
Pasti korang masih ingat, merah, hitam dan putih merupakan tema bagi filem/drama ini. Dari situlah terilhamnya template blog aku yang berwarna merah, hitam, dan putih. Aku sangat meminati filem/drama ini kerna susunan dramanya yang menarik, memainkan watak demi watak pada setiap episod. Selain itu, ia memaparkan kegilaan anak remaja mengejar impian serta kehidupan anak remaja masa kini.
Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa ada gambar KLCC pada background template aku. Aku meletakkan gambar KLCC itu kerna sebagai seorang pelajar kejuruteraan awam, aku sangat mengagumi reka-bentuk dan keteguhan menara KLCC itu yang berada di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur yang pesat membangun. Selain itu, ia adalah kerana, filem KAMI ini banyak memaparkan kehidupan di Kuala Lumpur, maka tertimbul lah idea KLCC.
Sekiranya korang ada yang belum menonton kisah ini, tontonlah kerna ceritanya sungguh menarik. Dan pasti korang akan lebih meminati muzik indie.SEKIAN.
2 Civillian:
wah like2~!!..citer fav ni..
nurZAKIA : YEZZA...sy still simpan smpai skrg movie nyer..haaha
Post a Comment