Wah..wah..wah..siapa cakap kerja senang daripada belajar?actually, semasa kita belajar kita masih berkesempatan memperbetulkan kesilapan kita, tetapi di alam pekerjaan, kita berdepan dengan benda atau perkara yang realiti. Sekali tersilap langkah, punah segalanya.
Mungkin ramai yang sedang belajar teringin sangat cepat-cepat ke alam pekerjaan. Tetapi ingatlah, dalam hidup ini, semakin kita ke depan, semakin besar cabaran yang perlu kita tempuhi. Alam belajar merupakan satu alam yang penuh keseronokan, suka dan duka. Alam di mana kita perlu mengejar ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini. Bagi alam pekerjaan pula, merupakan alam dimana kita mematangkan diri, setiap cabaran akan silih berganti dan memberi kita pengalaman dan pengetahuan yang banyak.
Setelah empat hari aku menempuh latihan industri, aku semakin merasakan kesibukan kerja. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diketahui. Jadi, oleh kerna itu, aku perlu mempercepatkan daya kefahaman aku dan aku perlu bergerak pantas. Bak kata Project Manager aku, "awak perlu cepat tangkap, kalau tidak nanti tertinggal".
Banyak yang aku belajar dalam empat hari ini. Terdapat satu software iaitu microsoft project, dimana aku perlu memahaminya. Semasa belajar di UTM, aku hanya belajar teorinya sahaja. Jadi aku tidak sabar untuk mempelajari software baru ini. Software ini diperlukan dalam Project Management, ia diperlukan untuk merancang kerja.
Esok aku perlu melawat tapak di Tanjung Malim pula, wah sungguh jauh. Jadi malam ini perlu tidur awal. Jadi, akhir kata daripada aku, hargailah setiap saat yang kita ada. SEKIAN.
0 Civillian:
Post a Comment