Showing posts with label civil engineering. Show all posts
Showing posts with label civil engineering. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Cabaran Kerja Makin Meningkat

Wah..wah..wah..siapa cakap kerja senang daripada belajar?actually, semasa kita  belajar kita masih berkesempatan memperbetulkan kesilapan kita, tetapi di alam pekerjaan, kita berdepan dengan benda atau perkara yang realiti. Sekali tersilap langkah, punah segalanya.

Mungkin ramai yang sedang belajar teringin sangat cepat-cepat ke alam pekerjaan. Tetapi ingatlah, dalam hidup ini, semakin kita ke depan, semakin besar cabaran yang perlu kita tempuhi. Alam belajar merupakan satu alam yang penuh keseronokan, suka dan duka. Alam di mana kita perlu mengejar ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini. Bagi alam pekerjaan pula, merupakan alam dimana kita mematangkan diri, setiap cabaran akan silih berganti dan memberi kita pengalaman dan pengetahuan yang banyak.

Setelah empat hari aku menempuh latihan industri, aku semakin merasakan kesibukan kerja. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diketahui. Jadi, oleh kerna itu, aku perlu mempercepatkan daya kefahaman aku dan aku perlu bergerak pantas. Bak kata Project Manager aku, "awak perlu cepat tangkap, kalau tidak nanti tertinggal".

Banyak yang aku belajar dalam empat hari ini. Terdapat satu software iaitu microsoft project, dimana aku perlu memahaminya. Semasa belajar di UTM, aku hanya belajar teorinya sahaja. Jadi aku tidak sabar untuk mempelajari software baru ini. Software ini diperlukan dalam Project Management, ia diperlukan untuk merancang kerja.



Esok aku perlu melawat tapak di Tanjung Malim pula, wah sungguh jauh. Jadi malam ini perlu tidur awal. Jadi, akhir kata daripada aku, hargailah setiap saat yang kita ada. SEKIAN.

Pentingnya AutoCAD dalam Kejuruteraan Awam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sudah lama aku tidak update blog ni..Dah usang macam lagu rahim makruf sudah. (haha). Mungkin disebabkan kesibukan tahun akhir membuatkan aku ketandusan idea untuk update blog. Kerja-kerja makmal dan tugasan report, betul-betul membuat badan aku penat lelah.

Entry aku kali ini ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD dalam Kejuruteraan Awam. Timbulnya idea ini kerna semester ini aku sekali lagi ditugaskan untuk melukis structural drawing bagi subjek Design Reinforced Concrete. Aku tertarik ingin berbicara mengenai kepentingan autoCAD ini apabila melihat rakan-rakan seperjuangan masih lagi tidak tahu mengunakan autoCAD sedangkan sudah tahun akhir Ijazah Sarjana Muda.

AutoCAD ini sebenarnya tidak susah untuk dipelajari, ia hanya memerlukan masa yang tidak lama untuk kita memahami konsepnya. Bahkan kita tidak perlu menduduki kursus pun untuk memahami asasnya. AutoCAD ini sangat penting bukan saja bagi kursus kejuruteraan awam, tetapi ia juga penting bagi kursus engineering (kejuruteraan) yang lain.

Sebagai seorang pelajar kejuruteraan, mengetahui asas pengunaan autoCAD adalah sangat penting. Kerna, waktu kita kerja nanti, autoCAD merupakan salah satu program yang selalu digunakan selain program ESTEEM. Bagi kejuruteraan awam, autoCAD akan digunakan bagi melukis plan dan melukis struktur bangunan. Sekiranya kita tidak mengetahui dan tidak mempelajari mengunakan autoCAD, jangankan melukis, mencetak (print) kita tidak akan tahu bagamana caranya sedangkan ianya penting sewaktu kita kerja nanti.

Rakan - rakan semua, janganlah anda merugikan masa belajar anda sebagai pelajar kejuruteraan awam dengan tidak belajar mengunakan autoCAD. Kerna seperti yang aku cakap sebelum ini, ia sangat penting. Banyak kerja- kerja yang berkaitan kejuruteraan awam memerlukan autoCAD. Jangan tangguhkan sehingga waktu kerja nanti baru nak belajar, belajarlah semasa kita masih berada dalam institut kerna ia merupakan masa yang sesuai untuk kita pelajari perkara yang kita tidak tahu. SEKIAN

Sunday, February 26, 2012

Coastal Engineering

As'kum semua.. Syukur alhamdulillah aku dapat mencari punca aku tidak dapat view post yang aku update. Hal ini adalah berpunca dari aku tak tukar view dashboard kepada view yang baru.

Entry aku kali ini bukan ingin berbicara nmengenai masalah yang aku hadapi dengan blog ini, tetapi ingin berkongsi cerita mengenai kelas pertama Coastal Engineering yang aku hadiri.

Coastal engineering merupakan salah satu cabang bagi kejuruteraan awam. Sebagai seorang pelajar atau engineer awam, ia tidak semestinya tertumpu pada pembinaan infrastruktur dan bangunan sahaja. Kita juga boleh memilih bidang untuk menghalang dan membaik pulih sesuatu yang berlaku di muka bumi kita ini.

Coastal engineering merupakan kejuruteraan persisiran pantai yang melibatkan lingkungan kawasan 20km/1-10km2 dari persisiran pantai. Kerja-kerja bagi Coastal engineering ini diperlukan sekiranya sesebuah kawasan pesisiran pantai ingin dimajukan. Sepertimana yang kita dapat lihat sekarang Danga Bay(under construction), Marina Bay dan Langkawi. Semua tempat ini sedang membangun yang melibatkan Coastal engineering.

Sepertimana yang kita dapat lihat sekirannya kita berjalan-jalan di pantai, contohnya, Pantai merdeka, Kedah dan Padang Kota, Penang. Terdapat binaan konkrit di sepanjang pesisirannya. Ini juga merupakan kerja-kerja yang dijalankan melibatkan Coastal Engineering bagi mengawal hakisan pantai.

Coastal Engineering merupakan kerjaya yang memberi pelbagai cabaran. Jadi, kepada yang berminat untuk mendalami ilmu Coastal Engineering, bolehlah menyertai program ini. Di UTM, basic Coastal Engineering ditawarkan di peringkat Ijazah(undergraduate) dan major di peringkat master(postgraduate). SEKIAN

Monday, December 26, 2011

Final Exam Akan Menjelang Tiba

Pejam celik, pejam........ (lame benor pejamnye) celik..kita tidak sedar permulaan kita semakin berada pada penghujungnya. Banyak perkara pahit dan manis yang aku lalui sepanjang semester ini dan tidak kurang juga dengan ilmu yang aku perolehi. Dari awal semester sehingga ke penghujung semester ini pelbagai program yang aku sertai yang sudah pasti berkaitan dengan ilmu civil engineer kerna matlamat aku, aku ingin berjaya dalam dunia civil engineering dimana, ilmu yang telah lama aku harungi sejak umur aku 18 tahun.

IDEERS 2011
Pada awal semester aku telah menyertai "IDEERS 2011 competition di Taiwan". Walaupun dengan duit yang tidak seberapa ada, aku ikhtiar juga demi mendapat pengalaman di negara orang. Pengalaman sepanjang berada di Taiwan sangat berharga bagi aku. Aku belajar mengenai 'team working', dimana ia sangat penting bagi seorang pelajar kejuruteraan awam, khususnya Civil Engineer. Sebagai seorang Civil Engineer, beliau memerlukan daya kerjasama yang tinggi bagi menjayakan sesebuah projek.


Build and Break Competition
Pulang dari Taiwan, aku dipanggil pula untuk menyertai "Build and Break Competition 2011" di UNITEN, Putrajaya. Aku merupakan satu-satunya bangsa melayu dalam team aku. Sukar untuk memahami bahasa mandarin, tapi aku berjaya bekerjasama dengan bangsa yang lain. Kejayaan itu bukan sukar, walaupun kita tidak sepandai dan sebijak yang lain, asalkan kita rajin untuk mencapai kejayaan, maka ia akan menjadi mudah. Seperti kita menyuluh cahaya pada jalan yang gelap. Sekiranya kita tidak cuba untuk menyuluh, pasti sukar untuk kita lalui jalan yang gelap itu.

Bengkel Perancangan & Penjadualan mengunakan microsoft project
Akhir sekali, ialah Bengkel Perancangan & Penjadualan mengunakan microsoft project di Teluk Gorek. Program ini sangat berguna dan sangat memberi ketenangan kepada aku setelah berbulan tertekan dengan tumpuan belajar. Pengunaan microsoft projek ini sangat penting bagi kerja-kerja kejuruteraan awam. Ia diperlukan untuk merancang dan menjadualkan perjalanan projek yang kita akan laksanakan. Jadi kepada yang ingin belajar dalam bidang kejuruteraan awam, rebut lah peluang belajar software ini.

Akhir kata disini, setelah banyak berceloteh aku ucapkan selamat belajar, semoga berjaya menempuh peperiksaan akhir kepada semua pelajar- pelajar tidak kira IPTA, IPTS, kolej atau seangkatan dengannya. SEKIAN.

Sunday, December 11, 2011

Cerita Seorang Civil Engineer

Video ini sangat menarik, aku rasa ramai orang dah tengok kat facebook kot, jadi aku nak share dekat blog ni pulak. Bagi aku. video ni sangat kena dengan hidup seorang CIVIL engineer. Selamat menonton. SEKIAN

Thursday, October 27, 2011

Pagi dan Malam Tidak Sesuai Untuk Membakar Sampah

Salam satu Malaysia. Mesti ramai yang tidak tahu sebenarnya waktu yang tidak sesuai untuk membakar sampah ialah pada sebelum Jam 7 pagi dan selepas jam 6 petang. Sebenarnya belajar kejuruteraan awam ini memberi kita ilmu pengetahuan yang kita sendiri tak terfikir.

Baru - baru ini aku masuk kelas Environment Management, lecturer telah memberi info bahawa membakar sampah pada waktu yang aku nyatakan sebelum ini tidak sesuai. Ia akan menambahkan kadar pencemaran udara. Hal ini adalah kerana faktor kestabilan.

Pada waktu yang dinyatakan, keadaan suhu adalah sejuk pada lapisan permukaan bumi dan panas pada lapisan atas (senang citer pada lapisan yang beradanya awan). Disebabkan keadaan ini, apabila kita membakar sampah, asap yang terjadi tidak dapat terus naik ke langit dan akan terus berada pada paras kawasan pembakaran serta ditiup angin. Inilah yang menyebabkan pencemaran makin bertambah.

Jadi pada kengkawan semua, ingatkan lah mak, ayah, pakcik, makcik kita jangan bakar sampah pada masa itu, lagipun pembakaran sampah secara terbuka kan tak bagus. Jadi sayangi la bumi kita. Jangan cemari ia. SEKIAN.

Wednesday, October 5, 2011

IDEERS 2011 NCREE

Salam 1 Malaysia. Aku kini cuba kembali untuk aktifkan diri dalam dunia blog kembali setelah penyepikan diri. Kini dengan semester baru dan pengalaman yang semakin bertambah.

Mungkin semua yang membaca tajuk entry aku kali ini tertanya-tanya apa itu IDEERS??. Sebenarnya aku telah pergi ke TAIWAN baru-baru ini untuk menyertai EARTHQUAKE COMPETITION mewakili MALAYSIA. Competition ini diberi nama 'IDEERS 2011 NCREE' (boleh google untuk lebih lanjut).

Earthquake Competition ini merupakan pertandingan yang disertai oleh banyak negara. Kami diperlukan untuk membina sebuah model struktur bangunan yang boleh tahan gempa bumi. Model kami diuji di atas SHAKING TABLE yang direka khas bagi simulator gempa bumi. 
MY TEAM + MODEL(efficiency award)  + POSTER(poster Award)
Berdasarkan syarat dan peraturan yang diberikan, model diuji dengan frekuensi 100 gal hingga 800 gal. Alhamdulillah, model kami telah berjaya bertahan sehingga lebih dari 800 gal dan menduduki kedudukan ke-9. Tempat pertama dimenangi oleh NUS(Singapore).

Walaupun kami hanya dapat tempat ke-9, itu merupakan pencapaian terbaik bg kami kerna makmal kami masih belum mempunyai teknologi makmal yang setanding dengan negara lain contohnya Taiwan. Makmal kami hanya berkemampuan untuk mencapai 50% frekuensi shaking table di Taiwan.

Jadi, kesimpulan daripada aku, pertandingan seperti ini harus diadakan di Malaysia kerna ia mendorong daya kreativiti dan inovasi bagi seorang pelajar khususnya pelajar kejuruteraan. SEKIAN.

Wednesday, May 18, 2011

Hidup Seorang Engineer

Bila tengok orang jadi engineer, pakai smart2, pakai kereta cantik, kita pun teringin nak macam tu. Tapi, yang sebenarnya, nak jadi macam tu bukan senang, banyak benda yang kita kena korbankan. Profesion sebagai seorang engineer ni bukan mudah. Nak kata kerja engineer banyak rehat, sangat mustahil.

Kerja sebagai engineer ni banyak yang kita perlu buat, kerja dekat office kena buat, kerja dekat site pun kita kena pantau. Kalau projek jauh, kita kena pergi lawat site tu, kadang-kadang sampai rumah dah luar office hours. Kadang sampai lewat malam baru balik rumah.

Nak kata kerja engineer ni penat dan susah, tak juga. Yang penting kita kena pandai manage time, kita perlu enjoy dengan apa yang kita lakukan dan jangan terlalu fikirankan tekanan kerja tu. Cakap memang la senangkan?tapi walau bagaimanapun kita perlu berusaha untuk semua tu, masakan datang kejayaan itu tanpa perlu kita berusaha kan?

Kepada yang nak jadi engineer tu, jangan terlalu fikirkan sangat kepayahan dalam mengharungi kerjaya sebagai seorang engineer tu. Walaupun kita perlu berkorban masa, kita akan dapat suatu pengalaman yang sangat berharga dan kita tidak akan malu untuk menceritakan kepada semua. Jadi semoga berjaya kepada semua future engineer!. SEKIAN.
 


Tuesday, May 10, 2011

Kerja Sudah Ada

Hari kedua Latihan Industri. Kerja sudah penuh meja. Semalam tak ada kerja sangat, hari ni penuh meja. Sangat seronok, atleast aku dapat belajar ilmu sebanyak yang mungkin sepanjang tempoh LI ni.

Bila berkecimpung dalam arena construction ni, semua orang asyik cakap tentang projek je, sudah hilang dunia Facebook di dalam ofis. Ingatkan facebook ni sudah menjadi virus keseluruh dunia, rupanya ada anti virusnya, iaitu kerja,kerja dan kerja...Lalalala..hari-hari kerja.(haha).

Sebelum ini, orang cakap nanti ko kena keje fotostat je. Hari ini aku merasa semua itu. Aku perlu fotostat 5 set project report. Sebenarnya, semua itu adalah pengalaman, kerna sebelum ini aku tidak tahu langsung macamana nak fotostat, tapi hari ini aku sudah tahu, aku juga tahu macamana nak buat fax. Walaupun lambat memperoleh ilmu itu, tapi ia sangat berguna.

Jadi, janganlah kita memandang rendah sesuatu kerja, kerna walau sekecil mana kerja itu, walau sesenang mana kerja itu, ilmunya tiada ternilai. p/s - ILMU ITU TIADA NILAI HARGANYA. SEKIAN.

Monday, May 9, 2011

Hari Pertama Latihan Industri Kejuruteraan Awam


Hari ini agak segan kerna aku merupakan satu-satunya pelajar yang buat LI kat situ. Dengar cerita ada lagi dua orang, tapi entah la.(huhu). Aku antara orang yang awal sampai hari ini, mungkin kerna gementar. Biasalah, baru pertama kalinya buat LI. Masa diploma dulu, UTM, KL dah buat program LI untuk pelajar kejuruteraan awam.

Pada hari pertama agak bagus, tapi kerja masih tak comfirm lagi. Pada hari pertama LI, aku terkejut, Engineer company = perempuan, Project Manager = perempuan dan semua yang kerja kat situ perempuan. Tapi ada juga seorang lelaki bahagian Ukur Bahan. So, tak ada lah segan sangat aku.

Pekerja-pekerja dekat company tu sangat baik, jadi mungkin aku akan mudah biasakan diri dalam dua tiga hari ini. (hopefully la..).

Jadi kepada anda yang bergelar perempuan di luar sana, sekarang ni ramai perempuan yang sudah berjaya, jadi anda juga boleh berjaya. Yang penting kita kena yakin diri dan berusaha dengan gigih. Bak kata Lecturer aku, Dr Airil, "korang perlu perah sikit saja lagi sel-sel dalam otak korang untuk memikirkan sesuatu yang bagus". So, ingat, jantina bukan pengukur kejayaan kita.SEKIAN

Monday, April 18, 2011

My Rockstar Lecturer


Ini dia lecturer aku yang paling rockstar semester ini. Kalau korang pernah baca entry aku bulan lepas mengenai "Test, Blackout! Owh no", "Hari tu Test Batal Sebab Blackout, Hari ini Batal Lagi" dan "Team test BETA", inilah orang yang terlibat disebalik cerita aku itu. Dr. Airil Yasreen B. Mohd Yassin lebih dikenali sebagai Dr. Airil Sametok dalam dunia maya.

Lecturer ini sangat sempoi bagi aku, aku lihat life dia penuh dengan kata-kata pembangkit semangat. Kata-kata yang bisa membuatkan semangat kita berkobar-kobar. Cara mengajarnya sempoi, dengan cara tersendiri, walaupun kadang sukar difahami.(haha).

Lecturer ini banyak berfalsafah. Berdebat mengenai pentingnya kita untuk sentiasa terus maju kerna kita sekarang berada di zaman yang pesat membangun. Kita tidak boleh lagi ditakuk yang dulu.

Sekiranya korang tengok gambar di atas, apasal la lecturer ni siap main gitar dalam kelas., ini bukan kelas muzik, tapi kelas teori struktur. Tetapi sedar tidak sedar, apa yang nak disampaikan oleh lecturer ini sangat penting iaitu kita mesti enjoy dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak kira semasa belajar atau pun tidak. Sesuatu perkara itu akan menjadi mudah sekiranya kita have fun dengan perkara tersebut. Seperti yang dikatakannya, "aku berjaya buat satu software programming, tapi korang tengok sendiri hari ini, aku bukan nerd, aku juga ada masa enjoy dengan life aku".

Di blog ini aku tidak dapat uploadkan video lagu Dr. Airil yang aku ambil tempoh hari kerna saiznya terlalu besar, tetapi sekiranya korang ingin melihat dan dengar hasil gubahan lagunya, korang boleh google saja nama Dr. Airil Sametok, pasti jumpa.

Akhir kata dari aku, kita sekarang perlu sentiasa terus maju, dan kita haruslah sentiasa enjoy dengan apa yang kita lakukan. Sekiranya kita enjoy, yang luka akan hilang sakitnya, yang sukar akan hilang susahnya. SEKIAN.

Thursday, April 14, 2011

Jaga-jaga Anda Diperhatikan


 Hari ini aku dan rakan-rakan sekelas aku telah pergi lawatan sambil belajar ke Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) anjuran subjek kejuruteraan lalu lintas. Aku ingatkan tak seronok tapi sebenarnya tidak, banyak perkara menarik yang aku dapat tahu.

Setibanya kami di MBJB, kami disambut baik oleh pegawai di sana. Kami ditatapkan dengan video koprat MBJB buat pertama kalinya. Bagi aku video ini terlalu panjang kerna akibatnya korang boleh tengok gambar di bawah.


Pegawai Jabatan Kejuruteraan MBJB banyak memberikan maklumat mengenai setiap bahagian kerja-kerja jabatan dan sekiranya dikonklusikan, Jabatan Kejuruteraan MBJB ini banyak mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan pengangkutan dan lalu lintas. Selain itu, Pegawainya juga memberi sedikit sebanyak rahsia dan tip-tip temuduga, dimana bagi aku sangat berguna.

Selepas dihidangkan dengan santapan petang, kami dibawa pula ke unit kawalan trafik. Di sinilah pengetahuan yang lebih menarik kami perolehi. Kami dapat melihat sendiri sistem kawalan bandaraya melalui CCTV. Tidak aku sangka, setiap pergerakan kenderaan juga termasuk masyarakat sekitar bandaraya diperhatikan disini. Jadi jaga-jaga sekiranya korang ditempat awam kerna korang sentiasa diperhatikan.


Kami diberikan peluang untuk menggunakan komputer kawalan bandar (CCTV) di situ. Sungguh menarik, setiap pelusuk bandar raya dapat dikawal dengan hanya melalui satu bilik serta kita dapat melihat dengan jelas setiap apa yang berlaku dibandar, tidak kira baik atau buruk hanya menerusi monitor. Selain itu, setiap lampu isyarat dikawal oleh sistem komputer dengan hanya memerhatikan CCTV untuk mengurangkan kesesakkan jalan raya.

Semasa kami sedang mencuba fungsi CCTV ini, kami diberitahu oleh juruteknik bahawa selain memerhatikan video, kita boleh berhubung terus dengan orang yang berada dekat dengan CCTV dengan menggunakkan mikrofon. Jadi masalah dapat dikawal terus dari bilik kawalan. Perkara yang sangat sedih ketika kami mencuba sistem ini, ada seorang kakak terkejut kerna terdengar suara kami melalui CCTV dan hampir lari, tetapi keadaan dapat dikawal dengan memaklumkan kepadanya kami sedang mencuba sistem. Maaf dipohon daripada kami.


Jadi, untuk mengakhiri entry aku kali ini, aku ingin mengingatkan kepada semua agar jaga tingkah laku semasa berada di kawasan awam, kerna setiap pergerakkan kita diperhatikan oleh Jabatan yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman bandar. SEKIAN.

Wednesday, April 13, 2011

Akhirnya Tajuk PSM dan Penyelia Ketemu Jua

Minggu yang membebankan dan menyibukkan aku. Sampai aku tak ada masa untuk bercerita di blog ini. Sekarang aku nak sapu-sapu sikit blog yang akan usang ini.(haha).

Alhamdulillah, Selasa lepas aku dapat juga penyelia PSM Highway aku. PSM bermaksud Projek Sarjana Muda (bagi yang tak tahu la.hehe). Terima kasih diucapkan kepada Prof. Ir. Dr. Hasanan bin Md. Nor kerna bersedia menerima aku sebagai student under PSM nya.

Lama juga aku mengambil masa untuk memikirkan tajuk PSM yang aku hendak buat yang berkaitan dengan highway. Pergi jumpa Prof, explain tajuk yang tercapai oleh akal aku, akhirnya Prof. minta untuk aku buat research mengenai Concrete Block Pavement (CBP).

Apa itu CBP? CBP ini juga dikenali sebagai Interlocking Brick Pavement. Dalam kehidupan kita, kita selalu sangat jumpa dan lalu kat jalan macam ni. Kalau korang perasan, jalan raya yang berkotak-kotak warna-warni, itulah CBP. Jadi aku diminta untuk mengkaji dia punya performance, cara untuk menambah baik dan macam-macam lagi.

CBP ini banyak kegunaannya, untuk jalan raya (selekoh), untuk tempat letak kereta, dan dekat bus stop. Disebabkan ketahanlasakannya, ia sesuai di tempat-tempat macamni.

Jadi, mulai hari ini, aku perlu banyak membaca mengenai Concrete Block Pavement (CBP) ini untuk projek aku. SEKIAN.
 

Monday, April 11, 2011

Awas!Patuhi Amaran Halaju

Aku rasa ramai yang perasaan setiap tiang-tiang papan tanda halaju di tepi-tepi jalan tidak kira sedang memandu ataupun tidak. Tetapi, berapa peratus sahaja yang peka terhadap nombor amaran halaju itu? 90km/j,110kmj atau 60km/j. Kenapa papan tanda itu dipacak di tepi-tepi jalan? Adakah ia sekadar hiasan kerna ramai pemandu yang tidak hiraukannya?

Tahukah anda? Papan tanda halaju itu bukan saja-saja dipacak di bahu jalan. Tetapi ia mempunyai tujuannya tersendiri. Papan tanda itu dipanggil "NATIONAL SPEED LIMIT". Selain bertujuan mengawal kelajuan kenderaan di atas jalan raya. Ia bertujuan untuk menyatakan laju selamat bagi sesebuah kenderaan di atas jalan raya tertentu.

Penting ke laju selamat dinyatakan? Laju selamat ditentukan atas faktor rekaan jalan raya itu sendiri. Sebuah jalan raya yang direka mempunyai had tampung kelajuannya sendiri. Sekiranya had laju rekabentuknya dilampaui, kemungkinan akan terjadi kemalangan kerna kegagalan jalan raya untuk menampung halaju tersebut. Halaju yang melebihi halaju selamat ini menyebabkan kurang daya geseran antara tayar kenderaan dan juga permukaan jalan raya, lantas menyebabkan kenderaan sukar membrek semasa kecemasan lalu menyebabkan kenderaan menggelongsor.

Laju selamat ini penting sekiranya terdapat jalan yang berselekoh atau berbukit. Sesebuah selekoh direka bentuk untuk laju tertentu berdasarkan sudut kesendengan, jejari dan geseran jalan sesebuah selekoh. Sekiranya laju selamat dilampaui, kemungkinan kenderaan akan terbabas.

Mungkin anda antara kita menyatakan bahawa walaupun dia melebihi halaju, dia masih selamat dari sebarang kemalangan. Tapi kita haruslah berwaspada, kerna jangka hayat sesebuah jalan akan berkurangan dari hari ke hari. Sekiranya nasib tidak menyebelahi kita, kemungkinan kita akan kemalangan walaupun kita hanya melebihi 10% halaju selamat yang dinyatakan.

Jadi kepada pemandu di luar sana, berhati-hatilah dengan kelajuan kenderaan anda. Kerna malang itu tidak berbau. SEKIAN.

Wednesday, March 30, 2011

Kejuruteraan Awam Pilihan Hati


Baru-baru ini, aku ada mendapat mesej di facebook daripada salah seorang pembaca blog aku yang ingin menyambung belajar dalam bidang kejuruteraan awam, bertanyakan pendapat mengenai bidang ini. Sebelum itu aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang baru memperolehi keputusan SPM tahun ini. Hari ini aku ingin bercerita serba sedikit mengenai kejuruteraan awam.

Aku rasa ramai yang sedia maklum serba sedikit mengenai kejuruteraan awam, amnya pelajar dari Sekolah Teknik. Secara menyeluruhnya, kejuruteraan awam ini merupakan bidang dimana kita membangunkan dan memberi kemudahan pada sesuatu kawasan, contohnya membina infrastruktur, bangunan, saliran, alam sekitar, geologi, hidrologi, rekabentuk struktur dan bahan, teknologi pembinaan dan macam-macam lagi.

Di UTM, Skudai, Fakulti Kejuruteraan Awam terbahagi kepada beberapa jabatan dan unit iaitu Jabatan Pengangkutan dan Geoteknik, Jabatan Struktur dan Bahan, Jabatan Hidraulik dan Hidrologi, Jabatan Alam Sekitar, Unit informasi teknologi untuk kejuruteraan awam, dan unit ukur.

Sepertimana yang dinyatakan mengenai jabatan dan unit yang ada di UTM, Skudai. Pelajar kejuruteraan awam akan diterap dengan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan. Pelajar kejuruteraan awam akan belajar, asas ukur tanah, lukisan kejuruteraan,autocad, programing, rekabentuk struktur cth: bangunan dan jambatan, rekabentuk sistem jalan raya, rekabentuk sistem saliran, asas ilmu bendalir, mekanikal dan elektrikal, rekabentuk empangan, kajian mengenai batuan, tanah dan juga alam sekitar.

Sepertimana yang kita dapat lihat masa kini, negara sedang pesat membangun. Terdapat banyak kerja pembinaan dan pembangunan yang giat berjalan. Setiap kerja-kerja pembangunan ini adalah melibatkan jurutera kejuruteraan awam.

Bagi peluang pekerjaan, bagi pendapat aku semua bidang ada peluangnya tersendiri, cuma ia bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengejar kerjaya yang ada. Bagi kejuruteraan awam, aku rasa kerjayanya agak meluas kerna kita mempelajari pelbagai ilmu kejuruteraan jadi peluang pekerjaan itu adalah banyak. Contohnya, kerja-kerja pembangunan infrastruktur, pembinaan, perunding pembangunan, pereka bentuk struktur, Site Engineer dan banyak lagi. Kerja-kerja kejuruteraan ini melibatkan semua syarikat yang berkaitan dengan pembangunan tidak kira Jabatan kerajaan mahupun swasta. Jika kita dapat sekarang ini pembinaan electrified double track project oleh MMC Gamuda, ia juga merupakan bidang kerja kejuruteraan awam.

Jadi sekiranya anda sangat berminat mendalami ilmu kejuruteraan awam boleh lah menyambung pelajaran ke bidang ini. Sekiranya inginkan info tambahan, boleh lah rujuk kepada laman web Fakulti Kejuruteraan Awam UTM.[sini]. SEKIAN.


Friday, March 25, 2011

Membuat Keputusan Itu Adalah Sukar

Minggu yang bakal menyibukkan menjelma kembali. Aku baru saja selesai kekalutan untuk mencari penyelia PSM (Projek Sarjana Muda). Sungguh sukar, ramai lecturer yang dah di booking. Tadi aku jumpa dengan Dr Ir. Hasanan. Orangnya sungguh tenang. Masakan tidak, seorang engineer mesti harus tenang menghadapi masalah atau membuat keputusan.

Sungguh sukar nak memikirkan bidang dan tajuk untuk PSM. Aku telah memilih bidang pengangkutan atau lebih dikenali dengan bidang highway. Bagi aku bidang ini berhadapan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, apa yang kita selalu merungut dan apa yang kita selalu guna. Bagi aku, bidang ini mempunyai keseimbangan dari segi teori dan praktikal. Jadi, aku telah bertekad membuat keputusan untuk memilih bidang ini, walaupun rata-rata kawan sekelas tak ramai yang minat bidang ini. Bagi aku, kita jangan terlalu ikut orang lain, apa yang kita mampu, apa yang kita minat, itulah yang akan mendorong kita untuk berjaya.

Selain itu, disini aku juga ingin berkongsi bahawa membuat keputusan itu adalah sukar, sekiranya ia berkait dengan perasaan, sayang, kasih dan juga individu lain. Kesukaran membuat keputusan itu mendorong seseorang itu kemurungan dan sentiasa kekacauan. Mungkin, apabila kita membuat keputusan itu, ia akan memberi impak yang negatif, mungkin pada kita mahupun individu yang lain. Jadi kita harus membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan ini. Sekiranya kita telah membuat sesuatu keputusan, kita harus cekal menghadapinya, tanpa rasa kekesalan dihati. Kerna kekesalan itu boleh memakan diri. SEKIAN.

Saturday, March 19, 2011

Yang Mana Satu Jadi Pilihan

Tahukah anda, di Malaysia ramai orang yang lebih menyukai persimpangan yang mempunyai roundabout berbanding persimpangan yang mempunyai lampu isyarat.

Ini adalah kerna, waktu menunggu bagi lampu isyarat adalah lebih lama berbanding menunggu di persimpangan roundabout. Selain daripada itu, disebabkan segilintir rakyat Malaysia mempunyai tahap kesabaran yang rendah semasa menunggu di persimpangan lampu isyarat membuatkan mereka lebih suka untuk melalui persimpangan yang mempunyai roundabout.

Roundabout mempunyai kelebihan untuk menghubungkan banyak simpang dan mempercepatkan arus jalan. Tetapi, sekiranya kapasiti jalan meningkat hingga ke tahap maksima, roundabout juga boleh mengakibat kesesakan lalu lintas.

Sekiranya Traffic Engineer tidak mereka bentuk lampu isyarat, kebanyakan jalan raya di Malaysia akan mengalami kesesakan yang lebih teruk. Dan kita semua terpaksa menunggu lebih lama untuk melintasi persimpangan jalan raya.

Jadi, bersabarlah ketika berada di persimpangan lampu isyarat kerna sikap tidak sabar di persimpangan lampu isyarat boleh mengakibatkan kemalangan yang teruk. SEKIAN

 




Friday, March 11, 2011

Speed Trap Cara Oldscool PART2

JUMAAT (11 Mac 2011) - UTM, Skudai, Johor dilanda hujan. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Kita hanya manusia biasa, tidak dapat meramal apa yang akan berlaku dimasa akan datang, yang hanya kita mampu adalah dengan berusaha agar masa depan yang kita dambakan menjadi kenyataan.

Seperti entry aku semalam Speed Trap Cara Oldscool, hari ini aku ingin meneruskan cerita mengenai tugasan yang diberikan kepada aku. Sungguh tidak ku sangka, permulaan cerapan data yang pertama memberikan keselesaan kepada kami sekumpulan kerna cuaca sungguh baik sekali walaupun jam menunjukkan pukul 11 pagi.

Tetapi apakan daya, apabila tiba masa untuk cerapan kedua pada pukul 1 ptg, awan mula berarak mendung kelabu, sambil menitiskan titisan rahmatnya membasahi bumi tercinta. Nasib masih menyebelahi kami, hujan yang turun hanya renyai-renyai, jadi kami masih boleh teruskan kerja kami cuma masalahnya takut kemera ku basah dek hujan yang renyai. Maka kami telah menggunakan plan B iaitu dengan membina satu pondok kecil bagi kamera ku. Aku pasti pemandu-pemandu yang melintasinya akan berasa pelik atau lucu, kerna inilah hasilnya. SEKIAN.

Thursday, March 10, 2011

Speed Trap Cara Oldscool.

10 Mac 2011 - Belajar kejuruteraan awam, banyak benda kena belajar. Hari ini aku perlu memulakan langkah pertama agar tugasan Kejuruteraan Lalu Lintas aku berjalan. Jadi hari ini aku perlu mencerap data.

Data apa yang aku perlu ambil? Actually, tugasan ini adalah untuk mendapatkan spot speed (laju setempat) bagi sebuah kenderaan. Sepertimana yang selalu kita tengok encik polis trafik duduk tepi jalan teropong kereta untuk perangkap had laju, seperti itu juga aku dan kumpulan aku buat. Tetapi cara kami berbeza, cara kami terlalu tradisional tapi menggunakan teknologi moden iaitu kamera.

Cara kami mengambil spot speed data adalah dengan mengukur jarak jalan iaitu <100m dan mengambil masa kenderaan dari titik 0m hingga titik <100m, jadi kita akan dapat halaju kenderaan dalam meter/saat (m/s),

Kami perlu ambil tiga data untuk waktu kemuncak, dan 3 data waktu biasa. Aku baru cerap satu data, jadi kena ambil lagi lima data(sungguh seronok kan?haha). Sekarang jam menunjukkan pukul 12:25pm, jadi aku kena ambil data pukul 1pm nanti. Inilah kerja budak kejuruteraan awam.haha.SEKIAN.




Senang je Encik Polis ni ambil data spot speed
Ini pula cara kami
Terpaksa pinjam pita ukur dari fakulti
Tiga jejaka penunggu jalan raya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...