Saturday, February 26, 2011

Pentax?ape tu..?

Pentax? apa tu? tak pernah dengar pun. Inilah ayat pertama yang keluar dari mulut aku semasa survey kamera.

Hajat aku nak beli kamera canon A3100, tapi tiba-tiba terbeli kamera OPTIO H90 (PENTAX). Sebab kenapa aku beli kamera ni (walaupun aku tak pernah dengar jenama dia):

  1. Warna dia hitam dan putih. Aku sangat suka kombinasi warna hitam dan putih dan boleh dikatakan banyak pakaian aku berwarna hitam putih.
  2. Rupa bentuk dia nampak oldscholl, nampak smart.
  3. Mempunyai pelbagai fungsi. Antara yang aku suka kita boleh snap gambar panorama dan ada banyak fungsi editing dalam kamera ni.
  4. Gambar yang diambil original colour. Jadi kalau kita gelap, kamera ni tak kan tipu kita(haha)
  5. 12.1 Megapixel dan HD movie. Bila record video, memang cantik gambar dia.
  6. Senang nak handle sebab dia kecil dan permukaan dia tak licin macam sesetengah kamera.
  7. Kamera ini juga, auto smile capture, Jadi bila kita setting smile capture dia akan auto snap bila kita senyum(menarikkan?)
  8. LCD dia bukan betul2 rata dekat permukaan body, jadi bila kita letak atas meja, LCD dia tak akan bercalar.
  9. LCD dia sama macam LCD laptop. (Jadi tau2 je la macamana rupanya).
Bila bercerita mengenai kamera ni, aku sebenarnya sangat menginginkan kamera DSLR. Dah mengidam punya lama, tapi nak wat macamana, tak mampu. Aku ni tak semewah seperti ramai2 orang. Kalau aku ingin memiliki sesuatu, aku akan berusaha sendiri. Macam kamera ni pun aku beli pakai duit loan(huhu). 

Ada orang cakap aku boleh mintak duit dekat parent aku (aku kan anak tunggal). Tetapi semua tu salah sama sekali. Aku kena guna titik peluh sendiri untuk memiliki apa yang aku nak, aku dah di ajar seperti itu dan selain itu parent aku bukan orang senang, cukup lah diorang bagi aku makan yang sedap-sedap.

Sekarang aku dah ada compact camera, DSLR yang idamkan tu masing lagi dalam idaman dan aku akan berusaha untuk dapatkannya. DSLR tunggu aku.(haha) SEKIAN

2 Civillian:

Anonymous said... [Reply to comment]

jenama ape pentax ni??
xpernh dgr pun...

M.N.SYUKRI said... [Reply to comment]

haha..xpenah dengarkan..yang pasti kalau kita search google..byk jenis kamera yang dia keluarkan..Jepun mari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...