Tuesday, March 15, 2011

Baguskah Kritikan?

KRITIKAN. Baguskah kritikan ni?pasti ramai orang yang berpengalaman menghadapi kritikan. Aku juga salah seorang yang selalu mendapat kritikan. Pasti ramai orang cakap kritikan ini membina dan ada juga yang cakap kritikan ini boleh membinasakan seseorang.

Bagi aku kritikan ini sememangnya ada pedasnya sehingga boleh membuatkan seseorang itu terasa yang amat sangat. Aku juga pernah berhadapan dengan kritikan berbisa sehingga aku merasa tensyen yang teramat sangat tambahan pula terhadap hasil kerja kita. Sekiranya aku menganggap kritikan ini adalah sesuatu yang sukar untuk aku tempuhi, sudah pasti aku tidak menjadi diri aku sekarang.

Sesungguhnya, kritikal ini pasti akan membuatkan kita terasa hati, kecewa, tersinggung serta adakalanya ia bertukar marah. Tetapi bila semua perasaan ini menjadi satu, sekiranya kita menjadikan kritikal itu sebagai satu cabaran dan kita merasa ingin membuktikan hasil kerja kita adalah sesuatu yang baik maka terjadi lah di situ satu kritikan yang membina. Malah ia akan mendorong kita melakukan sesuatu yang mana kita tidak pernah tahu kita mampu lakukan sebaik itu.

Salah satu kritikan yang pernah aku hadapi ialah kritikan terhadap hasil poster[sini] aku . Pada mulanya aku berasa putus asa, masakan tidak, aku terpaksa menghasilkan satu poster dalam masa kurang dari dua hari disamping keadaan masa itu aku sangat sibuk dengan tugasan lain. Tetapi rasa tidak puas hati itu membakar diri aku untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan hasilnya sangat tidak disangka-sangka. [Lihat gambar di bawah].

Poster aku yang dikritik
hasil poster selepas kritikan dan menang best poster award
Selain itu, blog aku juga tidak kurang komennya, dan aku berterima kasih kepada rumet aku, seseorang yang banyak mengajar aku tentang blog dan pengomen serta pengkritik blog aku sehinggalah blog aku menjadi seperti sekarang. Kredit to syafiq salim. SEKIAN

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...