Saturday, March 5, 2011

Ayam Penyet Skudai JOHOR

Aku baru saja balik dari temankan roomate ku syafiq salim pergi beli henset NOKIA C3 di U-MALL, Skudai Johor. Punya bising dalam bilik dia ajak aku teman pergi beli henset C3 idaman dia.

Entry aku kali ini bukan nak bercerita tentang roomate aku atau NOKIA C3, tetapi nak menceritakan tentang ayam penyet kat Skudai ni yang sedap sangat dan ramai gila orang pergi makan kat situ.

Nama kedai ayam penyet ini adalah RESTORAN PINANG. Boleh dikatakan setiap minggu aku akan makan ayam penyet atau lele penyet(ikan keli) kat situ, sungguh sedap. Dari banyak-banyak kedai yang aku pergi, Restoran Pinang satu-satunya yang mempunyai ayam penyet yang sedap. Restoran ini sangat popular dikalangan pelajar UTM, jadi ramai lah pelajar UTM di situ.

Apa yang sedap dengan ayam penyet/lele penyet kat sini bagi aku adalah sambalnya pedas (kaw2 punya) dan ayam/lele dia yang ragup. Harganya RM4.50, memang berbaloi dengan hidangannya nasi+ayam+sambal(boleh minta lebih)+tempe+sayur kobis, pasti korang kenyang punya.

Jadi kalau korang terpanggil datang ke UTM skudai atau ke skudai ni singgah la ke kedai ayam penyet ini, sungguh sedap rugi kalau tak cuba. JOM PAKAT PI MAKAN AYAM PENYET(HEHE).SEKIAN.

3 Civillian:

NadiRah said... [Reply to comment]

nad selalu lepak bibik..huhu

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

nadirah : kat bibik ayam di cam kureng jer..lele penyet kat pinang sedap..rangup.

Miss Meera said... [Reply to comment]

Sekarang harga dah rm6 sepinggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...