Wednesday, March 16, 2011

GEMILANG, TV3 - 2011

GEMILANG, sebuah drama bersiri yang sedang ditayangkan di TV3. Drama yang mengisahkan seorang anak muda yang semasa kecilnya terpaksa melalui hidup yang perit. Kini berusaha untuk berbakti kepada anak muda yang ketinggalan dalam pelajaran dengan mendirikan institusi GEMILANG.

Drama ini aku rasa dapat memberikan sumber inspirasi kepada bakal guru kerna ia memaparkan cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh guru dalam dunia mendidik. Ia juga memaparkan betapa sukarnya kita untuk menukar gaya pemikiran masyarakat dulu bahawa pelajaran itu amat penting.

Jadi, sekiranya korang berminat untuk menontonnya tetapi terlepas menontonnya di televisyen, boleh ke link ini [sini]. Bersama dengan entry ini aku sertakan sinopsis drama ini. SEKIAN.
 


1977 Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran tapi perjalanannya masih belum pasti. 

Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya. 

Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri. 

Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini. 

Cerita ini kadangkala lucu, kadangkala menyentuh hati tetapi sentiasa memberi inspirasi. Antara pelakon dalam drama Gemilang ialah Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.


5 Civillian:

Dda Ly said... [Reply to comment]

sangat suka layan gemilang...banyak pengajaran dari crite nih..tp menci nyee watak ana tuh..gediks! hehehe

meh ke rumah..
~ketinggalan zaman~
keep in touch ye..♥♥♥

naqiah said... [Reply to comment]

best cita ni!! suke tym shah jazle bwa tiz nek beskal!!! waa... romantik!!

Unknown said... [Reply to comment]

Dda Ly : tak sangka ada yang sependapat. bukan benci je..skt ati...haha.Ok nk pegi ni..keep in touch too..

naqiah : amboi..suke yang romantik je ek?haha

naqiah said... [Reply to comment]

romantik2 la best... hehehe

Unknown said... [Reply to comment]

naqiah : haha..taw2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...