Thursday, January 27, 2011

Auto atau Manual?

SALAM SATU MALAYSIA - Bawa kereta manual atau automatik yang menjadi pilihan? Kebanyakan orang yang aku kenali lebih inginkan kereta yang menggunakan gear auto, kerana ramai-ramai dari mereka menyatakan bahawa gear auto adalah lebih mudah dan hanya memerlukan kita memasukan gear pada kedudukan D untuk kehadapan dan R untuk berundur. Selain itu, ada yang mengatakan susah untuk mengawal kereta b'gear manual kerana perlu bermain dengan 'clutch'


Bagi pandangan aku yang sedia paham dengan kereta menggunakan gear manual, aku lebih suka gear manual kerana kita boleh mengawalnya dengan mudah. Contohnya, sekiranya kita menggunakan gear auto, kita perlu memasukan gear pada kedudukan N(neutral) untuk mengelakkan kenderaan daripada bergerak. Manakala, bagi gear manual, kita hanya perlu memijak pedal clutch untuk mengelakkan kenderaan daripada bergerak tanpa perlu mengubah kedudukan gear.


Rata-rata kes kemalangan yang aku dengari, kebanyakkan dari mereka menggunakan gear jenis auto. Hal ini berlaku disebabkan terkejut semasa hampir b'langgar lantas tersilap pijak pedal. Pedal minyak disangka brek lalu membuatkan kereta terus memecut dan mengakibatkan kemalangan yang teruk.

Sebaliknya pula bagi penggunaan gear manual. Hal ini kerana apabila kita terkejut semasa hampir b'langgar kita sekaligus memijak pedal clutch dan brek. Sekiranya kita tersalah memijak pedal minyak, tapi disebabkan pada masa yang sama kita memijak pedal clutch, enjin hanya akan menderum tetapi tidak memecut kenderaan, maka kesan kemalangan dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, walaupun penggunaan gear auto lebih mudah berbanding gear manual, ia juga mempunyai kelemahannya. Sekiranya, anda lebih menggemari gear jenis auto, aku sarankan luangkan sedikit masa untuk arifkan diri dengan gear manual kerana jenis ini lebih mencabar dan ia juga boleh menggurangkan risiko mengantuk semasa memandu disebabkan kita perlu menukar gear secara manual mengikut kadar kelajuan kenderaan.

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...