Sunday, October 31, 2010

Bina BangUnan Mcm MaiN Lego..


Salam 1 Malaysia...mesti kengkorang igt lg kan...mase kecik2 dulu suke sgt main lego..cantum2 blok kecik jd kan bentuk yg korang suke..

Arini aku ngn dak2 kelas aku pi lawatan site salah satu projek pembinaan Nusajaya Iskandar Malaysia..Yang sensasi tentang projek ni, ia adalah salah satu projek yg t'besar di Malaysia yg menggunakan sistem IBS dan merupakan projek ranking ke-4 antara negara2 yg menggunakan sistem ni.


Apa itu IBS, IBS ialah Industrial Building System..sistem ni menggunakan pre-cast concrete tok bina bangunan. precast ni adalah blok2 or panel mcm blok2 lego..Semua panel2 ni dah siap dgn bentuk die, spt dinding, lantai, tingkap..so keje kat site just cantum2 kan panel ni jd sebuah bangunan..Klau macam dulu, kita kene guna bata, dan kene ikat bata floor by floor..tp skrg semua tu dah siap sedia..Projek ni xsampai setahun leh siapkan sampai 1500 unit rumah apartment,korang bayangkan la..cepat xcepatnye klau pkai sistem ni..Then, sistem ni telah disarankan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Dr Mohd Najib Tun Razak agar 80% pembinaan di Malaysia menggunakan sistem IBS..so dari sini sape yg involve dlm sistem IBS memang cerah masa depan..

Dalam post ni, ada aku selit kan picture2 yg aku amik mase kat site..dari picture bangunan tu, kita leh nmpak panel kat bangunan yg still dalam pembinaan. Selain tu, aku ade gak selitkan picture panel2 ni dibuat..sungguh terbaik..popular pekerja kat situ sbb kami dok amik gambar dorg wat keje..msti dorg control rajin..maklum la..org amik gmbar..haha


Haa...satu lagi..aku terjumpe software design Lego..klau korg berminat korg download kat link http://www.tucows.com/preview/611088
- Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan..

Friday, October 29, 2010

KenYang tp kEring..

Salam 1 Malaysia...Kenyang tp Kering..haa ape kebenda tu?em mesti kengkorang t'liur tengok pic sebelah ni kan?owh sungguh menyelerakan...Baru-baru ni aku makan kt sebuah Arked kat U aku..fuss memang sensasi, ramai benor org yg mkn kat situ..klu kengkorang pi tghari, sios ar gua ckp, korg kena jd guard tgu org makan kt situ..haha

Biler time makan ni..macam2 ragam org mau dok ada..ada yg badan besar makan cikit, ada yg badan kurus mkn byk..em aku ni kalau makan mesti RM5 dlm tgn ar...tp td 1st time aku tgk ade sorg tu mkn RM1 je..fus sensasi...klau aku dapat makan dgn harga cmtu..alangkah indahnya..tp kenyang ker perut aku ni..cm ade sorg tu ckp, aku ni mkn cam naga..wah3..


Haa..kat sini la aku maksud kan Kenyang tp kering..aku pilih makanan mmg untuk mengenyangkan..tp mslhnye poket aku semakin kering..duit-duit...!mane kau!haha..
Maklum la, kita ni student, so kene la berjimat cermat, sehinggakan ade yg sgup xmkn or mkn megi jer..Tp kan kengkawan..jimat2 jugak, tp kesihatan mesti mau jaga..so beringat lah..yang kering boleh diisi..tp perut kosong, bdn xsihat..kita juga yang rugi.. - permakanan yg sihat, badan cergas, otak sihat..jiwa xkacau..

SeKiCAP...

Sungguh penat...semalaman buat asgment di KDSE...yg sensasinya cafe KDSE tu penuh dgn budak kelas aku gara-gara nk siapkan projek asgmnt yang baru dapat taw die punye due date lg dua ari..fuss sungguh memenatkan.xtdo...em..assgment ni melibatkan design bgunan steel..group aku kena design sebuah bangunan office 4 tingkat..smlm last minit dapat taw kene submit sketchup design skali..wah..kelam kabut aku..


Nak taw ape itu sketchup?maybe skecthup ni dah popular kat sume budak2 zaman skrg, coz die simple software jer..leh download terus dari google. Software ni simple, tp kita boleh gune die tok lukis reka bentuk sesebuah bangunan dalam bentuk 3D dan warnakan die. Bagi org yang minat lukis2 bangunan, arkitek la katakan..software ni memang menarik. Kengkorang leh tgk kat youtube cmne diorang design gune sketchup, keletak keletuk je kat keyboard tu search sketcthup, msti jumpe punye..try ar..klau korg dah taw cara nye..skecthup just perlu daya imaginasi yg terbaik je..mesti korang layan...haha so kat sini aku ade link nk download skecthup http://sketchup.google.com/download/ dlm 40mb jer..
 - download, usha, layan....

Thursday, October 28, 2010

Stress...Tekanan..adakah kita merasa?

Tekanan atau lebih dikenali sbgai stress merupakan sesuatu yg mendesak atau menekan kita melakukan sesuatu yang melebihi keupayaan kita utk menangani.Stress ada baik dan buruknya, sekiranya tekanan yang dihadapi tu dalam bentuk sederhana, ia akan mendorong kita untuk berkerja dgn lebih baik dan menyumbang kpd kesihatan mental. Sebaliknya, stress itu akan memberi kesan buruk sekiranya berpanjangan & keterlaluan.

Antara kesan buruknya, seseorang itu akan hilang semangat, seseorang itu akan mudah berputus-asa kerana tidak sanggup lg untuk menangani tekanan yg dihadapi. Hal ini sekaligus akan menjejaskan aktiviti harian seseorang itu, contohnya pekerjaan, pelajaran, & aktiviti-aktiviti sosial. Individu yang menghadapi tekanan ini akn lebih terdorong untuk menyendiri, individu ini akan hilang keyakinan diri untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Tekanan ini juga akan melemahkan daya tahan tubuh seseorang. Individu yg berhadapan dengan tekanan ini akan mudah diserang penyakit seperti demam dan sebagainya..individu ini juga akn lebih cepat penat lantas merosakkan aktiviti-aktiviti harian.

Mungkin kita tidak sedar, sesetengah pelajar akan mudah sakit saat peperiksaan semakin hampir. Ini adalah  disebabkan oleh tekanan yg dihadapi untuk menduduki peperiksaan tersebut..Antara tanda-tanda awal tekanan adalah:

  1. Rasa hilang kawalan
  2. Banyak berpeluh
  3. Risau dan bimbang
  4. rasa tidak sihat
  5. sukar untuk tidur
  6. Terasa loya & gagal menumpukan perhatian
  7. Selera makan berubah.
  8. Terasa amat letih
  9. Perubahan perasaan atau fikiran, spt murung, kecewa, xberdaya & gelisah

Percayakah anda, sekiranya tekanan yg melampau ini tidak dibendung, ia akn membawa maut.Mungkin ramai beranggapan maut itu adalah "bunuh diri". Tidak juga, tekanan yang melampau akan membuatkan seseorang itu kemurungan dan hilang selera makan lantas membawa maut. Disebabkan hal ini, kita harus memilih jalan yg positif untuk menanganinya..
BeBas TEKANAN, Hidup CeRiA

Tuesday, October 26, 2010

KenApa LAPAN gelas??

Sedang sibuk aku study, aku tiba-tiba terasa dahaga..justeru aku terus mencapai botol air ku..fuss sungguh lega...Tiba-tiba aku terpikir "kenapa kita perlu minum LAPAN gelas air sehari?". aku terus mencari jawapannya..
Tahukah anda?air merupakan sesuatu yang penting dalam badan manusia, sekiranya kita sesat di hutan air merupakan sumber utama yang kita perlu cari untuk terus hidup di dalam hutan..tanpa air yang cukup manusia sukar untuk hidup lama. Kandungan air dalam badan manusia adalah berbeza mengikut jantina, badan lelaki membabitkan 65% air berbanding wanita iaitu 55%. Badan kita akan kehilangan air sebanyak 80% dalam sehari. kita akan kehilangan air dalam banyak cara iaitu melalui pembuangan najis, pernafasan, peluh dan air kencing. Sekiranya kita tidak minum air dengan kadar yang cukup, anda bayangkan dapatkah kita untuk cover balik air yang akan hilang sebanyak 80% itu?
Adakah anda sedar? mengapa kita terasa mengantuk semasa belajar di kelas? mengapa kita mudah penat dan mengantuk semasa belajar? ini semua adalah kesan daripada kekurangan air dalam badan. Kajian menyatakan bahawa kesan-kesan kekurangan air antaranya adalah seperti berikut:

  1. Tekanan darah menurun
  2. sakit kepala
  3. lemah daya ingatan
  4. sukar membuat kiraan
  5. mudah mengantuk
  6. badan menjadi lesu
Jadi, sepertimana yang disarankan oleh doktor, kita perlu minum sekurang-kurangnya LAPAN gelas air sehari atau satu liter air untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan..

Monday, October 25, 2010

BEst Poster Award...



Haha..ini best poster award yang aku perolehi sepanjang jadi pelajar civil engineering,UTM. hadiah die sijil n RM100.ok la tu kan?janji aku puas hati dgn hasil kerja aku..haha. 

Pertandingan best poster ni sempena program yang dijalankan oleh subjek cos aku."SUSTABILITY". Pernah dengar?em sustability ini actualy satu pembangunan yang mesra alam..haha "LOVE OUR ENVIRONMENT", contohnye, pembinaan 'green building' dan teknologi berasaskan kitar semula..so group aku telah memilih "silent piler" iaitu teknologi piling yang mesra pengguna. "Silent piler" ni die senyap dan boleh wat keje piling kat tempat yang sempit..so xganggu la kawasan sekekeliling..

Actually, aku xterpikir lak poster ni dapat best poster award, coz aku wat dalam 3 ari dengan keadaan otak yang beku xde idea..haha..BTW, thank to my group members yang telah same2 menjayakan tugasan nih..haha

PerMandangan senja...

~ Permandangan waktu senja..dimana?haa...tu kiter perlu find out..haha
Aku amik picture ni gune "NIKON D3000", tp bukan kamera aku la...saje nk try2 blagak cam kamera man..bukan superman eh..
Aku suka tempat ni..cantik..BTW aku ni memang suke tgk pemandangan laut..bau laut..Bau laut??haa..mesti sesetengah org xprsan bau tu sume..tp try ar..ni salah satu cara nk tenang kan fikiran..mcm meditasi tu..

Permulaan seGalanye....

Salam 1 Malaysia...haha...ini permulaan segalanya..nk blajar wat blog..actually, saje je nk berkongsi knowledge yang ade...so xdelah terpendam jer...hehe(bajet macam banyak knowledge la plak)..
BTW aku masih xtaw sangat pasal blog ni..n thanx 2 my rumet ajar cikit je pasal blog ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...