Thursday, March 10, 2011

Hidup Ini Tidak Selalunya Bahagia

"Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Kata-kata ini selalu bermain disetiap lagu yang tercipta. Tidak kurang juga dengan hidup kita. Kebahagian yang kita harapankan berpanjangan tidak selalunya berkekalan.

Pasti setiap insan pernah merasakan kebahagian dan ada juga di antaranya merasakan kesedihan. Suka dan duka sentiasa bermain dalam hidup kita tanpa kita dapat mengelakkannya. Hanya Tuhan saja yang tahu rasa kita bila kita berada dalam kesedihan yang teramat sangat.

Disaat kita gembira, pasti ramai yang dapat melihatnya, tapi pabila kita sedih, tidak semua mengetahuinya. Apa yang penting, kita harus tabah menghadapi apa yang kita harungi. Sekiranya kita sedih, cubalah kita renungkan insan-insan yang di luar sana yang lebih sedih dari kita, nescaya hati kita akan sedikit lega.

Perasaan sedih serta kecewa itu mudah untuk diubati sekiranya kita menemui sesuatu yang dapat dijadikan batu loncatan untuk kita bergembira. Seperti mana entry aku sebelum ini iaitu bertajuk ketenanganKu Ada Di Situ, aku mengunakan lautan yang luas itu untuk aku menguraikan kesedihan aku, kekecewaan aku. Kerna bagi aku, dengan cara itu aku dapat menyeronokkan hati aku.

Seperti kamu semua juga, pasti ada suatu perkara yang dapat membuatkan kamu semua kembali gembira. Jadi, sekiranya kamu semua bersedih, lakukan lah perkara yang kamu suka, yang dapat memuaskan hidup kita. Mungkin setengah orang menanti hikmah dari kesedihan itu, tapi tidak bagi aku, bagi aku, aku harus mengejar hikmah itu. Jika kita asyik menanti, belum tentu ia akan datang. Seharusnya kita berusaha mendapatkan hikmah itu.

Jangan kita meratapi kesedihan itu, kerna ia boleh memakan diri kita. Maka, kita harus berusaha, berusaha kearah yang lebih baik. SEKIAN
 

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...