Saturday, March 5, 2011

Facebook Versus Blog

Sejak aku semakin addict kepada blogging ni, aku terasa aku seperti telah abaikan sesuatu iaitu facebook. Kalau dulu, tiap-tiap hari, tiap-tiap kali bangun, tiap-tiap kali balik dari kelas dan tiap-tiap kali on laptop (berapa banyak tiap-tiap kali daa..) aku mesti akan login facebook. Sungguh melaghokan. Tetapi, sekarang tidak lagi, aku telah bertukar kepada blog, setiap tiap-tiap kali yang aku cakap sebelum ni aku tukar facebook kepada blog.

Bagi aku, berblogging adalah lebih seronok tambah-tambah ada orang baca entry kita(thanks kepada yg membaca). Kalau macam facebook kita hanya berbicara sesama kawan yang kita kenal. Lain pula bagi blog, kita berbicara kepada semua orang termasuk yang kita tak kenal. Bak kata orang,"berkawan biar ramai, bercinta biar satu".(hehe).

Dengan berblogging ini, bagi pendapat aku, ia akan membuatkan kita berfikir. Mana tak nya, kalau nak buat entry, mesti kena berfikir baru dapat idea. Jadi, secara tak langsung, kita akan membuatkan ingatan kita bertambah baik dan mencergaskan otak kerna, dengan berfikir, kita meransang sel-sel otak kita untuk berkerja.

Jadi disini, aku ingin tekankan, kita perlu rajin berfikiran agar otak kita sentiasa aktif, dengan kata lain tak blur. Akhir kata dari aku, fikir-fikirkan, dan renung-renungkan lah.(hehe)SEKIAN.

5 Civillian:

aNiM said... [Reply to comment]

sy sangat setuju dgn enche syukrie.. blogging lg bes dr fesbuking..bleh dpt ramai kawan baru kat cni.. tocey gak bace blog ay eh..hehehe

NZ said... [Reply to comment]

mmg blog lg best pun...fb tu boring tp xtau la..msti nk online..byk kali kot dlm shari...hahah..

Unknown said... [Reply to comment]

anim : trima kasih kerna menyokong sy.hehe
nurZAKIA : yezza blog lg best. FB tu kita slalu on9 coz dah terbiasa n kdg2 leh dpt information. sy pn slalu on9.tp xsekerap dulu.huhu

Cik Rimau said... [Reply to comment]

setuju.. Cik Rimau pun semenjak aktif aktif blog ni, dah tak pandang sgt dah facebook.. bukak memang la bukak.. tp nak balas komen ke ape ke malas plak.. hehehe

Unknown said... [Reply to comment]

cik rimau : haa....itu lah yg sy rasa..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...