Saturday, March 19, 2011

Penghargaan

Memberi tidak beerti kita akan diberi, menghargai tidak beerti kita akan dihargai, mendidik tidak beerti kita akan dididik.

Mungkin ramai yang kecewa sekiranya apabila kita memberi sesuatu, kita tidak dapat balasan yang setimpal. Apabila kita menghargai sesuatu, sebaliknya kita dihina dan tidak langsung dihargai serta apabila kita mendidik, kita tidak pula dididik. Semua kata-kata ini hanya satu sahaja konklusinya iaitu PENGHARGAAN.

Bukan mudah untuk kita mendapat penghargaan diatas hasil usaha kita. Tidak kira kepada sesuatu atau sesesorang. Selain itu, bukan semua orang akan memahami apa yang kita lakukan itu semata-mata untuk kebaikannya, bukan untuk diri kita sendiri. Apa yang kita inginkan hanya secebis penghargaan yang tidak memerlukan walau sekeping pun wang ringgit.

Mungkin. Mungkin seseorang individu tidak sedar apa yang kita lakukan untuknya dulu adalah untuk kebaikannya di hari yang mendatang. Kerna apa yang diberi, apa yang diajar itu, sukar untuk diterima sewaktu pertama kalinya. Maka tidak timbul lah rasa penghargaan itu.

Aku percaya, percaya yang suatu hari nanti setiap apa yang kita lakukan itu akan dihargai. Mungkin tidak sekarang, mungkin tidak hari esok. Sesungguhnya kesabaran itu sangat penting di dalam kehidupan ini. Masakan tidak, sekiranya tiada kesabaran, guru-guru kita tidak dapat mengajar sehingga hari ini. Kerna golongan ini sentiasa berhadapan dengan dunia memberi tanpa diberi.

Mungkin di luar sana ramai yang merasakan perkara yang sama. Tapi percayalah, memberi, menghargai, mendidik adalah perkara yang lebih baik daripada diberi,dihargai dan dididik. SEKIAN

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...