Saturday, February 19, 2011

Aduhai Poster.

Pilihan Raya Mahasiswa sedang hangat menjalankan kempen. Minggu depan bermula pelajar membuang undi. Bila asyik dengan berkempen, kadang-kadang kita tak perasan adakah tempat kita berkempen itu sesuai kah?boleh tampal poster dan gantung poster dengan banyak sebanyak yang kita mahu kah?


Perhatikan gambar yang sempat aku ambil semasa makan tadi. Sungguh berkobar-kobar dan bersemangat perwakilan pelajar kita berkempen. Sana-sini poster dan flyers di merata-rata tempat. Tapi adakah ia sesuai? Ya, aku tidak berkempen tapi aku sebagai pelajar universiti inginkan tempat makan yang selesa. Lihat saja gambar di atas, dari view meja makan aku, nk menonton televisyen pun tak nampak sebab dihalang oleh poster-poster yang tergantung sana-sini. Adakah ini suasana makan yang selesa?


(Gambar di atas) Tidak salah untuk berkempen, bahkan aku mengalakkan dan menyokong pada mereka yang bersemangat ini. Tetapi perlukah poster tergantung sehinggakan nampak berserabut dan asyik tersangkut kepala semasa kita melintasinya? Perlukah begitu? Tepuk dada, tanya hati dan fikiran anda. SEKIAN.

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...