Friday, February 11, 2011

Selamat Hari Lahir.

10 FEB 2011 - Hari dimana aku di sini ibuku di kampung halaman nun jauh di sana. Ianya hari kelahiran ibuku Suzana binti Ibrahim yang ke berapa? itu adalah rahsia(hehe) kerna aku selalu menganggap ibuku sentiasa muda dan cergas tanpa dimakan usia. Ibuku adalah salah satu antara harta aku yang paling berharga. Seseorang yang sangat-sangat memahami aku, memahami perangaiku, telatah ku mahupun diam ku.

Sempena hari lahir ibuku ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah membesarku tanpa penat lelah walaupun hidup dalam keadaan sederhana yang ibarat roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Hasil daripada kerjasama, ketekunan dan usaha kita bersama, kita dapat mempertahankan keluarga kita hingga ia kekal bahagia walaupun apa yang dimiliki oleh orang lain tidak semuanya dimiliki oleh kita.

Berjuta penghargaan juga aku berikan pada ibuku kerana kesabarannya. Ingatlah kita, saat ibu kita masih di dunia inilah masanya kita menghargainya kerna tiada sesiapa yang lebih memahami, mengenali dan mengerti kita dengan tidak hanya berhadapan dengan kita, bahkan apabila jauh dari kita, naluri seorang ibu itu sangat kuat sehingga ia dapat menjangka keadaan kita. Jika kita terlambat untuk menghargainya semasa di dunia, kita akan menyesal kerna saat dia sudah tiada, kita hanya mampu menyedekahkan al-Fatihah saja tanpa mampu melihat dan merasai wajahnya lagi.

Akhir kata dariku, usaha dikau risau diri anakmu ini, kerna kau telah mendidik, membentuk dan mengajarnya untuk menempuhi liku hidup dan ia sudah dapat bangun dari jatuhnya dengan sendiri dan aku berusaha memajukan hidup aku sebagai hadiah untukmu.

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...