Friday, March 4, 2011

127 HOURS - Kisah Benar.


Akibat terpengaruh oleh pensyarah aku yang suka bercerita dalam kelas telah mendorong aku untuk menonton filem 127 Hours.

Sebelum ini aku ada melihat poster filem ini, tetapi ia tidak mendorong aku untuk menontonnya. Mungkin disebabkan gambar posternya, aku terbayang yang filem ini hanya difilemkan pada satu tempat.

Setelah menonton filem ini, sangkaan aku sebelum ini adalah benar. Filem ini menceritakan kisah seorang pengembara (Aron Ralston) yang dilakonkan oleh James Franco terperangkap di celah kerak bumi. Yang lebih menambah kengerian cerita ini adalah semasa terjatuh ke celah jurang itu kebetulan tangannya tersepit di di celah sebiji batu yang keras. Cuba korang bayangkan tangan tersepit di celah batu dan kita tak boleh tarik balik.(perit...sangat perit).

Sepertimana aku katakan sebelum ini, jalan cerita ini berlangsung hanya pada satu kawasan sahaja. Dimana tempat Aron Ralston itu terperangkap dan bergelut untuk melepaskan diri dari batu yang menghimpit tangannya. Keadaan dia untuk survivor di celah-celah jurang membuatkan kita terasa mental. Mana taknya, dengan makanan tak ada, terpaksa pulak minum air kencing sendiri(fuuss..).

Babak paling mengerikan adalah babak dimana dia cuba untuk melepaskan tangan dia dari celah batu itu. Pelbagai cara dia gunakan tapi tidak berhasil. Akhirnya dia memotong tangannya sendiri dengan pisau tumpul.(aduh..perit sangat time ni).

Jadi, kalau kamu semua teringin nak melihat apa yang terjadi, tontonilah filem ini. Kalau aku nak cerita semua, nanti tak best pulak korang nak tengok. Layan.SEKIAN.
 

2 Civillian:

Gimi said... [Reply to comment]

Potong tangan...adoi!

Unknown said... [Reply to comment]

potong tangan tak pakai ubat bius..fuss..ngeri2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...