Sadis apabila mengetahui, konsert THE TIMES di UTM dibatalkan. Aku sebagai peminat muzik indie turut merasakan kekecewaan sepertimana peminat-peminat THE TIMES yang lain.
Sebelum ini aku lihat terpampang poster yang THE TIMES akan turun UTM untuk memeriahkan program FIESTA UTM INTERNATIONAL JOHOR HORSE SHOW. Tetapi dapat pula berita mengatakan konsert THE TIMES akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh program. Sadis, tetapi sekurang-kurangnya masih lagi dapat menonton. (minat punya pasal, apa pun boleh).
Tiba-tiba dikejutkan lagi, bahawa KONSERT THE TIMES dibatalkan terus oleh pihak UTM, bertambah sadis. Mesti ramai yang kecewa kerna ia dibatalkan. Tetapi sudah menjadi adat, apa yang kita rancangkan tak semestiya berjaya tambahan pula kita berdepan dengan program yang besar.
Banyak desas-desus mengatakan bahawa ia dibatalkan kerna risau akan berlakunya pergaduhan/kekecohan. Bagi aku perkara ini tidak akan terjadi kerna penonton-penonton di UTM ini adalah golongan terpelajar, masakan pula akan berlaku sebegitu rupa. Nak kata muzik ini melalaikan, aku dari sekolah menengah berkecimpung dalam dunia muzik, kami akan berhenti apabila tiba panggilan Ilahi.
Aku selaku salah seorang blogger UTM meminta maaf kepada THE TIMES kerana kesulitan yang dialami. Mungkin kali ini, kami warga UTM tidak dapat menyaksikan THE TIMES beraksi. Mana tahu di lain waktu, kami semua dapat menyaksikan THE TIMES dengan aksi yang lebih menggegarkan.
Kepada peminat-peminat THE TIMES, janganlah menghina, mengutuk UTM atau sewaktu dengannya. Kerna kami warga UTM juga peminat THE TIMES dan juga muzik indie. Mungkin apa yang terjadi tidak dapat dielakkan oleh pihak UTM kerna berhadapan dengan situasi yang agak sukar.SEKIAN.
4 Civillian:
alah, dah biasa sangat r UTM neh kensel last minute...
shahsyaz : a'ah..taw xper..
cian the times n peminatnya..huhu
nurZAKIA : nak buat macamana kan dah terbatal..so sad..
Post a Comment