Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

 
2 Mac 2011- Seperti kebetulan aku melawat blog BEN ASHAARI kerna ia telah membuka satu segmen untuk semua dan berkaitan pula dengan apa yang hendak aku sampaikan.

Hari ini ialah hari untuk aku menduduki ujian Teori struktur (UTM), yang telah ditunda sebanyak 3 kali. Permulaan ujian ini, aku duduk bersebelahan sahabat aku yang agak pandai di dalam kelas aku. Aku lihat wajahnya dari permulaan ujian hingga tamatnya masa ujian, tiada langsung sinar keceriaan.
Pada akhir masa ujian aku terkejut kerna melihat dia hanya menunduk dan seperti tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan pada kertas ujiannya. Dalam hati aku tertanya kenapa pelajar pandai jadi begitu?

Setelah keluar dari dewan ujian, aku melihat air matanya bercucuran serta merta aku mengajukan persoalan dan sungguh mengejutkan bahawa sahabatnya baru sahaja meninggal dunia. Aku lihat reaksi yang seperti tidak dapat menanggung kesedihan. Bagi aku itulah erti sahabat sejati.

Sejenak aku terfikir, ajal ini tidak mengira usia, di saat usia yang masih muda dan sedang gigih mengejar ilmu pengetahuan, ajal telah menjemput. Saat ini, aku merasakan takut dan insaf dan aku perlu menghargai setiap detik jantungku berdegup kerna aku tidak tahu bila ia akan berhenti.

Siapa sangka ajal tidak menjemput pada usia muda. Telah banyak terjadi, ramai pemuda-pemudi yang tidak berumur panjang. Jadi kesimpulan disini, beringatlah kita bahawa ajal itu tidak semestinya pada usia kita tua tapi ia boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja tidak kira di mana kita berada dan berapakah usia kita, walaupun kita merasakan diri kita masih kuat dan bertenaga. SEKIAN.

0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...