Saturday, March 12, 2011

Apa Ada Dalam Blog Aku

Roomate aku cakap aku ni selalu buat entry, kalau bukan pasal apa yang aku buat hari ini, mesti pasal perasaan, tidak pun mesti pasal belajar. Betul ke apa yang roomate aku cakap?

Actually, biasalah aku kan student, tak kerja lagi dan cuti sem bulan 5 ni lah sulung-sulung kalinya aku nak merasa bekerja. Itu pun 10 minggu je, harap-harap aku dapat banyak ilmu, itu tujuan aku. Aku suka buat entry tentang apa yang aku lalui dan apa yang aku belajar. Kerna bagi aku, berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu adalah jalan yang terbaik untuk kita lebih memanfaatkan apa yang kita dapat.

Apabila kita berkongsi ilmu yang kita dapat terutamanya mengenai ilmu yang kita belajar, ia akan mudah lekat kat celah-celah sel otak kita ini berbanding jika kita hanya memendamkan ilmu yang kita dapat. Dulu masa sekolah aku suka berkongsi apa yang aku belajar, tak kisah lah sejarah ke, matematik ke, apa-apa saja lah subjek yang berkaitan dengan spm. Bukan nak kata aku pandai, aku biasa-biasa saja, kena usaha lebih untuk mencapai tetapi dengan berkongsi ilmu itu ibarat aku mengulangkaji pelajaran. Kerna kita dah cuba memahami sesuatu perkara itu dan kita menerangkan apa yang kita faham, lantas kita mendapat dua kali kelebihan.

Sepertimana dalam blog ini, aku bercerita tentang apa yang aku lalui dan ilmu yang aku pelajari. Jadi, aku akan mudah ingat apa yang aku dah buat atau pelajari. Kalau nak harap kita nak ulangkaji suka-suka macam rajin la sangatkan. So, aku jadikan keseronokkan dunia berblogging sebagai hobi dan salah satu cara aku menambah ilmu pengetahuan.


Bagi bab perasaan pula, aku tak rasa sangat aku banyak buat entry aku tak puas hati ke, sakit hati ke atau apa-apa lagilah. Aku buat entry yang berkait dengan perasaan ini bila aku bermain dengan persoalan kat dalam kepala, so jadilah luahan hati.(huhu).


Jadi, akhir kata dari aku, jangan pendam apa yang kita rasa, apa yang kita ada, kerna ia akan lebih melegakan. SEKIAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...