Friday, March 11, 2011

Lelaki Dan Kereta.

Lelaki dan kereta tidak dapat dipisahkan. Jika korang adalah lelaki, pasti setuju dengan statement ini. Tidak kira lah kereta tau motor, janji ia berenjin.

Bagi aku, aku akan buat apa saja untuk kereta kesayangan aku, kerna itu lah harta yang berharga bagi aku yang boleh bawa aku ke mana saja yang hendak aku tuju tanpa mengenal erti penat lelah cuma selalu kehausan minyak yang semakin meningkat harganya.

Kini aku di UTM, kereta ku di Perak nun jauh di sana. Kerna keadaan kampus di UTM lebih mudah jika kita hanya menunggang motor, jadi aku hanya bawa motor RXZ kesayangan aku saja. Pabila tiba cuti semester, pasti aku tidak sabar untuk membelai kereta kesayangan aku. Setiba saja di rumah, aku akan menghabiskan masa hujung minggu aku sehari suntuk untuk menyental segala kekotoran padanya kerna di anak tirikan oleh abah aku. (kesian dah lama tak mandi).

Aku pasti, antara ramai-ramai pencinta kenderaan bermotor, ada yang tidak hiraukan dirinya sekiranya mengalami kemalangan. Apa yang lebih dirisaukannya ialah motor atau keretanya, teruk atau tidak kesannya. Tetapi tidak lah sampai lupakan orang yang bersamanya tambah-tambah orang yang disayangi dan dikasihi. Aku mengatakan begini kerna aku adalah begitu(haha).

Sepertimana yang kita lihat sekarang ini, sudah banyak kelab-kelab permotoran bercambah bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ahlinya tidak kira lelaki mahupun perempuan, semua seronok menyertainya. Kawan aku juga merupakan salah seorang ahli kelab AKAIDO (PERODUA club). Aku tengok kereta kancilnya, macam-macam diubahsuai. Tetapi aku tak adalah sampai macam tu sekali, sebab mana mampu, sekadar pakai mana yang ada sudah la. Janji gembira dan bahagia. Apa yang aku nak katakan hari ini, kereta itu amat aku sayangi(hehe). SEKIAN.





aku dan kereta pertamaKU.
Pacai Akaido (sorry bro, aku pinjam gambar lu derr.haha)

2 Civillian:

REZXwOw said... [Reply to comment]

geng.. btul tu ! aku nak kereta Hummer !

Unknown said... [Reply to comment]

REZXwow : wow..kereta dahsyat lagi mahal tu.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...