Menyamar menjadi polis. Macam-macam cara manusia sekarang, jadi polis, jadi pencegah maksiat dan macam-macam lagi.
Hari ini aku terbaca akhbar metro 5 Mac 2011, 2 'polis' perkosa di hotel bajet (tiba-tiba je buruk nama polis). Disini aku bukan ingin menyentuh bab suspek tapi macamana kita nak elak dari berlaku kejadian tersebut. (sekadar pendapat).
- Polis selalu buat rondaan bersama kereta peronda mereka(yang putih biru lampu liplap2 tu). - Jadi kalau korang tengok kereta yang tahan korang tu pakai kereta biasa, jangan cepat-cepat berhenti. Sekarang ni banyak kes ugut tahan-tahan kereta tambah-tambah lepas 12tgh malam.
- Polis selalunya beruniform atau mempunyai pengenalan khas mereka. - kalau kita rasa curiga, kita minta polis itu buktikan pengenalan mereka. Tak salahkan kita buat begitu, tak kan buat macam itu kita akan disabit kesalahan kot (betul tak en.polis?).
- Jangan berpisah - ini bagi pasangan lelaki dan perempuan. Jadi bertanggungjawab, jangan sekali-kali biarkan pasangan korang 'perempuan' tak kira la kawan ke, awek ke, mak ke, makcik ke, sorang-sorang. Apa-apa terjadi, kekalkan dengan dia kecuali dekat balai polis (jangan pulak nanti en polis tu nak cek perempuan je, korang pun follow.huhu)
- Berjaga-jaga. - Keutamaan kepada yang selalu keluar sampai pukul 4-5 pagi. Masa ini, korang kena berhati-hati. Bukan saja orang yang menyamar peras ugut, orang yang tak menyamar pun boleh peras ugut. Masa(pagi-pagi buta) ini la macam-macam benda yang boleh terjadi. Jadi berhati-hati.
- Jangan keluar lebih daripada pukul12 malam. - Hah. Cara paling senang, kalau dah tahu bahaya pagi-pagi buta tu, jangan keluar time tu, kita masih ada masa 16jam (7am-12am) lagi untuk kita keluar, so why not kita guna masa tu kan?.
Jadi, ini saja pendapat aku untuk kes ini(ewah). Berhati-hatilah tak kira di mana anda berada. SEKIAN.
4 Civillian:
Nice one! ^^
hehe tq..
notty tul polis yg menyamar tu..huhhh
anim : a'ah..notty sangat2 huhu
Post a Comment