Friday, March 25, 2011

Membuat Keputusan Itu Adalah Sukar

Minggu yang bakal menyibukkan menjelma kembali. Aku baru saja selesai kekalutan untuk mencari penyelia PSM (Projek Sarjana Muda). Sungguh sukar, ramai lecturer yang dah di booking. Tadi aku jumpa dengan Dr Ir. Hasanan. Orangnya sungguh tenang. Masakan tidak, seorang engineer mesti harus tenang menghadapi masalah atau membuat keputusan.

Sungguh sukar nak memikirkan bidang dan tajuk untuk PSM. Aku telah memilih bidang pengangkutan atau lebih dikenali dengan bidang highway. Bagi aku bidang ini berhadapan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, apa yang kita selalu merungut dan apa yang kita selalu guna. Bagi aku, bidang ini mempunyai keseimbangan dari segi teori dan praktikal. Jadi, aku telah bertekad membuat keputusan untuk memilih bidang ini, walaupun rata-rata kawan sekelas tak ramai yang minat bidang ini. Bagi aku, kita jangan terlalu ikut orang lain, apa yang kita mampu, apa yang kita minat, itulah yang akan mendorong kita untuk berjaya.

Selain itu, disini aku juga ingin berkongsi bahawa membuat keputusan itu adalah sukar, sekiranya ia berkait dengan perasaan, sayang, kasih dan juga individu lain. Kesukaran membuat keputusan itu mendorong seseorang itu kemurungan dan sentiasa kekacauan. Mungkin, apabila kita membuat keputusan itu, ia akan memberi impak yang negatif, mungkin pada kita mahupun individu yang lain. Jadi kita harus membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan ini. Sekiranya kita telah membuat sesuatu keputusan, kita harus cekal menghadapinya, tanpa rasa kekesalan dihati. Kerna kekesalan itu boleh memakan diri. SEKIAN.

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...