Tidak semua orang dapat berterus-terang terhadap sesuatu perkara. Kebanyakkan individu akan lebih memilih untuk memendam rahsia berbanding berterus-terang. Percayalah, jalan penyelesaian yang utama bagi sesuatu masalah ialah dengan berterus-terang.
Kenapa kita perlu berterus-terang?kenapa tidak biarkan orang itu sendiri memahami dan mengetahuinya? Persoalan ini adalah kerna kita hanya manusia biasa, tidak semua dikalangan kita mempunyai kebolehan untuk membaca isi hati seseorang.
Dengan berterus-terang, kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih mudah dan cepat. Sekiranya kita berahsia, dan menunggu seseorang itu mengetahui apa yang kita rasa dan inginkan, pasti masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan baik serta secepat mungkin, malah ia pasti akan berlarutan dan akhirnya diri sendiri yang rugi kerna memendam rahsia.
Aku tahu berterus-terang itu bukan perkara yang mudah, tetapi kita harus melakukan sedemikian sekiranya perkara itu adalah amat dan teramat penting bagi kita. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kita tidak boleh biarkan masa yang akan tentukan segalanya, kerna kita tidak diajar berserah, kita diajar berusaha. Selepas berusaha baru lah kita disuruh bertawakal. Tetapi sekiranya usaha kita itu diselaputi oleh tanda tanya, diselubungi sesuatu yang tidak pasti dan tidak dapat diertikan. Pasti usaha itu adalah sia-sia.
Jadi, sekiranya ada diantara kita berhadapan dengan masalah yang sukar untuk mencapai kesefahaman, berterus-teraslah terhadap perkara yang sepatutnya. Jangan biarkan diri kita dibelenggu oleh tanda tanya. SEKIAN.
6 Civillian:
iqa mmg ske sgt terus terang..sbb xske simpan2 nnt mkn dri sndri..hehehe
nur atiqah : haha..sangat bagus..
tapi rsenye kadang2 berterus terang pun xselesaikan masalah..ade dlu kwn gaduh mkin teruk ade la..mungkin slh sorng tu ego atau dgn kata lain susah nak maafkan kesalahan org lain
nurZAKIA : Ego..betul jugak, tp better berterus terang, atleast bila ego tu dah semakin menurun, dia akan terfikir balik.Tol tak?
mungkin jugak kot..tp kadang2 perangai die yang membuatkan kite susah nak memaafkan..hmm(thinking2)
nurZAKIA : klau bab prgai tu no komen lah..coz lain org lain pndgn..huhu
Post a Comment