baik. InsyaAllah, kita akan sentiasa dibantu sekiranya kita berada di jalan yang baik dan benar.

Jadi, kepada yang masih belum menunaikan impian 2011 maka cuba lah ia pada 2012 dengan pendekatan yang lebih baik. Bagi yang mengimpikan sesuatu yang baru, berusaha mendapatkan apa yang kita inginkan. Winning the goal..!!. Akhir sekali, selamat menyambut tahun baru 2012 dan mudah-mudahan hidup kita semua lebih sempurna dari sebelum ini. SEKIAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...