Monday, November 22, 2010

Mengantuk lepas makan??

   Salam satu Malaysia...hari ini aku terpanggil untuk berbicara tentang mengantuk pulak..haha..ni sume gara-gara seseorg ckp takut ngntuk pas mkan tghari..so aku pun   
search ape punca kiter mengantuk pas makan tghari..xpun senang citer pas makan la..kn2..


         Hal ini adalah berpunca daripada cara permakanan kiter..aku nk tye di sini, brape ramai antara kiter yg amik sarapan pg yg sempurna? aku rase xsemua antara kiter amik sarapan yg sempurna(termasuk aku..kdg2 xsarapan pun.huhu). Setelah aku mencari-cari..aku dapati wanita memerlukan antara 300-400 kalori dan lelaki memerlukan 500 kalori. Macamane nk dapatkan jumlah kalori nih??(bukan kat tulisan-tulisan kandungan kalori kat keropok ea..huhu).Em jumlah kalori ini boleh diperolehi daripada Contohnya, dua keping roti disapu mentega kacang dan sebiji pisang atau satu mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dengan susu skim dan segelas jus buah. Nasi lemak biasa bersaiz kecil (tidak diiringi lauk pauk mewah), sekeping roti canai (300 kalori) dengan sedikit kuah kari atau dal, setengah pinggan bihun goreng vegetarian (250 hingga 200 kalori) atau jika mahu, kuih muih hadkan kepada dua atau tiga keping saja.
    Jadi, pengambilan sarapan pg yg sempurna boleh memberikan kecergasan pada badan kiter yg berpanjangan, berbanding tidak mengambil apa sarapan atau hanya minum segelas teh atau kopi diawal pg, ia hanya akan memberikan tenaga yg sgt sedikit untuk kiter terus cergas.


     Bagi pengambilan makanan tengahari pula, kiter perlu mengambil makanan yg tidak terlalu byk..(bukan bermakna kiter xperlu makan langsung). ini kerana apabila kiter makan terlalu kenyang, kiter memerlukan tenaga yg byk untuk mencernakan makanan yg kiter makan td, oksigen akan byk dihantar ke perut untuk menjalankan proses pencernaan, lantas mengurangkan oksigen di otak dan menyebabkan kiter hilang tumpuan dan mendorong kiter untuk tidur. Sebaliknya pula, apabila kiter x makan tengahari, badan kiter akan kehilangan tenaga sedikit demi sedikit lantas turut mendorong kiter rasa lemah dan mengantuk.


     Disini aku ade sedikit tips untuk hilangkan atau kurangkan rase mengantuk selepas makan :


  1. kurangkan makan atau jangan makan sehingga kenyang.
  2. kurangkan minum minuman yg berkafein, tukarkan dengan meminum teh kerana kafein hanya akn menyegarkan kiter buat sementara waktu dan apabila kesannya hilang, ia akan membuatkan kiter berasa sgt mengantuk.
  3. amik masa selama 15 minit selepas makan untuk melakukan senaman ringan contohnya naik turun tangga 3 tgkat. ini adalah untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan dan akan menurunkan kadar gula dalam darah untuk membantu kiter menjdai segar.
  4. Jangan terlalu lama berhadapan dgn komputer. Lakukan banyak pergerakan yg boleh menyegarkan badan.
  5. Minum air kosong. Badan kiter trase mengantuk kerana kekurangan air dalam badan..bukan kurang tidur.Sepertimana korg perasan, bdn kiter still ngantuk walaupun dah tidur lama.
  6. Tidur sekejap selama 10minit ke 15 minit, untuk segarkan kembali badan kiter..(jgn tdo lebih2 plak, set alarm)
  7. Jangan terlalu byk makan benda manis seperti gula2 atau minuman yg mengandungi kafein kerana menurut kajian kandungan gula(glukos yg byk akan menghentikan sel otak drpd memberi isyarat yg membuatkan kiter berjaga.
So, arini..ini saja serba sedikit yg aku dapat kongsi dgn korg sume...SELAMAT BERJAGA...haha

2 Civillian:

Anonymous said... [Reply to comment]

owner blog ni plak kalo tido,bkn kate 10 or 15min...ciap kroh2 ag...

Unknown said... [Reply to comment]

haha..sebab tu yg cari pasal pe ngantuk sgt smpai xleh amik tdo stakat 15minit.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...