Wednesday, March 2, 2011

Semua Mahu Jadi Kaya

Bila berbicara pasal kaya, sudah tentu ramai orang mahu jadi kaya. Termasuk aku?(tak kot). Bagi aku, kekayaan itu bukan penentu segalanya. Kebahagiaanlah yang menentukan segalanya. Sekiranya kita banyak duit, duduk rumah besar, kereta besar tapi tak bahagia nak buat apa, hati pun tak tenang.

Kata-kata aku ini bukan bermaksud aku tak nak ada rumah cantik kereta cantik, tapi cukuplah secara sederhana dan mampu menyara keluarga tanpa mengabaikan mereka kerna keluarga paling penting dalam hidup kita. Sekiranya kita tiada lagi di dunia ini, bukan harta benda yang akan doakan kita, tetapi keluarga yang kita tidak pernah abaikan, yang kita curahkan sepenuh kasih sayang akan doakan kita. (Ada duit banyak pun tetapi keluarga huru-hara, rumah tangga kucar kacir, segalanya tak berguna)

Sekiranya kita terlalu mengejar kekayaan, pasti akan ada insan yang kita abaikan secara tidak sengaja. Mungkin niat kita ingin membahagiakan keluarga dengan cara sebegitu, tetapi wang ringgit bukan segalanya.

Pernah suatu ketika dulu ada seorang yang pernah diceritakan oleh bapa aku, akibat daripada gilakan duit, gila bermain saham dan terlalu kejarkan kekayaan. Ia telah membuatkan dia gila dan kemana saja akan bersama kalkulatornya untuk mengira untung dan rugi serta jumlah duitnya, sehinggakan semasa mengayuh basikal pun masih bersama kalkulatornya.

Pasti semua orang tidak mahu sebegitu. Ingatlah mencari duit itu perlu, janji ia dari sumber yang halal kerna ia akan menjamin ketenangan jiwa dan kebahagian. Ingatlah rezeki itu datang dari Allah S.W.T, sesungguhnya, Ia Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, segala apa yang diberikanNya ada hikmahnya. SEKIAN


0 Civillian:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...