Monday, March 14, 2011

Ponteng Kelas

Siapa yang tak pernah ponteng kelas?(angkat tangan macam saya.huhu). Hari ini, tiba-tiba terpancul dari mulut pensyarah aku, mengatakan, "saya tak boleh buat apa, kalau ada yang ponteng kelas, kalau difikirkan buat sakit hati je". Wah, tiba-tiba ayat macam tu terkeluar. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan di sini ialah bukan tentang pensyarah tetapi akibat ponteng kelas. Korang fikir lah, kalau encik/puan pensyarah dah cakap begitu, mesti ilmu yang disampaikan yang digunakan oleh kita tak berapa nak berkat, semuanya gara-gara kita ponteng kelas. (keberkatan itu sangat penting ye kawan-kawan). Bila dah tak berkat, akibatnya ilmu susah nak lekat kat kepala otak kita ni. Jadi disebabkan itu lah salah satu faktor kita jadi blur time nak jawab paper exam, padahal kita rasa kita dah study kaw2 punya.

Cuba korang duduk kat tempat pensyarah tu, ada student korang malas datang kelas, malas hantar assignment, korang rasa nak bagi dia full mark tak?korang sayang kat dia tak?(macam ayat che nin dalam hantu kak limah pulak). Mesti korang rasa meresap je kan? Begitu juga dengan pensyarah kita, mesti dia rasa sadis, dia pun manusia juga.
Satu lagi aku nak sentuh, bahagian suruh kawan sign kan attendent kita.(wah baiknya kawan). Sebenarnya pensyarah ni lagi dulu makan garam, macam kita bawa toyol(nota) masuk exam. Pensyarah pun penah jadi student juga, diorang tahu dah akal kita. Sebenarnya, pensyarah ni dapat tahu kita malas datang kelas dengan melihat cara kita jawab soalan test. Bila dia cek kita punya paper, kita banyak buat mistake yang tak logik walaupun pensyarah dah bagi soalan yang senang gila, so kita dah terkantoi sudah yang kita tak pergi kelas dan tak tahu pesanan pensyarah. Lain yang diajar, lain pula yang dijawab, nampak sangat kita belajar ikut hati.

Jadi kesimpulannya, jangan ponteng kelas, kerna keberkatan itu sangat penting, ingat ya mohd adif, kaf ba ro kaf alif ta nun, keberkatan..SEKIAN

4 Civillian:

nurZAKIA said... [Reply to comment]

saya xpenah~!!hahah..

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

nurZAKIA : wah..pelajar yang sangat baik..huhu

nurZAKIA said... [Reply to comment]

untung lecturer dpt student mcm sy ni...ceh..

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

nurZAKIA : haha..untung sgt2..ewah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...