Monday, March 7, 2011

Kucing Tunggal Ku.

Bila baca entry !The Beauty In Ugly! tentang kucingnya Kong, teringin pula aku bercerita mengenai kucing aku yang mempunyai badan yang gemuk + jantung yang lemah (pemalas punya kucing).

Kucing aku bernama areng sebab warna dia oren dan oleh kerana pelat melayu Pathani mak aku, jadilah nama dia "ARENG". Areng ni berasal dari Ipoh, Perak(Ipoh Mali) kerna mak aku beli kat sana dengan harga RM500(giler mahal). Disebabkan mak aku pencinta kucing, dia suruh juga abah aku beli. (kalau abah aku tak beli sah mak aku nangis, sapa tak sayang bini kan.huhu).

Areng ni dah macam adik aku dah (huhu), maklum la, anak tunggal mana ada adik, jadi kucing yang malas ni saja yang jadi pengganti. Tabiat areng ni sangat menyakitkan hati, sebab dia suka kacau orang time tidur (time dia tidur taw pula dia marah orang). Yang bagusnya areng ni, selalu kejut orang bangun pagi (suruh layan dia nak tengok pemandangan matahari terbit, demand gila kucing ni), jadi dalam masa yang sama segala isi rumah kena lah bangun pagi.(haha).

Tabiat areng yang aku tak suka ialah bila dia suka panjat atas bumbung kereta aku, aku dah shine sikit punya berkilat dah, dia pula menempek kat atas tu. Jadi sebagai pengajaran, aku tenyeh-tenyeh dia atas bumbung kereta bagi berkilat balik. (maklum la, bulu dia tebal..kejam2).

Areng ni kalau duduk banyak pose dia, kadang-kadang nampak macam tak ada tulang ja kucing ni. Jadi sebagai pengakhiran entry aku ini, aku tontonkan gambar-gambar areng yang pemalas ni. SEKIAN.
 
Cara duduk paling disukai
control macho orang nak ambil gambar
argh..tak malu
orang ni nak halau aku la ni..
Krroohh..kroohh...
hai jemput masuk..

8 Civillian:

aNiM said... [Reply to comment]

areng yg sangat sumill.. pinjam bleh? hehe

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

anim : Boleh2.tapi areng seekor yang pemalu.hehehe

aNiM said... [Reply to comment]

dia ni boboy ke gurgal? muka mcm boboy..

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

anim:haha pandai..mesti la boboy, sebab tu dia control macho..

Cik Rimau said... [Reply to comment]

ala... cute gile.. gile geram kat kucing awak.. meh sini la kasi kat cik rimau... lame da xbela kucing nie.. hehe

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

Cik Rimau:owh tidak..adik kesayangan sy tu..hehe

nur atiqah said... [Reply to comment]

ske kucing...cumel nye kamu awk.............=))

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

nur atiqah : cumil kan?cm tuan die..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...