Saturday, March 1, 2014

Perunding Kejuruteraan Awam


Salam Semua..Salam Sejahtera..

Sekarang dah masuk bulan ke-enam aku bekerja sebagai jurutera awam di firma perunding Kuala Lumpur. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Mana tidaknya, dulu kerja aku (site Engineer) jadikan plan lukisan kepada realiti, tetapi sekarang daripada pengiraan kepada plan lukisan. Agak mencabar sebenarnya.

Bila bekerja di "Water Supply Department" ni membuatkan aku lebih menghargai kegunaan air.Proses-proses untuk memudahkan rakyat menikmati bekalan air mentah sebenar sukar dan banyak peringkat. Sekarang pun, banyak isu kekurangan bekalan air, disebabkan musim kemarau.

Sembrong Timur. Hari-hari aku dengar diberita tv, astro, radio, hot fm..ha..ha..ha.. yang berbicara dengan isu ini. Kasihan masyarakat KLUANG JOHOR. TETAPI jangan risau. Syarikat aku bekerja sekarang dalam proses untuk merancang lantas membina tambahan bekalan air bagi membantu sembrong timur. Syarikat kami terlibat dalam pembinaan Empangan Kahang dan juga loji rawatan air. Jadi moga-moga dengan berkat dan izin Ilahi, harap projek ini dapat berjalan dengan lancar.

BTW, syarikat aku memerlukan Senior dan Junior Civil Engineer, sesiapa yang berminat boleh layari web kami www.hla-group.com. Dekat dan mudah lokasinya (Wangsa Maju saje..he..he..he..)

p/s Kepada yang komen dekat blog aku ni. Maaf sangat sebab lama aku menghilangkan diri..[SMILE]

SEKIAN

6 Civillian:

Aimifiqa said... [Reply to comment]

waa. takuuutnyee nk keje. boleh la apply ni. tapii lmbat lg nk grad. :)

Unknown said... [Reply to comment]

Aimifiqa - jgn takowt..mane2 keje ade cabaran die..btw nk LI pun boley..

Aimifiqa said... [Reply to comment]

@Syukri : LI dah lepas da. tgah pikirin apa sterusnya lepas nk abis belajar. tgah cari keje yang sesuai. hehe

Aimifiqa said... [Reply to comment]

@Syukri : LI dah lepas da. tgah pikirin apa sterusnya lepas nk abis belajar. tgah cari keje yang sesuai. hehe

Unknown said... [Reply to comment]

@Aimifiqa: skrg amik diploma ke degree?

Aimifiqa said... [Reply to comment]

@Syukri : amik degree skrg. insyaAllah ini sem terakhir. amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...