Thursday, April 14, 2011

Jaga-jaga Anda Diperhatikan


 Hari ini aku dan rakan-rakan sekelas aku telah pergi lawatan sambil belajar ke Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) anjuran subjek kejuruteraan lalu lintas. Aku ingatkan tak seronok tapi sebenarnya tidak, banyak perkara menarik yang aku dapat tahu.

Setibanya kami di MBJB, kami disambut baik oleh pegawai di sana. Kami ditatapkan dengan video koprat MBJB buat pertama kalinya. Bagi aku video ini terlalu panjang kerna akibatnya korang boleh tengok gambar di bawah.


Pegawai Jabatan Kejuruteraan MBJB banyak memberikan maklumat mengenai setiap bahagian kerja-kerja jabatan dan sekiranya dikonklusikan, Jabatan Kejuruteraan MBJB ini banyak mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan pengangkutan dan lalu lintas. Selain itu, Pegawainya juga memberi sedikit sebanyak rahsia dan tip-tip temuduga, dimana bagi aku sangat berguna.

Selepas dihidangkan dengan santapan petang, kami dibawa pula ke unit kawalan trafik. Di sinilah pengetahuan yang lebih menarik kami perolehi. Kami dapat melihat sendiri sistem kawalan bandaraya melalui CCTV. Tidak aku sangka, setiap pergerakan kenderaan juga termasuk masyarakat sekitar bandaraya diperhatikan disini. Jadi jaga-jaga sekiranya korang ditempat awam kerna korang sentiasa diperhatikan.


Kami diberikan peluang untuk menggunakan komputer kawalan bandar (CCTV) di situ. Sungguh menarik, setiap pelusuk bandar raya dapat dikawal dengan hanya melalui satu bilik serta kita dapat melihat dengan jelas setiap apa yang berlaku dibandar, tidak kira baik atau buruk hanya menerusi monitor. Selain itu, setiap lampu isyarat dikawal oleh sistem komputer dengan hanya memerhatikan CCTV untuk mengurangkan kesesakkan jalan raya.

Semasa kami sedang mencuba fungsi CCTV ini, kami diberitahu oleh juruteknik bahawa selain memerhatikan video, kita boleh berhubung terus dengan orang yang berada dekat dengan CCTV dengan menggunakkan mikrofon. Jadi masalah dapat dikawal terus dari bilik kawalan. Perkara yang sangat sedih ketika kami mencuba sistem ini, ada seorang kakak terkejut kerna terdengar suara kami melalui CCTV dan hampir lari, tetapi keadaan dapat dikawal dengan memaklumkan kepadanya kami sedang mencuba sistem. Maaf dipohon daripada kami.


Jadi, untuk mengakhiri entry aku kali ini, aku ingin mengingatkan kepada semua agar jaga tingkah laku semasa berada di kawasan awam, kerna setiap pergerakkan kita diperhatikan oleh Jabatan yang bertanggungjawab mengawal ketenteraman bandar. SEKIAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...