Sunday, January 23, 2011

Hari in berlalu, hari esok datang menjelma.>>>

Hari ini kian berlalu sehinggakan kita tidak sedar apa yang telah berlalu dan apakah telah dilakukan. Ia bagaikan angin lalu yang menghembus melepasi kita tanpa meninggalkan kesan.

Pernahkan kita berfikir, merenung apa yang kita telah bazirkan apa, apa yang telah kita lakukan yang memberi keuntungan kepada kita. Sekiranya kita belum melakukan semua itu, sedar lah kerana setiap saat itu adalah emas. Jika kita gagal dan lalai maka tewas lah kita pada salah satu langkah kita.
Ramai antara kita selalu saja terlepas daripada keindahan matahari di ufuk timur. Tidak sedarkah kita, kejayaan itu muncul sekiranya permulaan pagi yang indah itu kita hargai?kita nikmati.

Ramai orang berpeluang melihat matahari terbenam, tapi tidak semua dapat melihat suria yang menyinari pagi menandakan bermulanya hari. Padahal, suria dipagi hari itu permulaan segalanya, berbanding matahari yang terbenam, yang membawa maksud berakhirnya hari yang telah kita lalui.


Sekiranya kita renungkan hari-hari yang kita lalui, percayalah, yakinlah dimana hari yang cemerlang itu bermula dengan permulaan hari yang indah. Sekiranya kita terlepas menikmati semua itu, kita pasti telah rugi menikmati keindahan dunia dan kebesaran-Nya.

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...