Tuesday, December 27, 2011

Hasil Sentuhan Last Minit

Seminggu yang lalu aku diberi tugasan untuk membuat bisnes plan, jadi hari ini aku ingin berkongsi hasil kerja las minit aku. Ini iklan bukan betul-betul, cobaan sahaja.(hehe).

Monday, December 26, 2011

Final Exam Akan Menjelang Tiba

Pejam celik, pejam........ (lame benor pejamnye) celik..kita tidak sedar permulaan kita semakin berada pada penghujungnya. Banyak perkara pahit dan manis yang aku lalui sepanjang semester ini dan tidak kurang juga dengan ilmu yang aku perolehi. Dari awal semester sehingga ke penghujung semester ini pelbagai program yang aku sertai yang sudah pasti berkaitan dengan ilmu civil engineer kerna matlamat aku, aku ingin berjaya dalam dunia civil engineering dimana, ilmu yang telah lama aku harungi sejak umur aku 18 tahun.

IDEERS 2011
Pada awal semester aku telah menyertai "IDEERS 2011 competition di Taiwan". Walaupun dengan duit yang tidak seberapa ada, aku ikhtiar juga demi mendapat pengalaman di negara orang. Pengalaman sepanjang berada di Taiwan sangat berharga bagi aku. Aku belajar mengenai 'team working', dimana ia sangat penting bagi seorang pelajar kejuruteraan awam, khususnya Civil Engineer. Sebagai seorang Civil Engineer, beliau memerlukan daya kerjasama yang tinggi bagi menjayakan sesebuah projek.


Build and Break Competition
Pulang dari Taiwan, aku dipanggil pula untuk menyertai "Build and Break Competition 2011" di UNITEN, Putrajaya. Aku merupakan satu-satunya bangsa melayu dalam team aku. Sukar untuk memahami bahasa mandarin, tapi aku berjaya bekerjasama dengan bangsa yang lain. Kejayaan itu bukan sukar, walaupun kita tidak sepandai dan sebijak yang lain, asalkan kita rajin untuk mencapai kejayaan, maka ia akan menjadi mudah. Seperti kita menyuluh cahaya pada jalan yang gelap. Sekiranya kita tidak cuba untuk menyuluh, pasti sukar untuk kita lalui jalan yang gelap itu.

Bengkel Perancangan & Penjadualan mengunakan microsoft project
Akhir sekali, ialah Bengkel Perancangan & Penjadualan mengunakan microsoft project di Teluk Gorek. Program ini sangat berguna dan sangat memberi ketenangan kepada aku setelah berbulan tertekan dengan tumpuan belajar. Pengunaan microsoft projek ini sangat penting bagi kerja-kerja kejuruteraan awam. Ia diperlukan untuk merancang dan menjadualkan perjalanan projek yang kita akan laksanakan. Jadi kepada yang ingin belajar dalam bidang kejuruteraan awam, rebut lah peluang belajar software ini.

Akhir kata disini, setelah banyak berceloteh aku ucapkan selamat belajar, semoga berjaya menempuh peperiksaan akhir kepada semua pelajar- pelajar tidak kira IPTA, IPTS, kolej atau seangkatan dengannya. SEKIAN.

Sunday, December 11, 2011

Cerita Seorang Civil Engineer

Video ini sangat menarik, aku rasa ramai orang dah tengok kat facebook kot, jadi aku nak share dekat blog ni pulak. Bagi aku. video ni sangat kena dengan hidup seorang CIVIL engineer. Selamat menonton. SEKIAN

Thursday, December 1, 2011

SPORTS FOR CHARITY


SALAM SATU MALAYSIA..Actually minggu yang aku lalui semester ini sangat sibuk. Maklumlah, sudah tahun 4, masih join program.

Weekend ini, program SPORTS FOR CHARITY akan berlangsung. Program ini adalah hasil usaha gabungan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam & Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepertimana yang sedikit sebanyak tertera pada banting di atas.

Program ini akan berlangsung selama tiga hari, aku mengharapkan ramai pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, skudai Johor akan turut sama memeriahkan program amal ini.

Selain sukan, program ini juaga ada membuat jualan barang-barang basah dan kering yang merupakan satu tugasan subjek keusahawan.

Jadi kepada pelajar UTM semua, marilah sama-sama memeriahkan PROGRAM SPORT FOR CHARITY ini. Bersukan sambil beramal. HIDUP PALESTINE...!!!..SEKIAN

Friday, November 4, 2011

Kepercayaan Itu Sangat Penting Dalam Hubungan

Tetiba, aku terasa nak berbicara mengenai kepercayaan pula malam ini. Mungkin kerna kepercayaan ini ada kaitan dengan apa yang aku lalui. KEPERCAYAAN ini sebenarnya mudah saja konsepnya, iaitu kita meletakkan keyakinan kepada seseorang/sesuatu bahawa ia wujud, ada, dan melakukan apa yang kita yakini.

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya kepercayaan ini sangat penting dalam hubungan. Dengan adanya kepercayaan ini, kita dapat berkerjasama, saling memahami dan mencapai kejayaan yang kita sama-sama impikan.

Isu kepercayaan ini sering kali berlaku dalam kehidupan pasangan kekasih dan suami isteri. Si lelaki tidak percayakan si gadis atau sebaliknya. Perasaan ragu-ragu itu ada baiknya dalam hubungan kerana ia boleh memberikan kesan positif tetapi yang menakutkan ialah ia memberikan kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif.

Kurangnya kepercayaan pada pasangan kita akan memburukkan keadaan. Ia akan mengeruhkan keadaan yang padahalnya cuma masalah kecil. Contoh, si kekasih merasakan kekasihnya ada orang lain, atau menipu. Dengan wujudnya perasaan ini, pergaduhan akan berlaku sekiranya apa yang dinyatakan itu tidak benar, malah kemungkinan besar ia akan menyebabkan perpisahan.

Selain itu juga, masalah tidak percayaan ini juga tidak harus wujud dalam hubungan kita sesama rakan sekerja. Kerna, dengan wujudnya perasaan ini, kerjasama tidak dapat diwujudkan, lantas mengakibatkan tugas yang diberikan untuk kita lakukan bersama tergendala.

Jadi, bagi aku perasaan tidak percaya ini harus disingkirkan. Aku tahu, mungkin disebabkan apa yang pernah dilalui di masa silam menyebabkan kita tidak percaya pada seseorang, tetapi walau bagaimana pun kita harus memperbaikinya, kerna bukan semua orang sama, masih ada orang yang jujur di dunia ini. Kesimpulannya, sekiranya kita hendak hubungan kita berjalan lancar, dan berkekalan, terapkan lah rasa percaya itu dalam hati kerna ia bukan saja perkara yang baik, malah memberikan ketenangan kepada kita. Tidak perlu kita berasa sangsi dan serabutkan fikiran dengan perasaan tidak percaya itu. SEKIAN

Thursday, October 27, 2011

Pagi dan Malam Tidak Sesuai Untuk Membakar Sampah

Salam satu Malaysia. Mesti ramai yang tidak tahu sebenarnya waktu yang tidak sesuai untuk membakar sampah ialah pada sebelum Jam 7 pagi dan selepas jam 6 petang. Sebenarnya belajar kejuruteraan awam ini memberi kita ilmu pengetahuan yang kita sendiri tak terfikir.

Baru - baru ini aku masuk kelas Environment Management, lecturer telah memberi info bahawa membakar sampah pada waktu yang aku nyatakan sebelum ini tidak sesuai. Ia akan menambahkan kadar pencemaran udara. Hal ini adalah kerana faktor kestabilan.

Pada waktu yang dinyatakan, keadaan suhu adalah sejuk pada lapisan permukaan bumi dan panas pada lapisan atas (senang citer pada lapisan yang beradanya awan). Disebabkan keadaan ini, apabila kita membakar sampah, asap yang terjadi tidak dapat terus naik ke langit dan akan terus berada pada paras kawasan pembakaran serta ditiup angin. Inilah yang menyebabkan pencemaran makin bertambah.

Jadi pada kengkawan semua, ingatkan lah mak, ayah, pakcik, makcik kita jangan bakar sampah pada masa itu, lagipun pembakaran sampah secara terbuka kan tak bagus. Jadi sayangi la bumi kita. Jangan cemari ia. SEKIAN.

Wednesday, October 5, 2011

IDEERS 2011 NCREE

Salam 1 Malaysia. Aku kini cuba kembali untuk aktifkan diri dalam dunia blog kembali setelah penyepikan diri. Kini dengan semester baru dan pengalaman yang semakin bertambah.

Mungkin semua yang membaca tajuk entry aku kali ini tertanya-tanya apa itu IDEERS??. Sebenarnya aku telah pergi ke TAIWAN baru-baru ini untuk menyertai EARTHQUAKE COMPETITION mewakili MALAYSIA. Competition ini diberi nama 'IDEERS 2011 NCREE' (boleh google untuk lebih lanjut).

Earthquake Competition ini merupakan pertandingan yang disertai oleh banyak negara. Kami diperlukan untuk membina sebuah model struktur bangunan yang boleh tahan gempa bumi. Model kami diuji di atas SHAKING TABLE yang direka khas bagi simulator gempa bumi. 
MY TEAM + MODEL(efficiency award)  + POSTER(poster Award)
Berdasarkan syarat dan peraturan yang diberikan, model diuji dengan frekuensi 100 gal hingga 800 gal. Alhamdulillah, model kami telah berjaya bertahan sehingga lebih dari 800 gal dan menduduki kedudukan ke-9. Tempat pertama dimenangi oleh NUS(Singapore).

Walaupun kami hanya dapat tempat ke-9, itu merupakan pencapaian terbaik bg kami kerna makmal kami masih belum mempunyai teknologi makmal yang setanding dengan negara lain contohnya Taiwan. Makmal kami hanya berkemampuan untuk mencapai 50% frekuensi shaking table di Taiwan.

Jadi, kesimpulan daripada aku, pertandingan seperti ini harus diadakan di Malaysia kerna ia mendorong daya kreativiti dan inovasi bagi seorang pelajar khususnya pelajar kejuruteraan. SEKIAN.

Tuesday, August 16, 2011

Sudah Lama Tidak Mencoret Disini


Pertama sekali aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang melawati blog ini. Sudah sekian lama aku tinggalkan blog ini tanpa meninggalkan sebarang entry. Mungkin kerna aku terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan tiada masa menjengah blog ini.

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya kita semua bertemu bulan yang penuh rahmat ini. Sesungguhnya kita terdiri daripada orang-orang yang bertuah. 

Kini sudah hari yang ke-16 kita semua berpuasa, tidak lama lagi Aidilfitri pun menjelma. Lagu-lagu raya sudah mula dimainkan oleh DJ radio demi memeriahkan lagi suasana hari raya yang bakal tiba.

Apabila berbicara tentang raya ini, aku berharap tahun ini aku raya dengan meriah sekali. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi.

Kepada semua yang sedang menyambut bulan ramadhan dan bakal menyambut Aidilfitri, khususnya umat Islam semua. Bersederhana lah anda semua dalam membuat persediaan, ingatlah bahawa ramai yang tidak dapat menyambut Aidifitri dengan sempurna. SEKIAN.

Saturday, June 11, 2011

Panorama Taman Tasik Taiping Yang Indah

USANG. Sudah agak lama aku tidak menghiasi blog aku ini dengan catatanku mahupun gambar. Mungkin kerna aku terlalu sibuk dengan latihan industri yang kini aku berada di Tapak Bina UPSI, Tanjung Malim atau kerna hati aku ini kekosongan. Kekosongan yang tiada diisi.

Kerjaya sebagai Jurutera Awam ini banyak memberikan pengalaman yang meluas disamping mengajar kita erti kehidupan. Sepanjang aku sebagai seorang trainee ni sudah banyak tempat aku berkelana. Semakin hari, semakin jauh aku dari kampung halaman.

Entry aku hari ini, bukan ingin menceritakan tentang tempat aku merantau, tetapi segalanya tentang kampung halaman yang aku rindui. Tempat yang sangat aku sukai, tempat aku meluahkan rasa, menghilangkan gundah-gulana dan tempat aku menenangkan hati iaitu taman tasik taiping.

Taman Tasik Taiping tempat sangat indah dengan pemandangan semulajadinya, dikelilingi air terjun dan pokok hijau yang memberikan pemandangan yang aman dan damai. Jadi aku ingin berkongsi gambar yang telah aku ambil dari sudut ketinggian 7 tingkat bangunan betul-betul di tepi taman tasik Taiping. Selamat menikmati. SEKIAN.


Sunday, May 22, 2011

Pirates of The Caribbean 4 Sentiasa Terbaik

Semalam bersama-sama office mate semua, kami tengok filem Pirates of The Caribbean 4. Ingat nak tengok NUR KASIH tapi tak ada teman pulak(kui3).


Semalam ramai giler makcik-makcik, pakcik-pakcik, akak-akak, adik-adik dan couple-couple yang sememangnya peminat setia Drama Nur Kasih berkumpul depan pintu masuk wayang untuk menonton filem itu. Begitu kuat penangan Drama itu.

Kembali ke tajuk asal kembali. (termelalut ke Nur Kasih pulak, taw la sebab tak dapat tengokkan.huhu). Filem Pirates of The Caribbean 4 semalam sangat bes, aksi kelakarnya tetap ada sepertimana filem-filemnya terdahulu. Tidak rugi untuk nilai tiket RM11 semalam kerna ia sangat memuaskan hati.

Kepada yang tak menyaksikannya lagi, pergilah menonton ramai-ramai, sebab tak rugi langsung. Diakhir filem ini, kita akan merasa nak tengok filemnya yang ke 5 pula, tak sabar menunggu. SELAMAT MENONTON. SEKIAN

Wednesday, May 18, 2011

Hidup Seorang Engineer

Bila tengok orang jadi engineer, pakai smart2, pakai kereta cantik, kita pun teringin nak macam tu. Tapi, yang sebenarnya, nak jadi macam tu bukan senang, banyak benda yang kita kena korbankan. Profesion sebagai seorang engineer ni bukan mudah. Nak kata kerja engineer banyak rehat, sangat mustahil.

Kerja sebagai engineer ni banyak yang kita perlu buat, kerja dekat office kena buat, kerja dekat site pun kita kena pantau. Kalau projek jauh, kita kena pergi lawat site tu, kadang-kadang sampai rumah dah luar office hours. Kadang sampai lewat malam baru balik rumah.

Nak kata kerja engineer ni penat dan susah, tak juga. Yang penting kita kena pandai manage time, kita perlu enjoy dengan apa yang kita lakukan dan jangan terlalu fikirankan tekanan kerja tu. Cakap memang la senangkan?tapi walau bagaimanapun kita perlu berusaha untuk semua tu, masakan datang kejayaan itu tanpa perlu kita berusaha kan?

Kepada yang nak jadi engineer tu, jangan terlalu fikirkan sangat kepayahan dalam mengharungi kerjaya sebagai seorang engineer tu. Walaupun kita perlu berkorban masa, kita akan dapat suatu pengalaman yang sangat berharga dan kita tidak akan malu untuk menceritakan kepada semua. Jadi semoga berjaya kepada semua future engineer!. SEKIAN.
 


Tuesday, May 17, 2011

Koje dan koje

Hari-hari sibuk, buat itu buat ini. Tapi, seronok la jugak,  atleast aku tak penat melepak. Banyak pengalaman aku dapat. Tadi first time buat call untuk urusan pejabat, mula-mula cuak jugak, tapi dua tiga kali dah ok, rasa seronok pulak.

Minggu depan aku kena hantar pergi site dekat tanjung malim dalam empat hari. Hari tu, masa pergi site kat situ, dengar cerita dari site supervisor kat situ, rumah dia keras sikit. Aduh, seram pulak rasanya, macam seekers.(huhu). Tapi, benda-benda tu semua jangan dok pikirkan sangat. Yang penting kita kena yakin, yakin tentang apa?itu bergantung pada individu.

Tak sabar nak tunggu minggu depan, apa la gamaknya cerita minggu depan. Esok wesak, tapi aku bekerja juga, kebetulan aku buat entry ini, aku ingin ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, abang-abang, adik-adik, kakak-kakak yang secara tidak langsung memberi ilmu kat aku. Sedarilah, walaupun sedikit saja ilmu yang disampaikan, pahalanya sangat besar terutamanya ilmu ke arah kebaikan. SELAMAT HARI GURU. SEKIAN.
 

Sunday, May 15, 2011

Sukarkah memahami dan difahami?


Kadang-kadang kita tidak sedari, apabila kita inginkan seseorang memahami kita, kita sebenarnya tidak memahami dia. Sukar untuk memahami seseorang kerna dalam diri kita mempunyai keinginan untuk difahami. Sekiranya hal ini berlaku kita harus pandai menanganinya. Kita harus pandai bertolak ansur dan jangan terlalu mengambil kira perkara yang remeh, kerna perkara yang remah inilah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Setiap insan mahu diri difahami, tapi tidak semua ini dapat memahami sepenuhnya. Kita hanya insan biasa, kita tidak mampu membaca seluruh isi hati insan lain kecuali ia diberitahu atau dengan kata lain diluahkan.

Meluahkan merupakan cara untuk kita menghilangkan tekanan hidup kita seharian. Tetapi janganlah kita sekadar meluah tapi kita mengambaikan luahan orang lain. Kita seharusnya saling mendengar antara satu sama lain. Dengan menjadi pendengar yang setia, kita bisa menjadikan hubungan sesama manusia itu bertambah baik.

Dengan mendengar luahan dari kedua-dua belah pihak, maka daripada padangan aku, kefahaman itu dapat dicapai. Kita seharusnya duduk berbincang untuk mencapai kesefahaman. Tidak kira, hubungan percintaan, persahabatan mahupun rakan kerja. Perbincangan itu merupakan perkara yang terbaik untuk mencapai kesefahaman. SEKIAN
 

Tuesday, May 10, 2011

Kerja Sudah Ada

Hari kedua Latihan Industri. Kerja sudah penuh meja. Semalam tak ada kerja sangat, hari ni penuh meja. Sangat seronok, atleast aku dapat belajar ilmu sebanyak yang mungkin sepanjang tempoh LI ni.

Bila berkecimpung dalam arena construction ni, semua orang asyik cakap tentang projek je, sudah hilang dunia Facebook di dalam ofis. Ingatkan facebook ni sudah menjadi virus keseluruh dunia, rupanya ada anti virusnya, iaitu kerja,kerja dan kerja...Lalalala..hari-hari kerja.(haha).

Sebelum ini, orang cakap nanti ko kena keje fotostat je. Hari ini aku merasa semua itu. Aku perlu fotostat 5 set project report. Sebenarnya, semua itu adalah pengalaman, kerna sebelum ini aku tidak tahu langsung macamana nak fotostat, tapi hari ini aku sudah tahu, aku juga tahu macamana nak buat fax. Walaupun lambat memperoleh ilmu itu, tapi ia sangat berguna.

Jadi, janganlah kita memandang rendah sesuatu kerja, kerna walau sekecil mana kerja itu, walau sesenang mana kerja itu, ilmunya tiada ternilai. p/s - ILMU ITU TIADA NILAI HARGANYA. SEKIAN.

Monday, May 9, 2011

Hari Pertama Latihan Industri Kejuruteraan Awam


Hari ini agak segan kerna aku merupakan satu-satunya pelajar yang buat LI kat situ. Dengar cerita ada lagi dua orang, tapi entah la.(huhu). Aku antara orang yang awal sampai hari ini, mungkin kerna gementar. Biasalah, baru pertama kalinya buat LI. Masa diploma dulu, UTM, KL dah buat program LI untuk pelajar kejuruteraan awam.

Pada hari pertama agak bagus, tapi kerja masih tak comfirm lagi. Pada hari pertama LI, aku terkejut, Engineer company = perempuan, Project Manager = perempuan dan semua yang kerja kat situ perempuan. Tapi ada juga seorang lelaki bahagian Ukur Bahan. So, tak ada lah segan sangat aku.

Pekerja-pekerja dekat company tu sangat baik, jadi mungkin aku akan mudah biasakan diri dalam dua tiga hari ini. (hopefully la..).

Jadi kepada anda yang bergelar perempuan di luar sana, sekarang ni ramai perempuan yang sudah berjaya, jadi anda juga boleh berjaya. Yang penting kita kena yakin diri dan berusaha dengan gigih. Bak kata Lecturer aku, Dr Airil, "korang perlu perah sikit saja lagi sel-sel dalam otak korang untuk memikirkan sesuatu yang bagus". So, ingat, jantina bukan pengukur kejayaan kita.SEKIAN

Final Exam Berakhir, Bermulalah Dunia L.I

Sungguh penat. Merasakan diri ini sungguh penat. Masakan tidak, hari jumaat(6hb May) yang lepas merupakan hari akhir final exam, lepas saja paper last, bergegas pula mengemas barang untuk pulang ke rumah kerna pada esok hari(9hb May) merupakan hari untuk lapor diri Latihan Industri.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, sempat lagi aku mencuri melancong ke Ayer Hitam, Melaka, dan Kuala Lumpur. Kerna saat itu saja masa cuti yang aku ada. Aku sangat merindui Kuala Lumpur, dapat juga aku makan moi sup utara di Taman Sri Rampai. SEDAPPPP...


Esok merupakan hari yang dinanti-nanti, hari Latihan Pratikal yang pertama kalinya akan aku tempuhi. Bagaimanalah agaknya kan? (awok nervous...). Harap-harap semuanya akan berjalan lancar pada hari pertama esok. Doakan aku yang wahai pembaca. Aku akan buat yang terbaik. (insyaAllah).

Jadi kepada rakan-rakan yang masih exam, teruskan usaha anda. Kepada rakan-rakan yang nak L.I semoga berjaya dan selamat bercuti kepada yang dapat cuti panjang ni, gunakan dengan sebaik-baiknya. SEKIAN.

Wednesday, April 27, 2011

Akhirnya Blog Aku Di Review Oleh Pembawa Wacana

Akhirnya Pembawa Wacana telah review blog aku, lama jugak aku masa ni, tiap-tiap hari aku dok view blog pembawa wacana.(haha)

Terima kasih diucapkan kerna sudi review dan bagi kata-kata yang menyedapkan hati dan komen yang sangat berguna. Tidak ku sangka ramai juga yang suka dengan warna background blog aku ni. Aku baru ingat nak tukar warna, tapi disebabkan Pembawa Wacana cakap macam tu, aku kekalkan warna ni je la.(hehe).

Mengenai pop up window untuk komen, terima kasih sangat-sangat bagi cadangan. Biasalah aku blogger baru nak belajar(hehe). Jadi aku akan ubah jadi pop up window.

Akhir kata daripada aku civillian, terima kasih kepada Pembawa Wacana atas kata-kata yang memberangsangkan. SEKIAN.

Tuesday, April 26, 2011

Kepanasan Yang Melampau Di Bumi UTM, Skudai

Esok merupakan hari pertama paper final exam aku, English For Workplace Communication. Berdebar rasanya, kerna selepas hari esok paper-paper dan hari yang mencabar akan menyusul.

Saban hari ini, cuaca di bumi UTM, Skudai Johor sungguh panas, sehinggakan dimalam hari juga masih terasa bahangnya. Cuaca panas sebegini telah memaksa aku untuk study di perpustakaan untuk suasana yang lebih sejuk (aircond ler..huhu). Bagus juga cuaca panas ni, sekurang-kurangnya aku dapat memberikan tumpuan yang lebih disana.


Cantikkan gambar di atas? gambar ni aku ambil daripada kawan aku, Ti Jian Liang. Dia ni sangat suka ambil gambar panorama dunia macam ni. Aku paling suka spot kat tiang tu, sungguh cantik. Gambar ini telah dirakam oleh Ti pada petang tadi di UTM skudai selepas berhentinya hujan yang lebat. Lihatlah, kita masih dapat melihat mentari yang memancar walaupun selepas hujan yang lebat dan bahangnya masih terasa sehingga sekarang. SEKIAN.

Sunday, April 24, 2011

TOM - Lagu Untuk Kuala Lumpur

Time study sambil layan Hot Fm tadi, tibe asyik dok layan lagu untuk Kuala Lumpur je. Em, asyik lagu untuk Kuala Lumpur je, tak ada ke untuk Taiping kampung ku yang tercinta.(haha). Tetiba je rasa nak pergi Kuala Lumpur. "KUALA LUMPUR TUNGGU AKU...!AKU CABAR KAU!" dialog Rosyam Nor dalam KL Menjerit.(haha).

Jadi hari ini, aku nak kongsi dengan kengkawan blog semua, lagu untuk Kuala Lumpur by TOM. Jom layan.SEKIAN.

Saturday, April 23, 2011

Bahang Final Exam Semakin Dirasai


Minggu depan akan bermulalah hari yang menyeramkan, menakutkan dan mendebarkan. "FINAL EXAM". Walaupun cuaca diluar berarak mendung kelabu, tetapi di dalam hati ini bahang final exam kian terasa.

Disaat ini, hati sangat memerlukan insan yang dapat memberikan sokongan moral, agar diri bisa melakukan yang terbaik demi cita-cita dihari yang mendatang. Berjayakah diri ini untuk menempuh dugaan sebagai seorang mahasiswa, berjihad menuntut ilmu pengetahuan. Hanya Tuhan saja yang tahu.

Dikesempatan ini, disaat hati tengah dilanda kerisauan mengenangkan final exam yang bakal tiba, diri ini ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua rakan-rakan pelajar semua, semoga apa yang kita telah belajar selama ini dapat diluahkan dengan sempurna di atas paper exam nanti (InsyaAllah). Ingatlah, keredhaan dalam menuntut ilmu itu adalah penting, keredhaan daripada Ilahi, Ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan juga guru itulah yang mendorong kita kearah kecemerlangan. SEKIAN.

Thursday, April 21, 2011

Akhirya Siap Juga Projek Design

Khamis - 21hb April 2011. Siap juga prjek design aku yang aku telah bersusah payah, bertungkus lumus dan begitu tekun menyiapkannya. Jadi Boleh lah aku study subjek lain dengan tenang.

Minggu depan dah final.Wah2. Tak sempat rehat lah aku nampak gayanya. Tapi tidak mengapa, nanti cuti lama + LI aku rehat banyak-banyak (lepas geram Grrr..).

Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan semoga berjaya kepada student UTM yang nak ambil final nanti dan kepada student universiti yang lain yang sewaktu dengannya. AJA_AJA FIGHTING!!.SEKIAN

Wednesday, April 20, 2011

Hutan Bandar Mutiara Rini

Dalam kesibukan menyiapkan projek Design R.C, aku telah mencuri masa sikit untuk hilangkan tension yang tahap melampau nih. Kalau uji kat makmal, rasanya dah nak melampau dah tension ni.(haha).

Aku telah pergi membuat rombongan ke Hutan Bandar Mutiara Rini. Walaupun hari panas ya amat aku pergi juga. Actually, tempatnya tak jauh sangat dari UTM, Skudai. Dulu aku pernah nak pergi cari tempat ni, tapi sesat entah ke mana, padahal hutan bandar ni dekat tepi jalan besar je.(haha kene tambah power spec nih).

Tempat ni merupakan tempat riadah bagi pengunjung-pengunjung dan masyarakat sekitar. Tempat ini juga merupakan tempat dimana ramai orang bermain layang-layang. Kalau korang datang sini korang akan jumpa bermacam-macam jenis layang-layang. Selain itu, tempat ini juga mempunyai banyak replika-replika rumah-rumah melayu johor walaupun sesetengahnya sudah roboh. Tempat ini juga merupakan tempat untuk bersenam serta berjogging.

Jadi dikesempatan itu aku ada snap beberapa picture untuk dilayan bersama, mana la tahu, kalau-kalau kengkawan semua mahu ke sana.(hehe). Jadi jom layan picture.SEKIAN.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...