Thursday, March 17, 2011

Muka Seiras, Ada Jodoh?

Ramai orang cakap, kalau lelaki dan perempuan itu muka seiras ada jodoh. Betul ke semua ni? haa..cuba cek muka gf atau bf korang, sama tak?

Bagi pendapat aku, rupa bukan penentu kasih dan sayang seseorang. Aku tengok, ada je muka tak seiras tapi jodohnya panjang, sampai beranak-pinak, bahagia dan tak pernah gaduh (macam tak logik lak tak pernah gaduh kan?gaduh sikit-sikit tu adalah, biasalah).

Mungkin bagi sesetengah orang berfikiran bila rupa seiras, jodoh itu ada. Tapi sesungguhnya, jodoh dan pertemuan itu adalah kuasa Tuhan. Kita hanya mampu merancang yang menentukan hanya Tuhan yang Maha Esa. Mungkin rupa kita seiras dengan pasangan kita itu, tetapi sekiranya ditakdirkan oleh-Nya, kita tidak dapat berbuat apa-apa, mungkin ada hikmah disebaliknya.

Jadi, kepada sesiapa yang rupanya tak seiras dengan pasangannya, jangan berfikiran korang tak ada jodoh. Apa yang penting hati dan keikhlasan korang. Kalau hati selalu sangsi, tak ikhlas, tak cukup sayang atau tak cukup memahami, rupa cantik/hensem pun tak guna. So yakinlah dengan apa yang korang rasa, bila hati dah tekad, apa pun boleh.SEKIAN.





Tengok muka parent aku, tak sama pun, bahagia jugak..

2 Civillian:

nurZAKIA said... [Reply to comment]

wa sweet tol diorang..hehe

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

nurZAKIA : haha tengok anak dorg la,eh tibe2 la kene mengene ngn ank kan?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...