Tuesday, April 5, 2011

Rakan 1 MalaysiaKu

Hari ini ramai pakai smart pergi kelas semata-mata nak tangkap gambar kelas. Kalau tidak, even hari smart day pun tak ramai yang pakai smart. (Gamaknye, nak gambar nampak cantik lagi hensem la tu. haha).

Tadi kawan kelas aku ada tag gambar kami main-main snap sebelum bergambar satu kelas. Yang istimewa gambar yang aku pamerkan dalam entry ini adalah kami merupakan rakan satu Malaysia. Walaupun berbeza negeri, berbeza agama, berbeza warna kulit, mata, rambut, gigi(ops.hehe) kami tetap gembira macam tiada apa pun perbezaan.

Seronok bila kita berkawan dengan setiap kaum di Malaysia. Kerna apa?kerna kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang pelbagai dan berkongsi keseronokan yang berbeza

Yang pasti ingin aku nyatakan di sini, rakyat Malaysia sekarang adalah lebih terbaik dari dulu. Kita dapat berkongsi keseronokkan bersama walaupun kita berbeza kaum, agama dan bangsa. Hidup SATU MALAYSIA!. SEKIAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...