Monday, March 7, 2011

Sms Bukan Jalan Penyelesaian

Sms atau dikenali sebagai short messaging system (betul tak?), sangat popular bagi semua orang. Kalau dalam sehari tak send mesej aku rasa tak sah, maklumlah sekarang ni sms minimum RM0.05.

Mesti antara korang semua pernah selesaikan masalah melalui sms kan?kalau kita bernasib baik, masalah kita itu akan selesai dengan mudah, tetapi jika sebaliknya, keadaannya akan bertambah buruk.

Kenapa aku mengatakan begini? Bagi pendapat aku, sekiranya kita menghantar mesej, individu yang membaca mesej itu akan mengunakan intonasi sendiri untuk membaca mesej yang kita sampaikan, kerna kita menghantar text sahaja bukan dengan intonasi suara kita,(macam kita letak tanda '!', mesti individu yang membaca mengatakan kita marah atau menegaskan.

Jadi disini aku ingin mengatakan bahawa setiap individu ada gaya intonasi sendiri untuk membaca atau memahami ayat yang disampaikan. Jadi sekiranya keadaan antara dua orang yang berhubung melalui mesej itu dalam keadaan bergaduh, penat atau sebagainya, sudah tentu ia akan menambah burukkan lagi masalah yang dihadapi kerana mesej boleh mendorong berlakunya salah paham.

Kesimpulan disini, sekiranya ada di antara kita yang mempunyai masalah serius yang perlu diselesaikan, bersua muka adalah cara yang terbaik. Hal ini kerana, apabila kita bersua muka, kita akan lebih mudah memahami apa yang ingin disampaikan dan ingin dibincangkan, walaupun berhadapan itu adalah berat bagi kita, kita perlu berani untuk tidak memburukkan lagi keadaan. Selain itu, bila kita berhadapan, kita boleh mengetahui keihklasan seseorang itu, pembohongannya atau kepura-puraannya, kerna manusia sukar untuk menyembunyikan sesuatu dari raut wajahnya atau cara renungan matanya.

Akhir kata dari aku, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, ia bergantung pada diri kita bagaimana cara yang terbaik untuk kita selesaikannya.SEKIAN.

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...