Thursday, March 10, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa TERBAIK!!!!

Sampai Masa Tibanya Waktu,
Redup Hati Kamu Berdua,
Bila Dua Jasad Bersatu,
Hidup Mati Jadi Bersama.

Seperti mana aku janjikan pada entry aku sebelum ini, inilah review dari aku:

Kagum, dahsyat, bangga, mantap, terbaik, unggul inilah kata-kata yang keluar dari mulutku selepas menyaksikan filem Hikayat Merong Mahawangsa.  Filem yang penuh dengan kata-kata yang boleh meremangkan bulu roma, menaikkan semangat kita bangsa melayu.

Pada permulaan filem ini, ia dimulakan dengan kata-kata yang cukup indah lagi mendalam. Kisah mengenai Merong Mahawangsa seorang pelayar, yang tiada tanah, tiada bangsa, tiada nama, hidup sebagai seorang perantau singgah dari pelabuhan ke pelabuhan. Diupah oleh Putera Rom untuk mengiringi ke semenanjung emas untuk perkahwinannya dengan puteri cina. Dihadapkan dengan serangan tanpa sedia. Bangkit kembali menebus maruah hingga kekal ke hari ini, menjadi hikayat sangat bererti.

Penggunaan bahasa melayu yang cukup tinggi membuatkan perjalanan cerita filem ini sangat beerti. Selain itu, ia merupakan satu - satunya filem melayu yang menggunakan kesan khas tanpa cacat cela membuatkan semua orang kagum apabila menontonnya. Aksi-aksi yang cukup sempurna membuatkan cerita ini sungguh mantap serta pengunaan sound effect yang boleh menggegar dada. Diselitkan pula lawak jenaka yang membuatkan cerita ini bertambah menarik.

Aku merasa tidak puas menonton filem ini dan terasa ingin menontonnya sekali lagi serta aku sanggup bayar lebih daripada apa yang aku bayar hari ini. Tidak sedikit pun di hati aku terasa rugi bila menyaksikan filem ini. Jutaan tahniah aku ucapkan kepada KRU studio kerana berjaya menghasilkan satu filem yang sungguh bagus.

Jadi kepada korang semua yang masih belum menontonnya, saksikan lah, aku pasti korang tidak akan merasa rugi. Apa tunggu lagi. Pergi ke pawagam berdekatan dan saksikannya. SEKIAN.



10 Civillian:

Deekay Miaow said... [Reply to comment]

Terima kasih review nya. Looking forward to see it too =)

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

yezza..tengok jgn tak tengok..

Cik Rimau said... [Reply to comment]

hurmm... nak tgok ke x.. cik rimau tau cite ni memang best.. tp xde mase nak g panggung.. huhu

Andi Akhma said... [Reply to comment]

ok..kalu mcm nih,nak tgk jugak la...

aNiM said... [Reply to comment]

nk p tgk gak..

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

Cik Rimau : tengok la..rugi x tgk, kalau nk tggu DVD msti lmbt punya coz citer ni gempak.
Andi Akhma : harus tengok.haha
aNim : yezza..p tgk..p tgk..hehe

REZXwOw said... [Reply to comment]

terasa nk tgk pulak.. kepingin sgt dah ni

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

REZXwow : haha..apa tunggu lagi tgk cepat2..

Deekay Miaow said... [Reply to comment]

DAH TGK! hehe~ best3x! =D

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

Deekay Miaow : haha..best kan?tak rugi tengok..rase nak tgk lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...